Memaparkan catatan dengan label sispa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sispa. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

Pertauliahan SISPA 2013

Lama tak update blog ni…Tak sempat nk curi masa… Sedar tak sedar dah berada di bulan zulkaedah..Terasa baru semalam penulis pulang awal untuk ditauliahkan pada bulan syawal yg lalu.. Benarlah kata senior “ Bukan masa yg kejar kita TAPI kita yg harus kejar masa”.
Setelah melalui pelbagai kursus seperti  kecedaraan domestik, bakal pegawai dll. Akhirnya pada 27 Ogos lalu penulis dan rakan-rakan SISPA dari seluruh IPT di Malaysia telah selamat ditauliahkan. Lega rasanya apabila dapat melakukan perarakan perlahan jalan dan cepat jalan dengan jayanya. Bermandikan peluh, beralaskan pancaran matahari terik dari 23- 27 OGOS 2013 dan berdiri dari pukul 8 hingga hampir 11pagi pd hari kemuncak di UTHM berbaloi kerana dapat melakukannya  dengan baik disaksikan timb. menteri KDN, pengarah JPAM, pegawai2, VIP dll. Alhamdullilah.. Terima kasih pada tenaga pengajar yakni jurulatih yg tidak jemu melatih kami. Macam tak percaya kini bergelar Leftenan Muda Pertahanan Awam.
Kita hanya merancang
Allah menentukan jua..
Alhamdullilah ya ALLAH atas segala nikmat yg diberi dan dipermudahkan segala urusan….
SISPA USIM BATCH 4



Selasa, 26 Mac 2013

E2: Sejarah?

Sejarah?sejarah mcm mana boleh terlibat?waduh...gawat...nk jwb kang pnjg berjela..
Jadi, yg sering dijwb: "saja ja..nk cuba benda baru..."Alahai hipokrit btol la..Dlm hati : "Dulu paksa rela,sekarang sukarela"..Itu jugalah jawapan yg diberi kpd jurulatih ketika Latihan Medan  suatu ketika dahulu.. ^^means, dah sukarela la...terima seadanya..walau x dpt elaun mcm bdn beruniform yg len...hee
Bak kata sorg ni..."Dont be give up!!Berapa ramai kt luar sana yg tak tahu pasal ISLAM?Ada yg tahu tapi tak PRAKTIK!!So,kamu-kamulah yg bawa nama ISLAM, universiti ISLAM.. Ayuh!!..sebarkanlah..bila lagi??Medan dakwah ada dimana2...Kerja,belajar,bersosial dgn msyrkt..Inilah masanya...Tunjukkan keindahan ISLAM"
YES..kerana ayat keramat ini jugalah penulis bertahan dlm SISPA!!Membantu di kala diperlukan,berhimpun bersama masyarakat,kesukarelawanan yg  diterap sedikit sebanyk memberi impak dlm diri ini..
Diikutkan memang first menjejakkan kaki ke Nilai,nk msuk la something yg best..mcm PALAPES..Mana taknya, 'kakak angkatku' di UKM tu sokmo provoks suruh msuk PALAPES..Best la katanya,nt boleh jumpa dia selalula..Yala PUAN la katakan..aiihh...takmo la..nt teruk la den kna buli ngn dia!!ha3
TUP2...
SISPA jgk..hehe..sorry la ye akk..Seriously..mula2 masuk memg agk bosan la..Dgn jujurnya...Yelah teori ja...pastu kawad(bnda pling penulis pling tak berapa minat)...Mana-mana msti jumpa KAWAD...nama pun badan beruniform kan..memang dah tak boleh lari la dr ni..TAKPA..stay...we'll see!!
Then, detik kebosanan pun mula pergi...yeah...byk praktikal selepas teori...btol jgk kata pengurusan kalau tak teori mcm mana nk praktikal?Asas takdak?Orait..Apa lagi yg best?
Sejarah Pertahanan Awam<>

Isnin, 25 Mac 2013

E1: Apa?

Kesukarelawanan??Apa tu?SISPA?KAPA?
Atr soalan yg sering diajukan kpd penulis.
Puas la menjawab segala persoalan yg berbagai macam.
Jadi, semoga dengan terhasilnya entry ini dpt mjwb segala persoalan kalian...Senang!
KAPA adalah Kadet Sekolah Pertahanan Awam..Selalunya,adik-adik di sekolah la..
SISPA pula..Singkatan bagi Siswa-Siswi Pertahanan Awam..Nama pun siswa-siswi maka di universiti lah ia..Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.<<Boleh cek sini>>
Dengan kata lain, inilah antara aktiviti yang menyibukkan penulis sepanjang bergelar pelajar di Nilai ni..
Banyak aktiviti-aktiviti menarik yg dilakukan spnjang bergelar PKS ni...WALAUPUN agk mendukacitakan bila kami tak dapat elaun (U lain ada yg dpt)  TAPI byk kemahiran yg penulis tak akn dpt dengan badan beruniform yg lain.Contohnya, perawatan cemas,memadam kebakaran,ascending and descending dan byk lg la..Teori dan praktikal yg diajar amt berguna dlm kehidupan seharian penulis sbg manusia di muka bumi ini...Rawatan awal yg diajr seperti kepatahan,CPR dan lain2 sgt2 berguna...Cayalah..Ada HIKMAH yg tersirat sebenarnya..