Rabu, 4 September 2013

Pertauliahan SISPA 2013

Lama tak update blog ni…Tak sempat nk curi masa… Sedar tak sedar dah berada di bulan zulkaedah..Terasa baru semalam penulis pulang awal untuk ditauliahkan pada bulan syawal yg lalu.. Benarlah kata senior “ Bukan masa yg kejar kita TAPI kita yg harus kejar masa”.
Setelah melalui pelbagai kursus seperti  kecedaraan domestik, bakal pegawai dll. Akhirnya pada 27 Ogos lalu penulis dan rakan-rakan SISPA dari seluruh IPT di Malaysia telah selamat ditauliahkan. Lega rasanya apabila dapat melakukan perarakan perlahan jalan dan cepat jalan dengan jayanya. Bermandikan peluh, beralaskan pancaran matahari terik dari 23- 27 OGOS 2013 dan berdiri dari pukul 8 hingga hampir 11pagi pd hari kemuncak di UTHM berbaloi kerana dapat melakukannya  dengan baik disaksikan timb. menteri KDN, pengarah JPAM, pegawai2, VIP dll. Alhamdullilah.. Terima kasih pada tenaga pengajar yakni jurulatih yg tidak jemu melatih kami. Macam tak percaya kini bergelar Leftenan Muda Pertahanan Awam.
Kita hanya merancang
Allah menentukan jua..
Alhamdullilah ya ALLAH atas segala nikmat yg diberi dan dipermudahkan segala urusan….
SISPA USIM BATCH 4



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie