Memaparkan catatan dengan label bicara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bicara hati. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2021

101220

Apa ada pada tarikh ini? 
Tarikh yg pasti diingati kerana buat pertama kali penulis kena swab. Allahu...
Penulis mmg anti dgn hospital dan sewaktu dengannya..Perasaan ketika itu, hanya Allah yg mengetahui. Luaran nampak cool..dalaman hati boleh bikin riuh. Tiba-tiba diarahkan untuk menjalani swab di hospital swasta oleh syarikat. Sebelum ni, penulis dn beberapa rakan kuarantin disebabkan cerita berbeza.

Redah sahaja lah. Sebab dh jadi lapisan kedua. Setelah 4 kali kuarantin dan kali ini hampir lama sedikit dari sebelumnya (sebelum ni hanya 5 hari atau lebih cepat drp itu mengikut saranan PKD). Cuti tahunan habis digunakan hanya untuk kuarantin. Cuba kira berapa byk cuti diambil? 

"Eh, rugi lah guna cuti tahunan,"kata orang.
"Takpalah..dh mmg ditakdirkan begitu," kata penulis.
Pergh...Jawapan memang minta kena hentak kaki. Ada berbagai sebab kenapa cuti tahunan digunakan. Antaranya sebab self quarantine atas dasar tanggungjawab. Selagi belum keluar keputusan org atas org yg kita pernah jumpa tu. Tak perlu ke mana-mana. Cukup bertapa di rumah sahaja. 

Penulis sempat menjadi lapisan demi lapisan pd tahun lepas. Lapisan ketiga memang kena kuarantin di rumah sehingga result lapisan pertama keluar. Makanya, bertafakurlah bermuhasabah diri. Cerita memang byk.. Cukuplah penulis shj yg mengetahui sbb agk memeningkan sebenarnya menjadi lapisan demi lapisan. Tidak perlu menuding jari ke sana ke sini. Opss....
Hadamkan ya! Selamat beramal. Erkkk...

Sampaikan penulis seolah-olah menjadi manusia yg agak atau memang paranoid. Sejak kena kuarantin penulis jadi seorang yg lebih peka berkaitan kesihatan diri dan orang lain. Perasaan sedih, marah, cuak semua bercampur menjadi satu. Tapi Alhamdulillah semua dpt diatasi kami dengan jayanya. Kenangan yg pasti terpahat dlm memori. Fuh!

Jumaat, 16 November 2018

Tender


Sepanjang setahun menyepi, penulis sebenarnya telah  berkejaran dgn deadline utk menyiapkan tender buku teks. Buku teks tersebut  akan digunakan pelajar Ting 3 pd tahun 2019. Pelbagai rencah, cabaran dan dugaan yg penulis dan ‘team’  tempuhi. Ada yg suka, duka, lucu, pahit dan getir yg kami terpaksa hadap sepanjang proses menyiapkan buku itu.
Ketahanan mental dan fizikal benar–benar teruji apabila kami perlu berkampung di pejabat. Seminggu atau dua minggu  dalam tempoh setahun semata-mata utk mengejar deadline yg diberi KPM ternyata membuatkan penulis mengenal siapa kawan dan lawan. Siapa ada di saat kita memerlukan. Siapa yg sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat utk terus melangkah.
Penulis mula memahami perangai segelintir manusia apabila berhadapan dgn tekanan dan desakan. Penulis merasai perasaan dikuarantin dan ingin bersendirian menyiapkan buku tersebut bersama ‘team’ shj. Penulis akui bila mana tekanan menghentam seseorang bagai ada batu yg berat juga menghentam kepala, fikiran dan emosi kita. Bagaimana kita mengendalikan tekanan itu sebenarnya kunci utama utk terus berjuang. Berjuang menyiapkan apa yg kita mulakan. Berjuang utk membuktikan kita boleh melakukan apa yg org lain fikir sebaliknya. Berjuang utk sesuatu yg akan memberi  manfaat kpd semua.
Emosi? Ya..Emosi kadangkala memainkan peranan dlm mnghdapi tekanan dan beban yg berat. Positif org disekeliling kita maka positif jua lah minda kita. Yg menjadi persoalan bagaimana jika pada ketika itu, ada disekeliling kita yg beraura negatif?
Kitalah yg perlu membantu diri dan org sekeliling utk kembali positif kembali. Benar…banyak cerita yg tak mungkin habis utk diceritakan sepanjang pembikinan buku teks ini. Yg pasti...Manisnya terasa bila mana penat lelah terbayar. Satu perasaan yg tak dapat digambarkan apabila menghabiskan tender itu. Bagai batu yg terpikul di bahu lucut  malah minda dan fikiran kembali segar. Moga rasa ini akan dirasai oleh ank bangsa yg menggunakan buku teks tersebut nanti. Moga mereka dapat memahami dan menggunakan buku teks tersebut dgn sebaiknya. Amiin….
Thanks to all!
-cc pkcik google-

Khamis, 15 November 2018

Bersawang



Genap setahun dua bln blog bersawang. Daratan benar-benar gagal dijumpai. Penulis hanya sempat menjengah dan ziarah apabila ada komen drp pembaca dan itu pun hanya sekali sekala sahaja.
Pergh…Dlm setahun tidak ‘update’ bermacam cerita dan pengalaman tersimpan menjadi kenangan dan memori. Byk peristiwa yg telah berlaku menjadi cerita suka dan duka.
Ada manusia yg datang dan pergi dlm hidup penulis. Hampir dua tahun meninggalkan tempat kerja yg agk berhantu. Kini penulis tenang menghadapi ranjau dan duri di tempat sekarang. Berhantu? Itu kata-kata pengurus lama dahulu. Katanya, "tempat ini mmg banyak hantu! Ramai org jadi hantu menghasut org. Aiyaaa…" Kenangan betul dengan pengurus dahulu. Beliau banyak mengajar dan membimbing penulis menjadi seperti sekarang. Walau pelbagai cerita tidak enak didengar drp ramai pekerja lama, tetapi masih ada sumbangan beliau dalam diri penulis hingga sekarang. Beliau mengajar penulis utk fokus, tidak pedulikan kata-kata manusia disekeliling (sudah tentu yg baik kita ikut, yg buruk kita tapis atau biarkan shj bagai angin) dan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi alam perkerjaan.
Terima kasih manager! Jasamu sentiasa dikenang!
cc pakcik google

Ahad, 13 Ogos 2017

Maaf

Maaf. Tiga bulan genap. Tiada berita dan cerita dr penulis. Sekali lagi, maaf pembaca semua... Waktu cuti penulis dihabiskan dgn berjalan dan menulis buku akademik... Lupa janji yang telah dipateri di blog ini pd 11 Mac lalu... Opss..'next story' penulis cerita ya. Mood penulis 'kelaut' (daratan gagal dijumpai) ditambah dgn waktu yang terbatas.
Waktu... Pantas masa berlalu. Namun ceritera semalam masih belum mampu penulis usir dan lenyapkan. Sungguh, pengalaman yg menjadikan penulis seperti 'pulau di tengah lautan'.
Apakah? Apa kaitan pulau?
Ungkapan di atas ada benarnya. Kata itu masih tersemat kemas di ingatan apabila seorang yang penulis kagumi pada waktu ini memberi nasihat kepada kami. 
Ya, Pengalaman lalu membuatkan penulis tidak lagi mempedulikan orang. Suasana bising, kecoh atau apa sahaja yang sedang berlaku, sama ada cerita panas atau 'gossip terhangat'; penulis seakan malas lagi utk ambil kisah. Penulis hanya tahu dan mahu menghabiskan kerja sendiri. Andai bising dan fokus lari, penulis akan sumbat telinga dengan 'earphone'. Burukkan kadangkala perangai*^ Mohon pembaca tidak mengikut perbuatan ini. Entahlah, mungkin juga penulis malas pusing kepala. Eh! jangan la pusing. Tegak ja baca ya. 
Hebat bukan penangan kisah lalu. Rupanya bukan penulis sahaja, bahkan beberapa orang lagi rakan yang senasib. Hingga ada yang tidak mahu lagi terjebak atau terlibat lagi dlm bidang editorial.
Lucu, ingin ketawa dan adakala rasa marah apabila kami yang terjebak dengan kisah yang sama suatu ketika dulu, berjumpa dan duduk semeja di kala waktu terluang.
Mungkin penulis tidak berapa terkesan dengan apa yg terjadi kerana penulis dilayan baik oleh syarikat lama. Cuma, tiga bulan notis penulis telah 'drag' dgn alasan tidak masuk akal. Ya. Pada ketika itu, penulis layankan shj drama hingga ada yang menelefon dan membebel dgn alasan pengganti tidak dijumpai. Opss. Dlm hati berkata, itu bkn lg masalah penulis.
Andai ` terpaksa' membantu, penulis pasti akn reda membantu. Tapi, bukan dengan cara begitu. Tambah apa yg berlaku pd rakan-rakan lain, buat penulis juga turut sama berdukacita dan seolah anggapan terhadap mereka amat tepat. Stereotype. Ya, hingga sekarang... Penulis cuba utk ` neutral' balik dengan menganggap pasti ada sebab mereka begitu. Ada sesuatu yg cuba disampaikan tapi tidak kesampaian.
Cewah.
Rasanya boleh bikin satu novel. Kisah kami yang belum bernoktah ini. 
Ada yg telah bahagia dan ada yg masih mencari sinar mereka dengan cara tersendiri.
Tak kisahlah. Apa sahaja. Yang penting semoga yg mengalami pengalaman pahit dalam apa jua cerita, andai ada yang membaca ini didoakan semoga bahagia dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Semoga semua beroleh apa yg dihajati! Ameen.
Apabila kita reda, pasti hati akn tenang! Ya, mari kita lakukan walau kadangkala ia sesuatu yg tersangat berat dan payah😂 Allah sentiasa ada bersama kita☺

P/s: panjang pula drama di atas. Maaf. Update seterusnya akn lebih santai.😊🤔


Sabtu, 2 Januari 2016

Bertahan

Jangan ditanya sampai bila dpt bertahan!
Apakah? Mengapakah?
Alkisah apabila pekerjaan yg dipilih penulis menuntut pengorbanan...Pengorbanan dari segi masa, kesabaran dan pelbagai lagi rencah kehidupan.
Sampaikan ada yg berkata, "kerja mengalahkan BANGLA, BANGLA pun balik awal!"
Kenyataan yg dilontarkan mampu merentap semangat, TETAPI bila memikirkan segala yg dilakukan LILLAH..Hati menjadi tenang! Sungguh biarlah apa yg dikata beberapa orang manusia, pasti beribu orang lagi yg akn berterima kasih!
Penulis berpuas hati dpt menyumbang sesuatu utk ank bangsa.
Selamat Tahun Baru!
#Hari ini kerja...^_^

Rabu, 18 Mac 2015

Lari

Next story!
Situasi apakah yang kalian akan lakukan bila kejadian ini berlaku pada diri sendiri.

Situasi:
Anda perasan sedang diperhatikan sejak awal anda duduk di meja makan kenduri kahwin. Tiba-tiba, selepas selesai makan, anda dikejar seorang lelaki. 
Apakah yang akan anda lakukan?

Kalau penulis akan jawab, "Dah...Dah kahwin!" Dalam hati, jangan la ikut aku lagi. Seram oooiii...
Kenapa tak datang menyapa di meja makan? Seram lagi bila dikejar di tempat letak kereta. Macam-macam persepsi di minda dan hati.
cc: mr. google


Anda pula? Apakah yang akan dilakukan?
Lari?
Pecut?
Steady? Bersembang macam kawan lama.

*Macam-macam sekarang ni. Kejujuran lelaki dah bagus cuma caranya mungkin tidak disenangi. Kejar-mengejar suruh berhenti dah macam polis suruh orang buat salah berhenti. 
Maaf salah silap dan terkasar bahasa.
Penulis hanya insan biasa.

Selasa, 17 Februari 2015

Mati itu pasti

Pada malam Jumaat yang lepas, kami dikejutkan dengan berita kematian Prof Dr. Musa Abu Hassan. Pensyarah Usim yang telah mengajar kami kuliah dan tutorial subjek Penyelidikan Komunikasi semester lalu. Cadangnya kami ingin menziarah Prof pada waktu rehat hari Jumaat di Hospital Serdang selepas rakan-rakan memaklumkan Prof sakit.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Tidak sempat menjenguk Prof apabila malam itu kami menerima berita Prof telah kembali ke rahmatullah. Kemudian dikejutkan pula dengan berita kepemergian Tuan Guru Nik Aziz. Hari itu tiga kematian dimaklumkan bermula dengan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang, Prof Musa dan TGNA.
Hari berikutnya umpama hari yang muram buat kami. Tempat kami menjalani latihan industri ada melakukan solat jenazah ghaib untuk TGNA pada pagi Jumaat. Mereka antara yang penulis kagumi.
Datuk Hasbullah - Penulis meminatinya kerana kepandaian dan intonasi suaranya yang sedap didengar selaku pengulas sukan.
TGNA- Kewibawaan beliau dalam kepimpinan sangat dihormati kawan dan lawan. Beliau seorang yang berpendirian teguh. TGNA seorang yang pandai dan bijak dalam ilmu agama. Sayangnya penulis jarang atau tidak pernah melihat beliau di kaca televisyen atau corong radio. TGNA antara pemimpin yang paling lama memimpin negeri Kelantan.
Prof Musa- Pertama kali kelas bersama Prof, beliau amat menekankan etika pemakaian pelajar universiti yang betul. Beliau seorang yang teliti, berdedikasi dan mudah didekati. Pernah penulis dan kumpulan terlewat berjumpa dengannya kerana kami menyangkakan ada kumpulan pelajar lain sedang berdiskusi bersama Prof di dalam biliknya. Rupanya kumpulan itu hanya menunggu di luar bilik. Apabila kumpulan kami masuk, beliau tidak marah tetapi melihat jam tangan dan mengira. Kami simpulkan Prof seorang yang amat mementingkan masa.
Satu lagi yang menarik apabila selesai berdiskusi, seperti biasa kata penghargaan diucapkan.
“Terima kasih prof”
“Alhamdulillah”
Alhamdulillah?
Kebiasaannya bila mana seseorang mengucapkan terima kasih. Pasti jawapannya sama-sama.
Beliau hanya tersenyum melihat kami terpinga-pinga. Dia menyambung,
“Alhamdulillah, tugas saya selesai dan kamu memahaminya”
Lebih kurang macam tu ayat Prof yang akan sentiasa diingati. Baik dalam tutorial atau kelas, Prof selalu menceritakan pengalaman dan nasihat buat kami.
Terima kasih Prof Musa Abu Hassan!
Semoga mereka bertiga ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Amin….
#Mati itu pasti
credit to pokcik google

Isnin, 5 Januari 2015

Mana satu pilihan kita?

Situasi yang tidak dapat diterima akal dan hati. Anda bagaimana?
Amal merupakan rakan baik Nora. Berjuang dalam apa jua bidang bersama-sama. Susah dan senang. Suka dan duka. Tawa dan tangis.
Apabila Nora bertanya bagaimana keputusan Amal dalam temuduga? Berjaya atau sebaliknya?
Nora tahu tentang Amal daripada rakan-rakan yang lain. Nora hanya ingin melihat apakah Amal ingin berkongsi suka dan dukanya. Jika berjaya Nora orang paling gembira. Jika sebaliknya, Nora  juga merasa sedih. Bak kata orang, ‘Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit’ dan begitu sebaliknya.
Lalu, Amal menjawab, “Belum semak lagi…”
Diri melarikan diri lalu pintu dihempas. Motif?
Andai kata Amal ingin meluahkan rasa… Nora sudi menjadi pendengar setia dan memberi sokongan. Namun sebaliknya pula  berlaku…
Nora dilayan seperti orang asing. Semua yang tahu mengenai Amal berkompromi untuk merahsiakan. Sakit hati Nora hingga merasakan dia belum cukup baik sebagai seorang sahabat.
Baik… Andai kata Nora belum cukup menjadi sahabat yang baik… maafkan dia…
Manusia tidak sempurna. Penuh dengan kekurangan. Maka lengkapkan dan penuhi kekurangan itu seperti pensil yang sentiasa berdamping dengan pemadam. Ironinya mereka saling memerlukan.
# Cerita di atas membuatkan penulis terfikir apa yang akan dilakukan Nora. Mana satu pilihan yang dipilih:
  •  Melupakan atau tidak mempedulikan telatah dan ragam sahabatnya. Just  forget and forgive!
  • Merajuk dan memutuskan untuk melakukan perkara sama seperti apa yang dilakukan sahabatnya.
# Kadang-kadang kita tidak tahu mana yang terbaik untuk diri sendiri. Jaga dan puaskan hati sendiri atau kita mahu jaga hati orang di sekeliling.  Jadi, belajar untuk melupakan dan memaafkan tonggak kebahagiaan. Let  bygones  be bygones!

Jumaat, 2 Januari 2015

Iktibar 2014

Tahun 2014. Tahun penuh mencabar bagi negara kita Malaysia.
Banyak peristiwa manis, pahit dan mengayat hati berlaku.
Antaranya Feb - Apr 2014
Catuan air di beberapa kawasan…
Alhamdulillah penulis tidak terkena tempiasnya. Walaubagaimanapun ada beberapa keluarga rakan yang dihadkan air. Mereka menahan air di waktu lewat malam untuk kegunaan harian.
Kemudiannya jerebu yang menyukarkan pandangan mata dan menyesakkan pernafasan kita. Paling diingati apabila pertama kali sepanjang bergelar pelajar ipt terpaksa menempuhi peperiksaan akhir semester dengan suasana jerebu di dewan. Ada yang menutup hidung dengan tuala masing-masing dan ada pula hanya menutup dengan lengan baju. Suasana yang agak luar biasa namun peperiksaan diteruskan mungkin kerana paras indeks jerebu tidak bahaya. Apatah lagi semua pelajar tidak sabar pulang ke teratak asal masing-masing.
Peristiwa dan tragedi besar menginsafkan mata hati yang buta....
Mac 2014
Sehingga kini tidak dapat dirungkai misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Walau pelbagai teori dan konspirasi dikemukakan samada di media massa dan cetak oleh pakar-pakar yang sebelum ini penulis tak pernah tahu (sebab penulis bukan pelajar bidang aeroangkasa). Sedikit sebanyak kita dapat mempelajari mengenai pesawat dan juga latar belakang hidup manusia di sekeliling kita. Bagaimana keluarga mangsa mengatasi kesedihan dan menerima berita yang menyedihkan memberi banyak pengajaran buat semua.
Julai 2014
Penulis masih ingat lagi selepas bersahur bersama keluarga. Ayah bercerita tentang pesawat yang tidak diketahui telah ditembak jatuh. Kata mak lagi lewat malam beritanya...Dalam hati jangan ada lagi dari Malaysia. Kemudian satu demi satu conference yang memberi maklumat tentang kejadian tersebut. MH17…
Kapal terbang MAS menjadi korban pihak yang bertelagah antara dua negara. Media massa dan cetak sibuk mencari siapa keluarga mangsa yang terlibat. Sehinggakan pernah penulis melihat ada keluarga yang digangu waktu istirehat di malam hari semata-mata ingin mendapatkan berita panas. Bayangkan keluarga yang ingin menenangkan diri dikejutkan dengan sekumpulan wartawan di depan pintu dan pagar rumah.
Benar… kerja dan tugasan seorang wartawan atau reporter perlu mencari berita yang ingin diketahui orang ramai.. Mereka perlu mengikut deadline diberi editor…Namun bagi penulis perikemanusiaan perlu juga dilihat. Apa salahnya jika tunggu hari siang dahulu. Maaf andai tersalah ayat dan kata. Apapun terima kasih wartawan tanpa anda kami tidak mungkin dapat mengetahui kisah dan cerita disebalik tragedi ini.
Tidak lama selepas itu, soalan UPSR bocor angkara hilangnya sifat amanah orang dewasa yang boleh dipanggil bapa. Akibatnya anak-anak menjadi mangsa.
Disember 2014...
Banjir besar di pantai Timur. Gambar dan status meruntun hati penulis. Sehinggakan kutipan derma dibuat oleh rakan-rakan sepantas boleh buat membantu mereka yang menjadi mangsa. Negeri kelahiran, Perlis juga turut terkena di beberapa kawasan seperti Beseri. Bumi seakan menangisi alam yang semakin tandus. Pokok-pokok yang ditebang. Tanah yang diratakan. Laut yang ditambak.
Belum surut banjir, kita dikejutkan pula dengan insiden yang tidak disangka. Pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang daripada radar dan terhempas menutup tirai tahun 2014.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah lebih hebat.
Pelbagai pengajaran dan hikmah diperoleh. Kita bersatu tanpa mengira kaum, fahaman politik dan juga warna rupa.
Kami redha...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat keluarga mangsa MH370, MH17 dan QZ8501…
Salam takziah…Semoga kalian tetap tabah…
2015...
Semoga menjadi tahun yang akan memadam luka-luka 2014. Semoga kita bersatu dan terus mengasihi saudara kita. Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...
# Pray for Gaza

Sabtu, 1 November 2014

Menanti

Lama menyepi....
Jemari menagih janji....
Menguatkan hati...
Mengikut bicara hati..

Failed!!
Tak mengikut laras bahasa yang betul... Sesedap hati nak tulis ja..
Ok...fine...Idea yang tenggelam dalam Tasik Kenyir... Tak timbul-timbul untuk mencantikkan sastera itu...

Apapun...
Menanti dengan setia janji Tuan Editor sebuah majalah kanak-kanak. Diberi harapan isu Disember akan keluar satu artikel yang ditulis penulis. Artikel mengenai pengalaman lampau dan sedikit nasihat buat adik-adik remaja.. Lucu bila teringat balik peristiwa kanak-kanak. Kenangan yang terpahat sebagai memori sepanjang hidup.

Menanti dan terus menanti....

sumber: YouTube
Dan ini juga menanti setiap yang bernyawa. Mati itu pasti. 
Dan adakah kita bersedia menuju persinggahan abadi itu?
Tepuk dada tanya iman...
Jangan tanya selera... :-)

Isnin, 2 Jun 2014

Ragam

Pelbagai ragam dan kisah tersendiri tersimpan dalam semester ini. Yang pasti semangat kerjasama dalam kumpulan amat teruji. Kawan atau lawan. Semuanya terungkap dalam kerja berkumpulan. Di waktu yang genting kita mengenal kawan atau musuh yang bisa membantu kala diperlukan. Bukan hanya bercakap kosong tetapi pantas dengan tindakan. Kepekaaan, keprihatinan dan tanggungjawab individu dapat dikenalpasti. Adakah dia individu yang peka bukan pekak? Adakah individu itu prihatin atau mementingkan diri sendiri? Apakah individu tersebut mempunyai tanggungjawab atau sebaliknya. Semuanya dapat dilihat dalam kerja berkumpulan. Celik minda, celik akal dan tidak menyalahkan orang lain amat penting pada waktu yang sesak.
       Apapun terima kasih pada yang memberi kerjasama superb dalam menyiapkan tugasan berkumpulan semester ini.
       Apa yang penting ‘study week’ dan ‘final exam’. Yang lepas biarkan lepas. Ambil pengajaran untuk dijadikan panduan dan azimat perjalanan sepanjang kehidupan. Maaf andai ayat di atas menyentuh dan mengguris perasaan pembaca. Sungguh penulis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Senyum selalu merupakan ayat azimat bermakna dalam diri. Boleh menghilangkan keresahan dan tekanan walau hati kalian dalam gundah gulana. 
Bak kata orang ganu, ‘SENYUM SOKMO’.

p/s:  JOM SENYUM!

Ahad, 27 Oktober 2013

Forgive and forget!

Memaafkan dan melupakan…Forgive and forget!!
Satu ucapan yg mudah dilafazkan..
"Ala..maafkan ja dia..Lupakan semuanya.. Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru."
Sakit hati, dendam kesumat, benci-membenci membuatkan seseorang menjadi keras hati, sukar memaafkan malah bertindak di luar batasan. Apakah dengan memaafkan semua rasa akan terhapus?  
Ya,jawapannya pasti anda akan lebih tenang dan tenteram. Bagaikan melepaskan bebanan yg berat. Walaupun yg ditunggu-tunggu tidak hadir bertemu kita, meminta maaf dan mengaku khilafnya. Dengan hanya memaafkan dan melupakan, terbit satu perasaan yg sangat tenang, lapang dan sgt sukar digambarkan.

Tetapi hakikatnya bukan mudah untuk memaafkan dan melupakan..
Mungkin ada yg mudah menerima dan mengungkap ungkapan
 “Ya,saya maafkan”..
Namun, apakah hati benar-benar memaafkan kesalahan insan tersebut.
Ya, org yg bisa memaafkan dan melupakan adalah org yg luar biasa. 
Tahniah! kerana anda  bisa memafkan dan melupakan.
Untuk yg agak sukar untuk memaafkan dan melupakan.. Ayuh renungkan petikan di bawah :

 
Prof Dr Muhaya · 494,625 like this
·         Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus
Top of Form


Ahad, 22 September 2013

TAK-PA

Yg baik jadikan teladan

Yg buruk jadikan sempadan
Sikap TAKPA membinasakan kita... Tgk apa atuk jawab dlm video ni..


Penulis nk update tentang satu kisah yg agak tragis telah berlaku kepada  keluarga penulis.. Alkisahnya bermula apabila kami turun ke kota raya bandar metropolitan yakni KL.. Dengan satu tujuan perjalanan untuk menghantar adik penulis masuk universiti di Shah Alam, kami sempat singgah di sebuah flat di tengah-tengah bandar yg pesat membangun itu. Misinya untuk melawat saudara yg telah lama tidak ketemu.
Nak dijadikan cerita…
Apabila turun dari kereta, emak penulis berdiri berdekatan bawah flat sementara menuggu semua turun dari kereta. Tiba- tiba…. Zappp!! Bumm!!
Semua terkejut plus tercengang ditambah terpegun.. Mak aih… bahasa…Maaf ya cikgu  bhsa Melayu... Ok..sambung balik... 
Rupa- rupanya para penghuni flat ingin menjemput mak kesayangan minum teh ais… Namun yg mendukacitakan caranya sungguh tidak beradab..
Dlm erti kata lain ke mana sivik a.k.a moral mereka terhadap persekitaran dan pengguna lain?
Dibalingnya teh ais yg masih penuh ke bawah… Pandang atas memang tak jumpa dah la sapa yg baling… Kalau nampak gerangan si pembaling  memang tengahari tu penulis cari dan bagi tazkirah cara-cara nk beradab..
Memang menguji kesabaran… Kalau tak free-free ja  mak tercinta disirami air free berperisa teh ais di tengah rembang yg panas tu… Apabila sampai di tingkat atas, sedang kami berjalan menuju ke rumah saudara, kami semua sekali lagi disajikan dengan pandangan agak meloyakan…  Kalau kalian tengok sendiri apa lah respon kalian kan… 
Kulit durian bersepah-sepah di tengah ruang kosong di bawah flat.. Nk kata kenduri memang mustahil lah sebab sampah sarap, tin-tin minuman merata alam.. Kulit durian pula selonggok berderai kt tengah-tengah…
Tolonglah kalau malas sangat nk berjalan buang tak perlu rasanya baling mcm tu…. Apa akn jadi kalau ank kecil tiba-tiba melintas di tengah dan tiba-tiba kulit durian itu dibaling.. Tak ka bersepai kepala? 
Kesian pulak tengok reaksi saudara apabila ditanya ada kenduri ka kat bawah tu? 

Maaf ya...tapi saudara penulis pun akan berpindah ke kawasan yg lebih aman damai setelah rumahnya siap. Alhamdullilah...
Apapun semuanya berbalik pd tanggungjawab.....walau berbakul-bakul dinasihatkan seseorang tapi diri sendiri tak ada tanggungjawab nk berubah, alamatnya ??? Tepuk dada tanya iman...Apa sebenarnya tanggungjawab kita...
p/s: Terima kasih buat saudara mara yg menyambut ketibaan kami… Ada juga yg menumpangkan kami di teratak mereka di Kajang… Terima kasih tidak terhingga diucapkan..


Isnin, 16 September 2013

16 Sept

Selamat Hari Malaysia semua...

16 September 2013. Pasukan Harimau Muda A telah menghadiahkan kejuaraan Pestabola Merdeka dengan membenam Nyanmar 2-0. Penulis bukanlah peminat bola tapi wajib juga mengetahui apa yg berlaku di sekeliling kan. 

Sempena hari bersejarah ini jugak penulis memberanikan diri mendaftar dengan nuffnang...
Sebelum ni, selalu dengar pasal nuffnang tapi tak pernah terfikir nak join..So, hari ini jari jemari rancak sign up register nuffnang...Sapa yg nk join boleh tgk web nuffnang ni. Follow ja arahan diberi..Apa salahnya mencuba kan :-) 





Jom layan lagu ni sempena hari bersejarah.... 


Lagu yg menyentuh jiwa.. Teringat lagu ini dilakonkan oleh anggota JPAM sempena majlis pertauliahan baru-baru ini... 
Jangan tanya apa bakti negara untuk kita
TAPI tanyalah apa bakti kita untuk negara... 
 p/s : Jikalau satu hari nanti kita dipanggil berperang, apakah kita sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama  barisan pertahanan negara??? Bersediakah kita? Sanggupkah kita?

Ahad, 15 September 2013

S.A.H.A.B.A.T


Sahabat….
Teman……
Kawan……
Rakan……
Panggilan manakah yang tersimpan kemas dalam hati dan ingatan anda?
Bagi penulis terselit satu ruang untuk yg bergelar SAHABAT di hati..
Kawan ketika senang memang mudah dicari
Namun ketika susah sukar sekali
Hanya SAHABAT yg akan sentiasa di sisi ketika susah,  senang, gembira mahupun duka…
Menghulur bantuan tika diperlukan
Tak cuba memberi alasan
Sentiasa cuba menenangkan hati SAHABAT
Tak akan terpisah dek masa, jarak mahupun tempat.
Seorang SAHABAT amat beharga
Kerna dirinya akan sentiasa diiring oleh DOA .


p/h: Rindukan sahabat-sahabat penulis. Walau dimana kalian berada akan ku titip DOA agar kalian sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

Sabtu, 23 Jun 2012

KANVAS HIDUP






Salam alaik..


Kata org HIDUP bagaikan lukisan di atas kanvas.. Apa yang membezakan kita bagaimana kita mencorakkan lukisan itu supaya berwarna warni atau kelam(gelap). Berwarna -warni cantik dipandang orang dan menceriakan org yg melihat ataupun kelam,pudar warnanya hinggakan org yg melihat rasa muram,sedih, dan hilang semangat...Ya.. Bagaimana kita melihat lukisan itu begitu jugalah dengan hidup ini.. HIDUP memang tidak akan sunyi dari masalah..tapi itulah sebenarnya yg membuatkan HIDUP kita ini bertambah menarik.Firman ALLAH S.W.T bermaksud: Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu. – (Surah Muhamad:31).


Masalah sentiasa akan mengelilingi kita TAPI apa yg membezakan kita dengan org lain ialah bagaimana cara kita mengatasinya? Adakah kita mengatasinya atau kita terus membiarkan masalah itu terus menghimpit dan menbelenggu HIDUP kita. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Jadi,setiap masalah pasti ada jalannya. Kadang-kadang kita rasa masalah kita itu sangat besar tapi ketahuilah ada lagi manusia lain yang lebih berat dan besar masalah daripada kita. Allah SWT menurunkan ujian adalah untuk melihat kesabaran hambanya untuk ditingkatkan makam imannya. Ambillah masalah itu secara positif bukan dari sudut negatif. Berusahalah untuk mengatasinya,bersabar dan berdoa pada Allah SWT. Jangan mudah kecewa dan putus asa. InsyaALLAH setiap masalah ada hikmahnya bagi mereka yang benar-benar bersabar dan redha seikhlas hati dengan ujian Allah SWT.

Khamis, 13 Oktober 2011

FASA BARU



Pengalaman mengajar erti hidup yakni erti sebuah kehidupan.Pengalaman mematangkan diri dlm mghadapi liku-liku kehidupan yg penuh cabaran.Pengalaman mendewasakan seseorang seiring usia.Pengalaman sangat bermakna bagi insan yg tahu menghargainya dan mampu membezakan seseorang dengan seseorang yang lain.


Bak kata pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’….jauh kita berjalan..banyaklah pengalaman yg dikutip…semakin byk ilmu maka semakin tinggilah darjat seseorg…


Sebenarnya bukan nk cerita pasal pengalaman tp nak cerita pasal tempat baru penulis berkampung atau dgn istilah lain tempat penulis merantau mencari ilmu..dah hampir sebulan lebih penulis di bumi Nilai..menimba dan menambah lagi ilmu di USIM yakni Universiti Sains Islam Malaysia.Suasana yg berbeza dari tempat lama(UniSZA).Berbeza sudah pasti dari segi jalan ke Perlis yg x perlu lg melalui Grik..he3..tp masa untuk sampai lebih kurang ja…Bi’ah yg berbeza,sebenarnya masing2 ad kelebihan..Program agak sedikit berbeza dr prog. lama…kalau dulu Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) kini, Bahasa Arab dan Komunikasi tapi tetap  masih Arabic…4 tahun perlu dihabiskan di bumi Usim..kdg2 rasa terkilan jgk..sbb diploma seperti  tiada nilai..krn 3 thun study berhempas pulas akhirnya 4 tahun jgk…walaupun hanya menambah major Komunikasi saja…Tapi atas nasihat ibu bapa, pensyarah dan sahabat-sahabat..penulis teruskan dan rasa terkilan dpt dihapuskan,bak kata mereka “Tak mengapa…belajarlah selagi termampu…ilmu kalau ditambah memudahkan hidup kita..kita tak akn rasa rugi pun..Ingatlah,belajarlah krn Allah bkn hanya utk mdptkn gaji yg lumayan shj dan pasti ada  kesenangan dan ganjaran di kemudian hari…”wah tersentap hati penulis lantas niat dibetulkan…Benar apa yg dikata..sekurg2 penulis dpt mempelajari ilmu yg baru dan apa yg dipelajari dulu sedikit sebanyak dpt dipraktikkan dlm diri dan fasa  baru penulis sebagai pelajar.Walau apa pun yg berlaku UniSZA ttp di hati dan akn sentiasa diingati..Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat jatuh bangun penulis menimba ilmu,mula mengenal erti sebuah persahabatan yg hakiki, ragam manusia yg pelbagai, harga sebuah kebebasan yg diberi, bergantung pada diri sendiri untuk memandu arah hidup untuk berjaya atau tidak…kerinduan berjauhan dr family dan yg pasti ilmu yg ditimba dengan projek akhir bersama penyelia yg berdedikasi..”,Alhamdulillah ya ALLAH,krn memudahkan jalan hidupku dlm menggengam diploma,dan terus meberi peluang aku merasai hidup  sebagai seorang pelajar..”

****Ya ALLAH…istiqomahkan aku ya ALLAH..dalam kekangan waktu dan kesibukan melanda sebagai seorang pelajar agar dapat aku meluangkan masa terus menyebarkan sedikit nasihat dr ajaranMU,meluahkan pendapat dan ilham melalui pena tanpa kalam ini” .Amin…

Isnin, 16 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU!!

Selamat hari guru wt seluruh warga pendidik di Malaysia..semoga kalian diberkati ALLAH dan hidup bahagia didunia dan akhirat…tanpa cikgu siapalah kami..biarpun berdirinya seorg PERDANA MENTERI atau PEGUAM yg menang bicaranya atau TENTERA atau VIP atau SESIAPA SHJ..sejarahnya juga dimulai oleh seorg GURU..
SeLaMat HaRi GuRu!! Terima kasih cikgu...Jasamu dikenang hingga akhir hayat..
Khas buat kedua ibu bapaku, EN ZUKIFLI dan PN SALMAH..krn semuanya bermula dr rumah..mendidik dan mengajarku shgga pandai bertatih, bercakap, berlari dan membaca…terima kasih MAK AYAH.. u’re my idol dan inspirasi untuk berjaya..
Kemudian, terima kasih untuk cikgu-cikgu di Tadika Islam dan Tadika Kemas..di siniku belajar mengenal, mengeja dan mengira..dan buat cikgu2 di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 1 (1997-2001), jasamu dikenang ..x kn ku lupa setiap ajaran kalian dan juga lagu yg sentiasa tersemat di hati  seiring yg dilaungkan setiap pagi,,antaranya
“berilmu, berakhlak, berjaya itulah cogan kata.. 
patuh kpd perintah tuhan..
displin sentiasa diamalkn..
cita kami terus maju mjdi bangsa yg berilmu…
kami warisan wira bangsa kn mbls jasa.. 
bljar hingga berjaya utuk mcpai cita2”..
Antra cikgu yg diingati yg byk memberi perangsang adlh cikgu Sabariah, teacher Suzana, cikgu Halim, cikgu Khairi, dan byk lg yg tak terkira jasanya..terima kasih CIKGU!!
Dan tak dilupakan tempat ku menimba ilmu agama dan fardhu ain yakni Sekolah Agama Rakyat An-Nuriah..juga di Lumut, Perak.Terima Kasih ustazah-ustazah tersayang..tak terbalas jasa baik kalian mendidik kami..tak terungkap dengan kata2 akn penghargaan yg akn diberi..
Seterusnya wt cikgu2 di Perlis..Sekolah Kebangsaan Behor Mali (2002) ..
Cikgu Chong>> maaf krn mnyushkan cikgu bermesyuart tergempar gara2 rekod sek. dipecahkan..^^terima kasih cikgu krn mendidik dan mengasuh saya dlm pelajaran mahupun bidg sukan..
"u’re the best sir"….
dan al-fatihah wt cikgu Bm ku, cikgu Kamariah..ucpn thniah dan salaman itu tak disangka mjdi salam terakhir aku dan dia…
smga ALLAH mencucuri rahmat ats rohmu dan ditemptkan di klgn golongan soleh dan solehah..amin..insyallah..
dan cikgu2 lain..terima kasih, walau setahunku disitu bagaikan bertahun lamanya ..kenangan dan memori yg tk akn dilupakan..
SMK Syed Alwi , tempt ku menimba ilmu, mgenal cabaran dan dugaan..Terima kasih CIKGU!! terutama cikgu Adilah, Sir Wan Zamardy, teacher Asreen,teacher Sharinahanim, ustazah Hasliza, ustazah Rafizah,dan byk lagi yg memberi dorongan dan motivasi..Tiada masalah yg tak dpt diselesaikan atr ungkpn yg sentiasa diungkp terutama dlm matapljrn yg kurg digemari MATEMATIK..^^aliran agama disini tak membezakan kami dgn bdk2 sekolah agama..Alhmdulillah..tlhku buktikan walau bersekolah di mana2 shj..takde perbezaan..yg penting ats diri..bagaimana nk menangkis anasir luar dn mguatkan diri..ats bimbingn guru2, madah arab menarik minatku..
dan akhirnya brjaya mghbiskn dip pgjian islm(bhs dan kesusasteraan arb) di UniSZA..
TERIMA KASIH CIKGU!!kalian x pernah mgenal erti putus asa dlm mendidik kmi mjdi insn berguna..
Dan wt pensyarah di UniSZA..jasa kalian dibawa sepanjg hayat…syukran kathiron^_^

Rabu, 11 Mei 2011

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t ,
Dh seminggu meninggalkan uniSZA yg tercinta. Dan skrg bru sempat nk m’update blog yg dh nk bersawang..^^
Sedih rasanya meninggalkan tempatku menimba ilmu dan pengalaman di timur semenanjung ni..Walau jauh dr kg halaman, ia byk meninggalkan memori yg akn dijadikn azimat sepanjang perjalanan hidupku..tempat aku menuntut ilmu, mengenal ragam manusia dan mengajar erti kehidupan yg sebenar yg jauh lg utk ditempuhi..Di kesempatan ni, nk berilah ucapan setinggi2 penghargaan dan terima kasih pd pensyarah2 yg telah mendidik kami sepanjang 3 tahun berada di bumi Terengganu ni..Terima kasih pd pensyrh yg amt berdedikasi dan beribawa..Antaranya :
Ust Atarrahim
Ust Salam
Ust Saiful Bahri
Ustzh Tasnim
Ustzh Aziah
Ustzh Eliza
Ust Saifudin
Ust Mohamad
Ustzh Khadijah
Ust Sofyudin
Ust Kamarudin
Ust Fatah
Ust Azhar
Ust Talib
Ust Wahid Salleh
En Wan
Sir Taufik
Pn Umaira
Pn Farham
Ustzh Wan Kuntom
Ust Madiah
Ust Zainab
Ust Daud
Ustzh Noraihan

Dan byk lagi pensyarah lain……
Jasamu dikenang sepanjang hayat…terutama musyrif kami, ustzh Tasnim yg byk membantu memberi tunjuk ajar dlm menyiapkan tugasan tesis ..syukran jaziilan^^
Dan buat insan yg pling penting dan yg disayangi ats muka bumi ni…Tanpa dokongan dan sokongan mereka siapalah aku…yg byk berjasa ..memberi sokongan moral agr terus belajar dan mjdi insan berguna..tentulah my family..mak, ayah ,angah, adik dan lain2..tq so much..luv u all^_^
To bahtera especially my classmate, seronok dpt belajar bersama korg..suka duka dan bermacam dugaan dan cabaran ditempuhi, akhirnya berjaya mghabiskn study ni…Setiap pertemuan pasti ad perpisahan..smga kita berjumpa lagi di lain masa..dan pd group tesisku yan dan mazit, thanks ats kerjasama dan komitmen kalian…
Dan buat sahabatku dikala susah senang ,suka dan duka,
               Adila         Aisyah           Sofea
Terima kasih krn mjdi shbtku..ukhwah fillah Abadan abada..insyallah..
Dan sahbat terbaik bilamana menjejakkan kaki di terengganu ni  dan insyallah forever :
Maisarah (Accounting)        Wani (Aqsa)          Aniem (law)
Ila (Sya)                               Ika (radio)
Dan buat yg pernah menjadi romateku..thnks^^

Smga berjumpa lg..smga ukwh berterusan dan x dipisahkan oleh jarak dan waktu//
    
**sorry wt sahabtku..rncgn tergendala coz blik awal ps exm bub ayh ksygn nk p umrah…Alhamdulillah sempat jgk jumpa sebelum dia berangkat..tpksa la postponed..klu ad umo pjg kita jumpa lg..^^
insyallah..
Wassalam…




Jumaat, 29 April 2011

Semanis Senyuman


Assalamualaikum w.b.t…
Dlm sibuk mghadapi final exam..semangat dtg plak untuk mengupdate blog..^_^
Alkisah nk cerita satu perkara yg kalu kita buat atau tak buat ia akn mempengaruhi orang lain..
Apakah itu?? Sehinggakan ad satu lagu yg mjdi kgemaran remaja kita skrg..lirik dia gni “Senyum..tak perlu kata apa-apa”
Ya..Senyum..dgn satu senyuman anda akn membuatkn org lain gembira  dan org yg berdampingan dengan anda selesa ..serta orang yg dirundung kesedihan ceria hatinya..teringat satu ayt bilamana hari-hari gelap itu tiba,
dan senyuman jugalah yang menjadi sinarnya. ^^
Ketahuilah bahawa senyuman itu sedekah..
Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).
Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).
Walaupun hati berkocak kegelisahan dan kesedihan..senyumlah..walaupun ketensionan melanda..senyumlah..
**Senyuman itu kadangkala bukan petanda aku ini gembira, Senyuman itu kadangkala hanyalah derita yang kubisukan ceritanya...^^ senyum untuk menutup derita agar mereka tidak mengetahui duka ku..senyum dengan menelan kepahitan hidup agar ia bodeh mendewasakan ku..
Senyumlah....:-)