Memaparkan catatan dengan label coret-coret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coret-coret. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2022

Kenangan Sepanjang PKP

Banyak kenangan yang terpahat menjadi memori indah untuk dikenang. PKP lebih banyak masa berada di rumah. Istilah "Work from Home" a.k.a. WFH memang berlaku sepanjang waktu kuarantin tersebut. Mujurlah terlibat dengan proses buku teks KPM. Maka sesekali bersidang di Putrajaya. Syukur di kala pandemik ketika itu, penulis masih ada pekerjaan untuk dilakukan. Namun, ada kisah suka dan duka sepanjang waktu getir tersebut. Dukanya secebis seperti berikut:

1- Berpisah dengan rakan, sahabat baik dan kawan sekerja yang terpaksa digugurkan ekoran ekonomi yang merudum pada waktu tersebut. Produksi tak bejalan, masakan hasil ada untuk diraih. Begitulah ironinya kata pengurus ketika itu. Walau bagaimanapun, syukur semua yang dibuang telah dapat kerja yang lebih baik kini.

2- Menjaga orang yang sedang kuarantin. Banyak pula ragam dan kerenah teman serumah. Tak layan merajuk. Nak layan terasa pula bagai melayan "Raja". Benar, harus bersabar ketka itu kerana itu ujian buat mereka dan penulis. Hari itu ujian buat mereka, mana tahu esok lusa mereka pula akan bantu kita. Cool!

3- Tak dapat pulang ke teratak di desa. Hanya "video call" penghubung kami di pagi raya. Syahdu sekali ya!

Kisah sukanya pula,

1- Dapat mencuba pelbagai resipi. Sebut sahaja semua penulis masak termasuklah berkaloborasi dengan rakan serumah untuk menyiapkan "Dalgona". Betul tak ejaannya yang viral dahulu? 

2- Rezeki kami mencurah-curah. Ada sahaja bantuan untuk frontliners. Yalah... dua orang rakan serumah penulis dalam bidang KKM. Oleh itu, banyaklah resipi boleh dimasak untuk dihidangkan kepada mereka.

3-Sudah tentu duit KWSP. eh eh eh...


Di atas, hanya secebis kenangan untuk dikongsi buat para pembaca blog ini. Terima kasih membaca! 



Isnin, 11 Januari 2021

101220

Apa ada pada tarikh ini? 
Tarikh yg pasti diingati kerana buat pertama kali penulis kena swab. Allahu...
Penulis mmg anti dgn hospital dan sewaktu dengannya..Perasaan ketika itu, hanya Allah yg mengetahui. Luaran nampak cool..dalaman hati boleh bikin riuh. Tiba-tiba diarahkan untuk menjalani swab di hospital swasta oleh syarikat. Sebelum ni, penulis dn beberapa rakan kuarantin disebabkan cerita berbeza.

Redah sahaja lah. Sebab dh jadi lapisan kedua. Setelah 4 kali kuarantin dan kali ini hampir lama sedikit dari sebelumnya (sebelum ni hanya 5 hari atau lebih cepat drp itu mengikut saranan PKD). Cuti tahunan habis digunakan hanya untuk kuarantin. Cuba kira berapa byk cuti diambil? 

"Eh, rugi lah guna cuti tahunan,"kata orang.
"Takpalah..dh mmg ditakdirkan begitu," kata penulis.
Pergh...Jawapan memang minta kena hentak kaki. Ada berbagai sebab kenapa cuti tahunan digunakan. Antaranya sebab self quarantine atas dasar tanggungjawab. Selagi belum keluar keputusan org atas org yg kita pernah jumpa tu. Tak perlu ke mana-mana. Cukup bertapa di rumah sahaja. 

Penulis sempat menjadi lapisan demi lapisan pd tahun lepas. Lapisan ketiga memang kena kuarantin di rumah sehingga result lapisan pertama keluar. Makanya, bertafakurlah bermuhasabah diri. Cerita memang byk.. Cukuplah penulis shj yg mengetahui sbb agk memeningkan sebenarnya menjadi lapisan demi lapisan. Tidak perlu menuding jari ke sana ke sini. Opss....
Hadamkan ya! Selamat beramal. Erkkk...

Sampaikan penulis seolah-olah menjadi manusia yg agak atau memang paranoid. Sejak kena kuarantin penulis jadi seorang yg lebih peka berkaitan kesihatan diri dan orang lain. Perasaan sedih, marah, cuak semua bercampur menjadi satu. Tapi Alhamdulillah semua dpt diatasi kami dengan jayanya. Kenangan yg pasti terpahat dlm memori. Fuh!

Isnin, 21 Disember 2020

Ujian 2020

Pelbagai cerita sepanjang tahun.

Antaranya menyiapkan buku teks yg bukan dlm bidang kita. Org kata mencabar tapi sebenarnya cabaran dalam setiap pembikinan buku teks pasti berbeza setiap satunya. Seandainya bidang kita sendiri memang kena lebih teliti sebab kita tahu dan mudah utk dikendalikan. Jika sebaliknya, kita perlu memahami, mencari dan mengenal pasti benarkah apa yg diberi. Umpama belajar bahasa Mandarin taw. opss...

Editor bkn shj perlu menyemak kesalahan tetapi juga bahan yg diberi. Adakah menepati kehendak kpm dan benarkah metod yg digunakan. Pergh.. Mencabar tak? Demi kegunaan anak² atau adik² junior pd tahun akn dtg...

Pastinya stayback di ofis. Balik lewat menjadi kebiasaan. Tak pasti pula nanti bagaimana cerita apabila menamatkan zaman bujang. Apakah masih diberi kelonggaran utk menyiapkan buku teks seperti zaman bujang? Moga bakal suami memahamilah. Eh..berangan? calon pn takdak lg..adududu...Doa yg baik² shj. Moga Allah gerakkan hati org yg tepat. Ameen...

Kegigihan team menyiapkan buku teks. Ditambah pula dgn Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pd 18 Mac. Alhamdulillah team yg memahami dan memudahkan. Tipulah jika tiada onak dan duri tapi org kata,

kalau takut dilambung ombak, 

jgn berumah di tepi pantai 

Peribahasa ni tahu tak? Maksudnya silalah cari ya..jgn mls! yg dh tahu tu baguslah. Alhamdulillah😊

pic credit to google


Selasa, 15 Disember 2020

Harapan

Hujan

Membadai bumi

Membasuh luka 

Menyirami kesedihan

Menutupi keresahan


Bangkit

Usir diri dari kegelapan

Bangunlah terus berlari

Teruskan berjuang

Jangan menoleh lagi

2020 tahun penuh cabaran. Tahun penuh kejutan. Penulis sendiri pertama kali beraya di perantauan. Hari Raya Aidilfitri tahun ini beraya jauh dari keluarga di kampung. Tiada ziarah-menziarahi. Pintu tertutup rapat. Kemaafan hanya dipinta melalui teknologi. Video call, whatapps dan mesej pengganti diri di pagi raya. Syahdu!

Semoga tahun 2021 lebih baik. Semoga tahun ini menjadi kenangan dan azimat sepanjang perjalanan. Kita pasti lebih kuat utk menempuh cabaran dan dugaan akan datang. Jangan sesekali berputus asa. Teruskan berharap semoga tahun akn dtg lebih baik drp tahun ini. 

Isnin, 14 Disember 2020

Sumpah

Sumpah tiada niat

Untuk aku mendustakan kita

Berat hatiku sepi jauh

Engkau pergi

Bodohnya aku melepaskanmu

Sesal yang ku rasa menghantui diriku

Sampainya hatiku

Lukakan cintamu

Pedih kau rasa dulu

Kini dekatku

Sumpah aku berdosa

Permain ragamu

Menghina dirimu

Berat hatiku sepi jauh

Engkau pergi

 

Lirik nyanyian Aina Abdul memang dekat dengan hati ketika ini. Eh…apa kes?

Setahun menyepi tiba-tiba “feeling”.

Jawapannya…

Ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Hidup hanya sekali bak kata orang. Kita berhak membuat pilihan. Kadang-kadang pilihan yang kita buat kita rasa dah betul tetapi sebaliknya berlaku. Ya, manusia mana ada yang sempurna. Kita lupa hati kita milik siapa. Maka, Allah turunkan ujian untuk kembali berharap kepada-NYA. Allahu…

Boleh tak jawapan di atas?

Penulis kembali menulis bila ada waktu. Sebelum busy lagi dengan duniawi yang tak pernah habis. Penulis ambil masa untuk menaip. Sesuatu yang dah lama nak lakukan tapi kekangan masa menghambat. Penulis akui minat menulis artikel dan cerpen semakin lama semakin menjauh. Penulis lebih terarah kepada penulisan akademik.

Apapun blog ini salah satu medan melakar kenangan dan penulis sangat menghargai yang sudi membaca. Terima kasih untuk yang sudi menjenguk dan menziarahi. Semoga Allah mempermudah urusan kita semua. Menyembuhkan yang sedang menderita kesakitan, membantu yang sedang dalam kesusahan dan memberi ketenangan kepada yang gelisah atau risau. Ameen…

pic credit to google. Minnie ckp teruskan berjuang! 


Jumaat, 31 Januari 2020

Membisu

Diam tanpa berkata-kata
Diam tanpa berbicara
Diam mungkin tanda menyepi
Diam yg sentiasa memerhati

Setahun tanpa sepatah kata yg ditaip. Bukan niat penulis untuk meninggalkan dunia yg sentiasa terlakar pelbagai cerita kehidupan. Namun, kata-kata tidak mampu terzahir di keyboard. Masa...ya masa...

Ada sahaja cerita duniawi. Ada sahaja yg hendak dilakukan. ALASAN.
Mungkin....

Psst... Jika kalian memerlukan sesuatu utk ditaip, key-in, editing, writting etc. Jangan segan untuk hubungi penulis di email berikut:
ukhtinur90@gmail.com
 
Apa sahaja bahan seperti artikel, buku-buku akademik seperti Pendidikan Islam, Bahasa Arab dsb boleh dirunding. Harga adik-beradik untuk pembaca blog ini.
Semoga semua baik-baik shj. Doakan yg baik-baik utk semua org!

-pic credit to prof google-

Khamis, 15 November 2018

Bersawang



Genap setahun dua bln blog bersawang. Daratan benar-benar gagal dijumpai. Penulis hanya sempat menjengah dan ziarah apabila ada komen drp pembaca dan itu pun hanya sekali sekala sahaja.
Pergh…Dlm setahun tidak ‘update’ bermacam cerita dan pengalaman tersimpan menjadi kenangan dan memori. Byk peristiwa yg telah berlaku menjadi cerita suka dan duka.
Ada manusia yg datang dan pergi dlm hidup penulis. Hampir dua tahun meninggalkan tempat kerja yg agk berhantu. Kini penulis tenang menghadapi ranjau dan duri di tempat sekarang. Berhantu? Itu kata-kata pengurus lama dahulu. Katanya, "tempat ini mmg banyak hantu! Ramai org jadi hantu menghasut org. Aiyaaa…" Kenangan betul dengan pengurus dahulu. Beliau banyak mengajar dan membimbing penulis menjadi seperti sekarang. Walau pelbagai cerita tidak enak didengar drp ramai pekerja lama, tetapi masih ada sumbangan beliau dalam diri penulis hingga sekarang. Beliau mengajar penulis utk fokus, tidak pedulikan kata-kata manusia disekeliling (sudah tentu yg baik kita ikut, yg buruk kita tapis atau biarkan shj bagai angin) dan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi alam perkerjaan.
Terima kasih manager! Jasamu sentiasa dikenang!
cc pakcik google

Ahad, 13 Ogos 2017

Maaf

Maaf. Tiga bulan genap. Tiada berita dan cerita dr penulis. Sekali lagi, maaf pembaca semua... Waktu cuti penulis dihabiskan dgn berjalan dan menulis buku akademik... Lupa janji yang telah dipateri di blog ini pd 11 Mac lalu... Opss..'next story' penulis cerita ya. Mood penulis 'kelaut' (daratan gagal dijumpai) ditambah dgn waktu yang terbatas.
Waktu... Pantas masa berlalu. Namun ceritera semalam masih belum mampu penulis usir dan lenyapkan. Sungguh, pengalaman yg menjadikan penulis seperti 'pulau di tengah lautan'.
Apakah? Apa kaitan pulau?
Ungkapan di atas ada benarnya. Kata itu masih tersemat kemas di ingatan apabila seorang yang penulis kagumi pada waktu ini memberi nasihat kepada kami. 
Ya, Pengalaman lalu membuatkan penulis tidak lagi mempedulikan orang. Suasana bising, kecoh atau apa sahaja yang sedang berlaku, sama ada cerita panas atau 'gossip terhangat'; penulis seakan malas lagi utk ambil kisah. Penulis hanya tahu dan mahu menghabiskan kerja sendiri. Andai bising dan fokus lari, penulis akan sumbat telinga dengan 'earphone'. Burukkan kadangkala perangai*^ Mohon pembaca tidak mengikut perbuatan ini. Entahlah, mungkin juga penulis malas pusing kepala. Eh! jangan la pusing. Tegak ja baca ya. 
Hebat bukan penangan kisah lalu. Rupanya bukan penulis sahaja, bahkan beberapa orang lagi rakan yang senasib. Hingga ada yang tidak mahu lagi terjebak atau terlibat lagi dlm bidang editorial.
Lucu, ingin ketawa dan adakala rasa marah apabila kami yang terjebak dengan kisah yang sama suatu ketika dulu, berjumpa dan duduk semeja di kala waktu terluang.
Mungkin penulis tidak berapa terkesan dengan apa yg terjadi kerana penulis dilayan baik oleh syarikat lama. Cuma, tiga bulan notis penulis telah 'drag' dgn alasan tidak masuk akal. Ya. Pada ketika itu, penulis layankan shj drama hingga ada yang menelefon dan membebel dgn alasan pengganti tidak dijumpai. Opss. Dlm hati berkata, itu bkn lg masalah penulis.
Andai ` terpaksa' membantu, penulis pasti akn reda membantu. Tapi, bukan dengan cara begitu. Tambah apa yg berlaku pd rakan-rakan lain, buat penulis juga turut sama berdukacita dan seolah anggapan terhadap mereka amat tepat. Stereotype. Ya, hingga sekarang... Penulis cuba utk ` neutral' balik dengan menganggap pasti ada sebab mereka begitu. Ada sesuatu yg cuba disampaikan tapi tidak kesampaian.
Cewah.
Rasanya boleh bikin satu novel. Kisah kami yang belum bernoktah ini. 
Ada yg telah bahagia dan ada yg masih mencari sinar mereka dengan cara tersendiri.
Tak kisahlah. Apa sahaja. Yang penting semoga yg mengalami pengalaman pahit dalam apa jua cerita, andai ada yang membaca ini didoakan semoga bahagia dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Semoga semua beroleh apa yg dihajati! Ameen.
Apabila kita reda, pasti hati akn tenang! Ya, mari kita lakukan walau kadangkala ia sesuatu yg tersangat berat dan payah😂 Allah sentiasa ada bersama kita☺

P/s: panjang pula drama di atas. Maaf. Update seterusnya akn lebih santai.😊🤔


Jumaat, 28 April 2017

Masalah

Setiap cubaan pasti terselit hikmahnya
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
Setiap dugaan pasti ada sesuatu yg ingin disampaikannya
Setiap detik kehidupan pasti ada ceriteranya
(Fail nk bersastera. Mungkin penulisanku lebih terpengaruh dgn artikel berbentuk FAKTA)

Sejauh mana kita berlari, sejauh mana kita pergi… masalah tak pernah lupa utk menjengah kita. Tanpa mereka, hidup ini seolah-olah tak lengkap. Bukan bermakna hidup kita perlu ada masalah. Tetapi masalah itu sebenarnya mengajar kita utk menjadi seorang yg lebih matang dan dewasa.
Apabila diri tiada masalah sama ada dari segi kewangan, keluarga mahupun peribadi. Kita diuji pula dengan persekitaran. Ada juga yg diuji dgn suasana tempat mereka tinggal atau bekerja. Sungguh, kadang-kadang kita sering merungut, tertekan atau resah dengan masalah. Namun.. percayalah, bila kita berjaya mengatasi dan menyelesaikannya pasti manisnya akan berpanjangan. Banyak yang kita akan temui di sebalik masalah yg berlaku.
Mungkinkah masalah itu sebenarnya berpunca dari diri kita? Atau masalah itu sebenarnya refleksi natijah apa yg telah kita lakukan? Atau apakah yg berlaku itu utk melihat sejauh mana kita bersabar, bertabah dan mengubah diri ke arah yg lebih baik?
Hidup tak akan lepas dari masalah. Kita sahaja yg mampu mengubah masalah tersebut ke arah yg baik atau kita  terus membiarkan diri dibelenggu masalah.
Manusia tak pernah sunyi dari kesalahan dan kesilapan. Kata-kata ini mampu membuat diri kalian positif kembali. Benar, kadang-kadang apa yg diungkapkan tak sehala dgn hati. Kadang-kadang apa yg dilafaz lebih laju dari otak. Berfikir dahulu sebelum melafazkan sukar dilakukan kerana tidak semua manusia mampu utk berfikir dahulu sebelum melafazkannya. Pendek cerita, masalah tak akan hilang jika kita tidak menyelesaikannya. Sama ada membiarkannya, lari atau menyelesaikan masalah itu terpulang kpd diri kita.
Tepuk dada tanya IMAN!
cc prof google!

p/s:  28 April – 7 Mei 2017. Silalah serbu PWTC.

Sabtu, 14 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian….
Tahun baru 2017! Sudah dua minggu…Sedar tak sedar, azam baru, kerja baru, tanggungjawab baru dan pelbagai lagi harus kita kejar. Selamat tinggal 2016!
Azam pembaca tahun lepas sudah terlaksana atau belum? Jika sudah, tahniah diucapkan! Jika belum…Apakah azam itu akan terus terkubur atau akan dilunaskan pada tahun ini?
U’ve to decide right! Tiba-tiba teringat ‘manager’ lama penulis…Ungkapan itu sering diucapkan bila ada benda ‘hang or no solution’….
Kenangan….Sungguh ia akan tersimpan… Pedih, payah, sakit, suka dan duka pasti diingati dan akan dijadikan pengajaran. Sungguh, kita tidak pernah tahu apa yg ada dlm hati manusia. Sehinggakan hari terakhir penulis di tempat lama bagai membuktikan segala yg dilontarkan pihak lain terhadap mereka seakan benar. Perit…Apabila org yg kita percayai boleh melakukan sedemikian rupa…Tapi sebenarnya tak mustahil pun, andai benda sama mereka boleh lakukan pada org lain...Apatah lg kita yg hanya pekerja biasa…Maafkan penulis kerana tidak dpt meneruskan lagi. Cukuplah 3 bulan notis yg diberi. No more! No more! This is enough! Thank you for everything!
Panjang pulak ceritera lama. Maaf….Let’s move on!
Tempat baru penulis sgt ceria dan meriah! Seakan terpana seketika kerana nyata jauh berbeza dgn tmpt lama. Tempat lama meriah hanya waktu rehat shj. Tempat baru pula bos sgtlah ‘awesome’! Haha…
Tapi itulah sebenarnya proses pembelajaran manusia… Satu yg penulis pasti, budaya kerja dengan Cina pasti penulis teruskan kerana penulis tahu ada yang sentiasa akan memerhati. Jika dahulu, waktu OT pun manager call tanya, ‘tgh meeting apa?’ Walaupun di tempat masing2 anda bercakap…sadis tak? Apatah lagi waktu kerja. Jika ada yg pernah bekerja dgn mereka pasti tahu apa yg penulis maksudkan….
Tapi ad juga baiknya. Ia mengajar penulis utk sentiasa fokus…Apa yg penulis khuatir di tempat baru? Ada..Pencipta kita. Allah yang sentiasa akan melihat perbuatan dan perlakuan kita.
Jadi, maaf andai kata penulis nampak gigih kerana sudah terbiasa sebegitu…Poyo! Terpulanglah…kerana kerja itu ibadah kan? Maka, pasti kita mahu ia sempurna tanpa ada cacat cela. Maafkan saya :)
cc to prof google

Ahad, 4 September 2016

Notis

Berat untuk menyatakan sebab perlunya berhenti kepada pengurus...kerana beliau banyak memberi penulis tunjuk ajar dalam editorial...berlainan bangsa tetapi sangat tidak lokek ilmunya...bg penulis saat ketika update ini ditulis, beliau seorang yang baik walaupun pelbagai ceritera didengari...Ya, setiap manusia punyai kisah silam..yang baik tak akan selamanya baik dan yang jahat tak akan selamanya jahat!
Rentak hati apabila tak seirama dengan majikan...maka jalan keluar untuk memajukan diri amatlah perlu walau pelbagai halangan atau janji ditabur...Nekad setelah 3 bulan lepas penulis dilemma untuk berhijrah dan kali ini penulis amat pasti kerana masanya sudah tiba!
Pengurus dan ketua editor adalah sifu yang banyak mengajar penulis selok belok bidang editorial.Walau pelbagai anggapan, stereotype atau mungkin prejudis dilempar sesetengah pihak terhadap mereka..penulis kagum kerana mereka tidak langsung ambil kisah walau mereka mengetahuinya..Ya, masanya untuk penulis berhijrah...Penulis tidak mahu rasa hormat itu hilang dan tidak mahu sesekali bertindak biadap terhadap mereka yang telah banyak berjasa....Maka, langkah ini adalah terbaik...Penulis amat yakin dengan janji2 Allah...Sama ada penulis masih dalam dunia editorial atau sebaliknya...just wait n see okeyh...Moga hijrah ini membuka hati, minda dan diri ke arah Islamik yang sebenarnya...
Terima kasih untuk segalanya...
#p/s : Mungkin ini juga sebab utama penulis pasti perlunya berhijrah😊
Tak semua tapi ada yang benar dalam nota ini..
http://blog.maukerja.my/nota-untuk-majikan-15-sebab-mengapa-pekerja-fed-up-dan-berhenti-kerja-macam-itu-je

                                Cc: pokcik google

Khamis, 31 Disember 2015

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru...
Sedar tak sedar dah masuk tahun 2016..
Pelbagai rencah dan ragam 2015 yg menggamit memori...
Pengalaman dlm hidup yg mendewasakan usia kita..
Antara pengajaran yg dpt diambil penulis ialah:
1.Nilai pengorbanan masa 
Pekerjaan yg dilakukan penulis amat menuntut kesabaran utk menyelesaikan tugasan mengikut waktu ditetapkan. CUTI amatlah kritikal utk dituntut. 
2.Ukhwah dalam persahabatan
Berakhirnya hidup sebagai seorang pelajar tidak bermakna kawan disisi hilang begitu sahaja. PERSAHABATAN amat bermakna jika berkawan kerana Allah.Friendship never end!
3.Keluarga adalah segala-galanya
Sesibuk mana kita pun keluarga perlu diberi perhatian. Sungguh jika sibuk, tak salah mencuri masa seminit dua utk menghubungi mereka setiap hari..Ini yg penulis sentiasa ingatkan dalam diri yg kerdil. TANPA MEREKA SIAPALAH KITA!
OK..Sekian coretan kisah semalam utk permulaan tahun baru..Semoga tahun 2016 akan membawa sinar kebahagiaan buat semua! Mudah-mudahan apabila bertambah usia kita maka semakin bertambahlah IMAN! AMEEN.

Ahad, 30 Ogos 2015

Kerja

Fuh...3 bulan genap blog bersawang...Maaf pembaca kalam tanpa pena...jari tak sempat menaip...Setiap hari ad shj yg like page fb..thank you!
Alkisah terbaru, penulis sekarang berkhidmat sbg editor di sebuah syarikat penerbitan buku...Alhamdulillah misi bekerja sebelum konvo berjaya!
Mencuba suasana kerja baru di tempat baru, rakan baru dan majikan baru.
Penulis dan rakan pelatih sebelum ini ditawarkan menyambung khidmat di tempat latihan industri kami namun penulis seorang sahaja yg tidak meneruskannya..Tiga lagi setia di sana...

Jika ditanya kenapa penulis tidak teruskan?
Pasti byk jawapannya...Antaranya penulis ingin mencuba persekitaran baru, cabaran dan suasana kerja baru...
Tempat latihan industri dulu tetap terbaik kerana memberi banyak pengalaman sangat berguna dan bernilai sehingga dpt diaplikasikan di tempat baru.
Terima kasih!
Pic: google

*p/s- next entry akn ditaip..bila dan apa ceritanya...harap bersabar ya ;-)

Selasa, 2 Jun 2015

Royal Floria Putrajaya

Penulis dan kawan-kawan sempat berkunjung ke Presint 4, Putrajaya pada 31 Mei 2015.
Pada mulanya, selepas asar kami ke Putrajaya semata-mata mahu bermain roller blade atau kasut roda. Lupa pula waktu bermain kasut roda di sebelah malam.
Maka, misi menjejakkan kaki ke floria pun bermula. Kawan penulis apabila diajak ke floria. Dikatakan Florida? Mat Salleh betul (Untung Salleh selalu disebut namanya)…
Hot air balloon! Rupanya Floria di bawah antara dua jambatan ini.
Puas mencari tempat meletak kereta. Kereta banyak tak terkira. Di kiri dan kanan.
Mulanya, kami sangka ada event di jabatan kerajaan. Rupa-rupanya, semua pengunjung menuju destinasi yang sama. Baik atas divider, selekoh mahupun sepanjang jambatan kereta diletakkan. Yang paling untung tentulah Hilux. Sebabnya? Pembaca pasti tahu...
Kawan penulis merangkap 'drebar terhormat' pun tak sanggup jalan jauh. Kami pun u-turn jambatan dan cari parking. Sampai dekat dengan tempat floria ja..Pakcik polis kata penuh... Tak boleh masuk!
Cari dan terus mencari..Kami perasan tanah lapang yang penuh dengan kereta buatan manusia. Tawakal terus menuju ke situ. Alhamdulillah....Ada parking juga.
Menyeberang jalan dan terus mencari kaunter tiket. Masyallah...Panjang beraturnya sampai ke jalan... Tapi tak sampai lima minit pun. Janji pembaca sediakan wang secukupnya dan My Kad. Ok!



Tengok betapa ramainya manusia di pintu gerbang!
Tiket masuk ke Floria RM5 bagi dewasa. Berbaloi bagi warganegara kerana macam-macam dapat dilihat di dalamnya. Ada garden, bunga hidup mahupun palsu, galeri, dan mercu setiap negeri. Ada juga ruangan fantasi dan pasu bergerak. Ala, macam orang2 kat sawah. Unik!

Masuk galeri tengok art dulu..Cantik belaka..Ada art yg dapat bronze dll.

Ada macam-macam tema...Memberi inspirasi kepada yg nk hias taman!

Terkilan sebab tak sempat masuk winter spring. Kawan penulis yg update pasal tu ada beritahu kena bayar RM3 jika nak masuk. Lepas pegawai bagi penerangan, boleh snap pic. tak lebih 2 minit. Andai pembaca nak rasa salji buatan manusia, ini lah masanya.

Best!
Keindahan Floria pada sebelah malam dan siang pasti berbeza. Tak boleh tunjuk gambar banyak-banyak sebab pembaca kena rasa sendiri pengalaman ke sana. Penulis dan rakan-rakan pun tak lama dalam tu.. Tak sempat tangkap gambar banyak-banyak sebab masing-masing bateri kong a.k.a habis!
Jadi, penulis menasihati pembaca sekalian pastikan kamera anda dicas penuh ya!
Ya la, penulis pun redah ja hari tu... Habis ke Floria singgah main kasut roda!
Yes, mission complete!!!

p/s: Ada rezeki nanti nak pergi siang pula. Itu pun andai diizinkanNYA...

Isnin, 25 Mei 2015

Cabaran yang menanti selepas Latihan Industri

Detik yang tidak sabar ditunggu penulis dan rakan-rakan tahun akhir.
12hb Jun 2015
Apakah? Tarikh keramat? Bukan...
Cuma tarikh penting!
Tarikh itu yang akan menjadi ingatan kami pelatih-pelatih latihan industri. Penulis akan menamatkan pengajian tahun akhir dengan berakhirnya praktikal atau latihan industri tersebut.
Yeah! Dah nak konvo! 
Akhirnya, selepas 4 tahun di bumi Usim, Nilai. Praktikal pula 5 bulan di Kajang, Selangor. Tup...Tup....Usim akan ditinggalkan dengan kenangan dan memori yang mengajar penulis erti sebuah kehidupan!
Namun begitu, masih ada dugaan atau lebih tepat cabaran yang menanti:
1- Selepas tarikh itu, kami akan membentangkan hasil laporan sepanjang latihan industri. Woah...Pembentangan dalam Bahasa Arab…Nama program pun jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi...Maka, begitulah ceritanya...Cerita di bidang editorial juga banyak untuk dikongsikan bersama mereka.. Semoga berjalan lancar!
2- Misi menyiapkan diri dari segi mental, emosi dan jasmani. Alam pra pekerjaan bakal berakhir…Maka, bertebaran penulis dan rakan-rakan menjelajah ruang alam maya. Nasib baik bukan angkasa!
Kami mencari peluang pekerjaan dengan menghantar resume dan mengisi jawatan kosong di Jobstreet.
3- Pekerjaan sebelum bergraduasi bulan November. Penulis berharap akan berjaya mendapat pekerjaan sebelum konvo. Insyallah! Dengan izinNYA jua...

credit to pakcik google.
# Doakan penulis dan rakan-rakan ya…. Penulis juga sentiasa mendoakan pembaca dan umat Islam bahagia dunia dan akhirat.

Kita hanya mampu merancang, Allah juga sebaik-baik perancang!



Sabtu, 2 Mei 2015

Ulasan novel DBP

Alhamdulillah...Selepas menerima maklum balas ulasan novel Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dihantar telah diterima dan akan dipertimbangkan pihak DBP. Akhirnya, tidak sampai seminggu ulasan novel DBP tersebut terbit di laman web mereka. 
KLIK
Kita selalu membaca dan pasti terbiasa dengan novel yang di dalamnya suasana kehidupan sekeliling kita atau situasi yang memaparkan bahasa asing seperti English yang ditutur watak dalam novel itu.
Novel yang penulis ulas ini pula sebaliknya. Kebiasaan itu menjadi luar biasa apabila suasana dan situasi novel ini menyentuh aspek budaya jiran kita termasuk percakapan sebahagian wataknya.

Terima kasih kepada peminjam yang meminjamkan buku DBP ini pada penulis.
Terima kasih juga pada pihak DBP yang sudi menerbitkan ulasan tersebut.
Bagaimanapun, penulis terkejut dan terkesima sebentar apabila dimaklum penulis novel tersebut bukunya tidak berada di rak-rak kedai buku.


Apakah yang berlaku?

Konflik atau masalah yang berlaku diharap dapat diselesaikan dengan baik. Teruskan berjuang DBP! Penulis blog ini pasti sentiasa menyokong DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. ;-)


Isnin, 20 April 2015

Novel DBP

Baru-baru ini, penulis berpeluang membaca novel keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dipinjamkan kawan satu tempat praktikal. Kali terakhir penulis membaca novel DBP  di bangku sekolah rendah dan menengah sama ada pinjam dari bas bergerak atau perpustakaan sekolah dan awam. Secara jujur, ini kali pertama penulis membaca semula novel DBP selepas berada di alam menara gading. Kebiasaannya, penulis akan mencapai dan membelek buku atau novel berunsur agama, motivasi, tokoh dan penulisan santai seperti Alaf21, GISB, Fixi dan macam-macam lagi apabila memasuki MPH, POPULAR dan kedai buku. Kebanyakan buku-buku DBP jarang penulis jumpa atau mungkin penulis tidak perasan kewujudannya di rak-rak. Jika ada pun buku DBP pasti mudah dijumpai di perpustakaan sahaja. Itu tanggapan penulis ketika ini.
Lambakan buku-buku cinta di pasaran membuatkan penulis teringat kebenaran kata penulis senior, Pn. Nisah Haron sewaktu bengkel penulisan di USIM. Katanya, jika penulis itu berkualiti, penulis perlu membaca karya berkualiti.
Apa yang dapat penulis simpulkan ialah tidak salah membaca untuk menambah ilmu tetapi bagaimana bahasa itu mampu mempengaruhi diri kita. Benar, berdasarkan apa yang penulis alami, jika kita selalu membaca bahasa yang ringan, rojak dan sempoi. Kemudian, kita pegang buku DBP, rupa-rupanya banyak betul bahasa ibunda yang kita tidak tahu atau tak pernah ambil tahu.
Pelbagai cerita dan alasan diberi untuk sedapkan hati bahawa Bahasa Melayu memang kita mahir kerana sejak lahir kita gunakannya, maka pasti kosa kata semuanya kita tahu. Hakikatnya?
credit: google.com
*Penulis blog sendiri sedang berusaha untuk memantapkan bahasa. Mampukah? Mari!


Rabu, 18 Mac 2015

USIM maju

Usim terus maju!
Seiring dengan lagu USIM.
Banyak perubahan positif dilihat penulis ketika pergi mengambil baucer di fakulti Sabtu lalu.
Permata Insan berhambiran FSU hampir siap.

Pondok bas, pkp berwajah baru dan lain-lain menarik jiwa raga untuk mencipta kenangan di situ.
Ini antara gambar yang sempat penulis snap selepas amik baucer. Tiba-tiba sebak nak tinggalkan USIM. Padahal dulu waktu baru masuk, sedih sangat tinggal UniSZA. Sampaikan tak rasa apa pun jumpa suasana baru, kawan baru dan tempat baru....
:
:
:
:

Sempat posing dekat depan DKU. 

Lepas ni pakai baju konvo pulak ^_^

PKP berwajah ceria! Siap ada model baru lagi 0_0

Rindu tunggu bas. Bus stop baru untuk adik-adik junior!


*** Sedih tak dapat gebang dengan budak-budak kelas.
Dah suruh datang pagi, tengahari dan petang juga depa pi..Tak dak rezeki la nk jumpa...huu

Selasa, 17 Mac 2015

Cerita praktikal

Istiqomah…
Apakah itu?
Susah benar diri nak istiqomah untuk menulis dan terus menulis.
Cerita alam praktikal memang banyak. 
Bermula dari hujung bulan Januari hingga sekarang pertengahan bulan tiga 2015. Pelbagai ragam, rencah dan pengalaman dikutip oleh kami berempat sebagai pelatih. Pelatih yakni pelajar praktikal.
Kami diberi pelbagai skop tugasan. Ada menulis artikel. Ada membetulkan buku latihan Bahasa Arab. Ada mencari kesalahan baris, membina ayat, dialog dan pelbagai lagi. Paling mencabar apabila kami diberi tugasan mengedit buku teks Bahasa Arab tingkatan 2 dan buku latihannya.
Ada juga cerita menyedihkan. Alhamdulillah kami sempat melawat ketua editor di Hosp. Kuala Lumpur bersama pelukis-pelukis dan beberapa staf lagi.
Benarlah bila mana sampai waktu ajal, tiada siapa boleh menidakkannya.
Kami sempat berada di hospital menziarah allhyarham apabila tidak lama kemudian mesin berbunyi kuat. Tiada lagi tanda naik turun line tetapi hanya sebaris line dilihat. Sebulan lebih bersama ketua editor pasti diingati.
Kebelakangan sebelum terjadinya kejadian, allhyarham sering bercerita dan bergurau senda bersama kami. Telatahnya mampu menghiburkan hati kami yang ketika itu bergelut menyiapkan buku teks untuk dihantar mengikut waktu tender ditetapkan. Ceritera pengalaman, kehidupan dan pelbagai lagi akan disimpan sebagai kenangan dan memori manis sepanjang kami menjalani latihan praktikal.

cc:mr. google

**Al-Fatihah buat En. Ahmad Fadzillah Muhamad


Selasa, 17 Februari 2015

Mati itu pasti

Pada malam Jumaat yang lepas, kami dikejutkan dengan berita kematian Prof Dr. Musa Abu Hassan. Pensyarah Usim yang telah mengajar kami kuliah dan tutorial subjek Penyelidikan Komunikasi semester lalu. Cadangnya kami ingin menziarah Prof pada waktu rehat hari Jumaat di Hospital Serdang selepas rakan-rakan memaklumkan Prof sakit.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Tidak sempat menjenguk Prof apabila malam itu kami menerima berita Prof telah kembali ke rahmatullah. Kemudian dikejutkan pula dengan berita kepemergian Tuan Guru Nik Aziz. Hari itu tiga kematian dimaklumkan bermula dengan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang, Prof Musa dan TGNA.
Hari berikutnya umpama hari yang muram buat kami. Tempat kami menjalani latihan industri ada melakukan solat jenazah ghaib untuk TGNA pada pagi Jumaat. Mereka antara yang penulis kagumi.
Datuk Hasbullah - Penulis meminatinya kerana kepandaian dan intonasi suaranya yang sedap didengar selaku pengulas sukan.
TGNA- Kewibawaan beliau dalam kepimpinan sangat dihormati kawan dan lawan. Beliau seorang yang berpendirian teguh. TGNA seorang yang pandai dan bijak dalam ilmu agama. Sayangnya penulis jarang atau tidak pernah melihat beliau di kaca televisyen atau corong radio. TGNA antara pemimpin yang paling lama memimpin negeri Kelantan.
Prof Musa- Pertama kali kelas bersama Prof, beliau amat menekankan etika pemakaian pelajar universiti yang betul. Beliau seorang yang teliti, berdedikasi dan mudah didekati. Pernah penulis dan kumpulan terlewat berjumpa dengannya kerana kami menyangkakan ada kumpulan pelajar lain sedang berdiskusi bersama Prof di dalam biliknya. Rupanya kumpulan itu hanya menunggu di luar bilik. Apabila kumpulan kami masuk, beliau tidak marah tetapi melihat jam tangan dan mengira. Kami simpulkan Prof seorang yang amat mementingkan masa.
Satu lagi yang menarik apabila selesai berdiskusi, seperti biasa kata penghargaan diucapkan.
“Terima kasih prof”
“Alhamdulillah”
Alhamdulillah?
Kebiasaannya bila mana seseorang mengucapkan terima kasih. Pasti jawapannya sama-sama.
Beliau hanya tersenyum melihat kami terpinga-pinga. Dia menyambung,
“Alhamdulillah, tugas saya selesai dan kamu memahaminya”
Lebih kurang macam tu ayat Prof yang akan sentiasa diingati. Baik dalam tutorial atau kelas, Prof selalu menceritakan pengalaman dan nasihat buat kami.
Terima kasih Prof Musa Abu Hassan!
Semoga mereka bertiga ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Amin….
#Mati itu pasti
credit to pokcik google