Memaparkan catatan dengan label HPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HPM. Papar semua catatan

Selasa, 17 Jun 2014

BBM1: Kepentingan Pelabelan Produk Kepada Pengguna

Pelabelan produk menerangkan pelbagai informasi atau maklumat penting kepada pengguna. Kebiasaannya, tarikh luput, harga, kandungan, jenis dan lain-lain. Malah, ada juga produk yang meletakkan maklumat tambahan seperti label khidmat pengguna untuk memudahkan pengguna menghubungi pengeluar produk sama ada mengajukan pertanyaan, komen mahupun cadangan penambahbaikan produk tersebut.

Produk mengikut Kamus Dewan edisi keempat ialah sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yang dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb.

Ini bermakna pelbagai label produk digunakan mengikut justifikasi yang ditetapkan penguatkuasa seperti barangan makanan, kosmetik, elektrik dan sebagainya. Pelabelan produk amat penting sebagai panduan kesihatan atau keselamatan kepada pengguna.
Contohnya, Kementerian Kesihatan telah menguatkuasa undang-undang mengikut Peraturan Makanan 1985 yang mewajibkan pelabelan makanan dalam tin, plastik, kotak dan lain-lain.

Label nama, jenis dan tarikh luput membolehkan pengguna membuat pilihan yang sewajarnya. Misalnya, produk makanan. Ada juga bungkusan seakan sama tetapi nama berbeza. Contohnya, Tango. Pertama kali melihat coklat ini penulis hampir tertipu dengan warnanya yang seakan Cadbury. Label tarikh luput pula penting kepada pengguna untuk memilih dengan sewajarnya. Jika hayat sesuatu produk bertahan lama pasti produk tersebut menjadi keutamaan pengguna.
Ini la coklat Tango.
credit pic: Network foods industries 


Label kandungan yang terkandung dalam sesuatu produk seperti lemak, gula, karbohidrat dan lain-lain penting kepada pengguna yang mengalami masalah kesihatan seperti alahan. Alahan kepada produk tenusu, kacang dan sebagainya dapat mengelakkan pengguna membeli, memakai atau memakan produk tersebut. Pengguna yang sedang mengamalkan diet dapat menentukan jumlah zat makanan yang diambil dan memudahkan mereka memantau jumlah kalori dan tenaga yang sepatutnya digunakan.



Selain itu, label fungsi yang menerangkan tentang kelebihan dan aplikasi tambahan penting kepada pengguna. Kini, pelbagai gajet dan teknologi canggih di pasaran. Penerangan fungsinya memudahkan pengguna dan pengedar membuat pilihan dan menerangkan kepada pelanggan. Ini kerana ada juga model yang sama tetapi yang membezakan model tersebut adalah aplikasi dan data memori yang terdapat di dalamnya. 

Label harga dan label tanda kecekapan tenaga juga memainkan peranan. Pengguna yang bijak pasti mementingkan nilai harga sesuatu produk seiring kos sara hidup yang kian meningkat. Label penilaian tenaga bertaraf 5 bintang keatas barangan elektrik dapat membantu pengguna menjimatkan tenaga dan bil elektrik.

Label tanda halal juga sangat penting kepada pengguna beragama Islam. Pengguna dapat membezakan produk yang diiktiraf halal dan selamat oleh penguatkuasa terlibat. Baru-baru ini isu halal menggemparkan Malaysia. Coklat ternama disahkan mengandungi bahan haram untuk umat Islam. Namun begitu, JAKIM mengesahkan produk tersebut selamat dan halal dimakan kemudiannya. Walau bagaimanapun, pengguna yang yakin dengan kewibawaan JAKIM boleh makan tanpa was-was dan jika sebaliknya pula, elok ditukar ke jenama lain. Persoalannya di sini, jika anda tidak mempercayai JAKIM, siapa lagi yang anda harus percayai? Tepuk dada tanya IMAN.


Kenali logo halal sini


Kesimpulannya, pelabelan produk amat berguna dan penting kepada pengguna. Pengguna prihatin boleh merujuk kepentingan label-label ini di laman web berkaitan seperti KPDNKK, FOMCA dan banyak lagi.

p/s: Semoga penerangan di atas membantu pembaca dalam mengenal pasti kepentingan label produk.


Jumaat, 6 Jun 2014

HPM 2014

Study week (^_^)
Final exam akan bermula pada 10- 26 Jun 2014…  Sambil menelaah nak juga jari jemari menaip dan mengupdate blog ni.
Apabila otak suruh tuan badan berhenti rehat sekejap, lantas jemari laju ingin sertai link yang diberi sahabat. Parah!
Pernah dengar tak pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2014?
Mari penulis kongsikan sedikit. Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali bayi.
12 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
  8. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  10. 10)Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  11. Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (3 Kategori)
  12. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
Boleh klik sini untuk lihat apa yang diberitahu lagi oleh Presiden FOMCA, Datuk Dr Marimuthu Nadason.
Nak masuk ka tak ni? Tengok la macam mana. Sempat jari menaip dan menulis kita masuk ok.
Kawan-kawan terutama adik-adik sekolah yang mempunyai bakat dalam penulisan, karikatur dan lain-lain dipersilakan masuk ya. Semoga Berjaya!