Selasa, 17 Mac 2015

Cerita praktikal

Istiqomah…
Apakah itu?
Susah benar diri nak istiqomah untuk menulis dan terus menulis.
Cerita alam praktikal memang banyak. 
Bermula dari hujung bulan Januari hingga sekarang pertengahan bulan tiga 2015. Pelbagai ragam, rencah dan pengalaman dikutip oleh kami berempat sebagai pelatih. Pelatih yakni pelajar praktikal.
Kami diberi pelbagai skop tugasan. Ada menulis artikel. Ada membetulkan buku latihan Bahasa Arab. Ada mencari kesalahan baris, membina ayat, dialog dan pelbagai lagi. Paling mencabar apabila kami diberi tugasan mengedit buku teks Bahasa Arab tingkatan 2 dan buku latihannya.
Ada juga cerita menyedihkan. Alhamdulillah kami sempat melawat ketua editor di Hosp. Kuala Lumpur bersama pelukis-pelukis dan beberapa staf lagi.
Benarlah bila mana sampai waktu ajal, tiada siapa boleh menidakkannya.
Kami sempat berada di hospital menziarah allhyarham apabila tidak lama kemudian mesin berbunyi kuat. Tiada lagi tanda naik turun line tetapi hanya sebaris line dilihat. Sebulan lebih bersama ketua editor pasti diingati.
Kebelakangan sebelum terjadinya kejadian, allhyarham sering bercerita dan bergurau senda bersama kami. Telatahnya mampu menghiburkan hati kami yang ketika itu bergelut menyiapkan buku teks untuk dihantar mengikut waktu tender ditetapkan. Ceritera pengalaman, kehidupan dan pelbagai lagi akan disimpan sebagai kenangan dan memori manis sepanjang kami menjalani latihan praktikal.

cc:mr. google

**Al-Fatihah buat En. Ahmad Fadzillah Muhamad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie