Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

HPM 2014

Study week (^_^)
Final exam akan bermula pada 10- 26 Jun 2014…  Sambil menelaah nak juga jari jemari menaip dan mengupdate blog ni.
Apabila otak suruh tuan badan berhenti rehat sekejap, lantas jemari laju ingin sertai link yang diberi sahabat. Parah!
Pernah dengar tak pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2014?
Mari penulis kongsikan sedikit. Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali bayi.
12 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
  8. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  10. 10)Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  11. Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (3 Kategori)
  12. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
Boleh klik sini untuk lihat apa yang diberitahu lagi oleh Presiden FOMCA, Datuk Dr Marimuthu Nadason.
Nak masuk ka tak ni? Tengok la macam mana. Sempat jari menaip dan menulis kita masuk ok.
Kawan-kawan terutama adik-adik sekolah yang mempunyai bakat dalam penulisan, karikatur dan lain-lain dipersilakan masuk ya. Semoga Berjaya!


Isnin, 28 April 2014

10 perbezaan Thailand

Hampir menemui penghujung semester ini. Cepat betul masa berlalu. Dalam keterbasan waktu, sempat juga kumpulan kami melakukan LA. Lawatan Antarabangsa ke Thailand oleh pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama ini disertai 27 orang pelajar termasuk seorang pegawai pengiring. Banyak tempat menarik dilawati yang mendekatkan kami dengan budaya persekitaran warga Thailand. Banyak perbezaan yg dapat penulis katakan.
Pertama, masa.
- Masa di Thailand lambat sejam. Jika Malaysia pukul dua, Thailand baru pukul satu.
 Perbezaan  ketara adalah waktu subuh. Pukul 6 di sana seperti pukul 7 di Malaysia.
Kedua, makanan.
- Makanan disana sedap tetapi tersangat pedas. Penulis memang kurang bab pedas ni.
(Sampaikan keluarga sendiri terpaksa mengikut rentak pemakanan penulis mengurangkan kepedasan dalam masakan).
Ketiga, tol.
- Ini yang paling best. Tiada pertikaian kenaikan harga tol.
Bebas berjalan di muka bumi Thai asalkan minyak kereta dan poket anda penuh berisi (memetik kata Ustaz Qasim, guider setia yang membawa van VIP kami sepanjang di Thai)
Keempat, atm.
- ATM bukan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA di sini tetapi mesin atm bank. Di sana atm di luar kedai. Percaya atau tidak? Hairan...Tak kena rompak la pulak..
Kelima, 7e.
Rasa lepas ni nak masuk sempadan semata-mata nak pergi 7e ja. Murah kot( memetik kata seorang sahabat).
Mana taknya, biskut 50sen, 1ringgit. Kalau kat Malaysia memang beringgit-ringgit. Segala kelengkapan disediakan seperti buku, CD dan bermacam lagi. Dah macam POPULAR.
Keenam, pam minyak.
Tiada perbezaan sangat dengan Malaysia tetapi ada yang menarik perhatian apabila jumpa pam minyak yang kecil. Kalau berdiri di sebelah pasti separuh badan. Malaysia susah nak jumpa. Walauapapun, minyak memang mahal di Thai.

Ketujuh, wayar elektrik.

Wayar yang tersangat berserabut. TNB kalau tengok mesti pening nak baiki punya. Tak tahu la kenapa dan bagaimana. Bila ditanya pada Ust tak ada lintar pintas ka? Ust pun tiada jawapan untuk itu.
Kelapan, LADY BOY.
Biasa kalau sebut Thai apa perkara pertama terlintas di fikiran kaum Adam. SUSPICIOUS.
Namun, itu juga realiti Thailand yang sukar untuk diubah. Pernah apabila sahabat kami diajak bergambar sempat lagi mereka STREET DAKWAH dengan Lady Boy ni. Nasib baik tak kena penampar jantan Lady Boy. SELAMAT.
Antara produk yg diusahakan penduduk
Kesembilan, harmoni.
Seperti yang diketahui, Thailand minoriti Islam  sedikit. Namun begitu, yang boleh dilihat dan dicontohi adalah keharmonian mereka. Perkampungan yang kami lawati, Kg. Ban Ramad begitu gigih menaikkan taraf hidup mereka dengan menjalankan pelbagai kegiatan berfaedah. Antaranya, kopi, beras dan kraftangan dihasilkan sendiri dengan titik peluh mereka.
Kesepuluh, berani.
Orang Thai memang berani dan tekad. Di jalan raya Malaysia pasti kena saman. Mana taknya, naik sampai 3 orang satu motor. Pernah juga ada yang sampai 5 orang kata guider kami.
 p/s: Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan sempadan.


Khamis, 10 April 2014

Kronologi Artikel ATM

Perkongsian buat semua dan jawapan segala pertanyaan. Kronologi yang panjang. Pertama kali mendapat ilham apabila penulis membaca tajuk Mingguan Malaysia bertarikh 6 April 2014 berkenaan ‘Rakyat seru pertahan ATM’.
Macam ada sesuatu dalam kepala tapi tak terzahir lagi. Penat dan mengantuk yang nyata katakan. Dari pukul 9.30 pm hingga pukul 6 am diatas bas. Redha saja. Ingatkan bila dapat belajar di Negeri Sembilan masa perjalanan ke Perlis lebih singkat berbanding semasa belajar di Terengganu. Rupa-rupanya lebih kurang sahaja. Yang bezanya tak perlu lagi melalui kawasan ular a.k.a Grik.
Malam ahad penulis tanya ayah tentang berita tu. Panjang lebar ayh terang sebab kapal selam dihantar dan kenapa kapal ni tak dihantar plus bla, bla. Tak paham. Blur. Jenuh ditergkn ayh. Akhirnya baru faham. Masalahnya saintifik sgt dan penulis bkn ahli dlm bidg itu.*_*
Hari Isnin baru sempat untuk menulis. Pukul 3-4pm mula, lewat petang dah siap. Alhamdulillah. ALLAH beri idea yang mencurah-curah. Apabila malam penulis bagi kat ayah. Artikel ini mengambil masa agak lama untuk dihantar.
“Ayah cuba baca. Tentang ATM. Kalau ada apa-apa yang ayah nak tambah habaq la.”
“Ok. Tak ada apa-apa dh nak tambah. Bagus.” Reaksi muka ayah ketika membaca tidak dapat penulis gambarkan. Mimik muka sukar untuk ditafsir. Adakah ayah terasa dengan apa yg penulis tulis??? Harapnya tidak! Penulis berbangga dengan wira ini.
Penulis pun terus hantar ke rencana@utusan.com.my. Selang beberapa saat dapat ini. 2-3 kali hantar pun sama.
Dah boleh hafal dah (^_^)

Penulis pun terfikir bukan waktu pejabat ni. Esok ja hantar.
Esok dah Selasa. Boleh tak lagi masuk dan tembusi akhbar Utusan ini. Kebanyakan penulis senior dan hebat dalam Utusan yang kebanyakannya penulis yg mempunyai nama. Cuba ja la dulu. Kebetulan waktu ni kena jaga tok atau korang panggil nenek. Sambil tok ditepi tengah lena, cari punya cari tak jumpa juga emel utusan yang lain. Ada pun dalam bentuk form sahaja. Tanya kawan-kawan seangkatan semua takdak alamat emel sbb mereka hantar karya mereka ke BH. Sudah!
Maka Pak google juga menjadi penyelamat apabila jumpa emel address Utusan tapi list board error 404 la pulak. Terpandang page tu tulis editorial punya emel. Tawakal dan terus menghantar pd pukul 12.04 tgahari. Ada rezeki ada la. Hantar sekali lagi email ke rencana @utusan.com.my still sama macam semalam. OK find!
Selepas masak untuk tok, bapa saudara pun balik dari kerja dan penulis pun minta kebenaran balik ke rumah. Masak untuk adik pula dan jangan la adik balik awal kalau tak kesian kebuluran sebab kakak lambat masak.
Tengah dok masak tu penulis terpandang handpone yang silent menyala di lantai ruang tamu kedua. Ada call masuk rupanya. Nak angkat tak ni? Penulis memang malas bab nak mengangkat panggilan tak dikenali. Macam no.pejabat ja bermula 039____.
Ok. Angkat.

“Terima kasih!” Conversation pun end. 

Tak sempat tanya nama pemanggil. Apapun terima kasih banyak2! Sungguh tak disangka. Hantar pukul 12.04 tghari  pukul 2.40 ptg dapat panggilan menggembirakan. Terima kasih ALLAH.
Terus call ayah esok tolong beli paper Utusan ya… Lupa pula pada sayur di dapur. Dah tutup ka belum ya api? Ya ALLAH. Nasib baik ada air dalam kuali sayur tu kalau tak lain cerita la pula jadinya.
credit-iluvislam

Terima kasih juga buat pensyarah Penulisan Rencana dan Pemberitaan, Dr. Siti Suriani Hj Othman. Berkat bimbingan dan tunjuk ajar di kuliah supaya pelajar menulis gabungan pengalaman dan isu semasa ternyata berjaya. Terima kasih Dr.
Terima kasih juga buat family yg memberi pengalaman berharga dan dorongan utk terus menulis.
Terima kasih juga buat pembaca yg sudi membaca cerita di atas yg tak seberapa dan byk pula typo! TQVM.

Rabu, 9 April 2014

Artikel ATM di Utusan Malaysia

Alhamdulillah... Ini yang dinanti oleh penulis. Ternyata editor menepati janjinya. Tajuk asal 'ATM harapan rakyat dan negara' ditukar kepada headline yang lebih menarik. Terima kasih!
Rencana-Utusan Malaysia 9/4/2014
Khas buat ayah, keluarga dan semua warga ATM
Tak nampak isinya, klik SINI

3 perkara yang ingin dikongsi bersama rakyat Malaysia:

  1. Penghargaan buat ATM
  2. Persespi negatif terhadap anggota ATM
  3. Sedikit pengalaman sepanjang menjadi keluarga ATM
Semoga artikel ini dapat menjawab segala persepsi negatif yang dilemparkan kepada ATM. p/s: Teruskan berjuang! Kami sentiasa bersama anda...


Selasa, 8 April 2014

Berita yang dinanti

Baru mendapat khabar gembira. Terima kasih ALLAH. Tak sabar menanti esok :)
Petikan status fb yang menimbulkan kontroversi sementara. Sampaikan ada yang menghantar khidmat pesanan ringkas a.k.a sms bertanya mengenai ini. Cliche betul bunyinya apabila ditanya apa beritanya? Orang nak masuk meminang ka? Tahniah..Kalau berita itu pasti penulis rahsiakan sebab bertunang perlu disembunyikan, kahwin baru hebohkan..betul tak?
Apapun tunggu esok baru bagitahu semua..Sabar kan separuh daripada iman..
credit to clicks-blog

Isnin, 16 September 2013

16 Sept

Selamat Hari Malaysia semua...

16 September 2013. Pasukan Harimau Muda A telah menghadiahkan kejuaraan Pestabola Merdeka dengan membenam Nyanmar 2-0. Penulis bukanlah peminat bola tapi wajib juga mengetahui apa yg berlaku di sekeliling kan. 

Sempena hari bersejarah ini jugak penulis memberanikan diri mendaftar dengan nuffnang...
Sebelum ni, selalu dengar pasal nuffnang tapi tak pernah terfikir nak join..So, hari ini jari jemari rancak sign up register nuffnang...Sapa yg nk join boleh tgk web nuffnang ni. Follow ja arahan diberi..Apa salahnya mencuba kan :-) 





Jom layan lagu ni sempena hari bersejarah.... 


Lagu yg menyentuh jiwa.. Teringat lagu ini dilakonkan oleh anggota JPAM sempena majlis pertauliahan baru-baru ini... 
Jangan tanya apa bakti negara untuk kita
TAPI tanyalah apa bakti kita untuk negara... 
 p/s : Jikalau satu hari nanti kita dipanggil berperang, apakah kita sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama  barisan pertahanan negara??? Bersediakah kita? Sanggupkah kita?

Ahad, 2 Disember 2012

Wordpress

-Ni hao!!hao jiu bu jian...ni hao ma?? Hello..lama x jumpa...apa khabar? 
-Hao..Baik...

Lama tak mengupdate blog....dialog di ats adalah bahasa mandarin yg wajib diambil pada sem ni...baru lepas oral 1...oral 2 bakal menyusul....ayoyoo...

Penulis nk kongsi dengan semua tentang projek terbaru kami..news portal online!!task yang diberi untuk madah 'media creative writing'...menggunakan wordpress kami dikehendaki menyiapkan news original dan diisi dalam portal tersebut...
Inilah hasilnya >>> http://writerinthehouse.wordpress.com/ <<<

Jangan lupa vote or komen ya...Terima kasih semua...

Jumaat, 29 Jun 2012

MEROKOK?NO!!!

Sebenarnya dh lama penulis nk post entry pasal neh..tp bru skrg sempat.
Budaya merokok ni makin menjadi-jadi.Dh mcm trend.Tambahan diklgn  pelajar sekolah terutama sekolah Menengah . Dan yg amat menyedihkan  sekali bila pelajar sekolah rendah turut terlibat.Ada yg kata nk tunjuk macho la.Ada yang ikut kawan.Ada yg kata nk lepas tension la.Dan ada jgk yg saje ja nk cuba-cuba.
Tolonglah.. jawapan yg sering diberi bila ditanya ‘Adik,kenapa merokok ni? Tak  sayang nyawa ka? Langsung tak boleh diterima..
yg kata nk tunjuk macho = Macho kah bagi seorang pelajar yg masih ditanggung dan diberi duit saku merokok?
yang ikut kawan = kalau kawan kamu terjun tangki indah water,kamu pon nk ikutlah ye??sehidup semati la kata kan.
yg kata nk lepas tension= bru hadapi tekanan sikit dah stress..mcmna nk hadapi cabaran hidup yg jauh lebih teruk dan mencabar nanti?
saje ja nk cuba-cuba= apa takde benda lain ka nk cuba?yg lebih adventure dr tu..Ascending and descending ka..jungle trekking ka..
Adik-adik tahu tak apa ada dlm rokok?Mcm-mcm dik..ubat gegat,pencuci lantai,racun anai-anai dan lain-lain.Sila tgk  sendiri SINI
Itu cerita adik2 yg masih mencari identiti diri…Yg org dewasa pulak dengan hujah tersendiri..
‘Kalau merokok haram kenapa kerajaan tetap jual jgk pd org ramai?’
Jwpnnya: Yg sakit nanti siapa?yg susah nanti siapa?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta >Boleh cek SENDIRI di SINI< 

(Sedih bila teringat perbualan dengan sekumpulan pelajar yg sibuk mengagihkan rokok berhampiran sekolah)Semoga mereka semua BERUBAH dan BERHIJRAH ke arah lebih baik..Penulis tahu mereka orang yg baik..Amin…



Sabtu, 21 April 2012

Native Deen: MISSION

Slm alaik....lama btol x mgupdate blog ni ats kesibukan dunia pelajar dan aktiviti kesukarelawanan..Dlm pd itu penulis sedang menyiapkan task yg diberi oleh pensyarah yakni  tools yang mampu menjadi medan dakwah..Apa lagi..penulis dan ahli kumpulan bersepakat membuat blog..Jemput-jemputlah ziarah ~~ diharapkan blog terbaru ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian...sama-sama kita saling sampai menyampaikan...wassalam..

Native Deen: MISSION: This blog is the tool of dakwah missionary in the era of convergence. We consist of 10 'najihatul banat'. Our mission to spread dakwah among...

**jgn lupa follow or like ye...http://penatanpakalam.blogspot.com/ .alf syuk :)

Jumaat, 16 Mac 2012

Menifestasi Cinta

Anjuran bersama Pej. Pembangunan Wanita N.S dan USIM yang dirasmikan Y.Bhg. Puan Wan Hasmah Bt Wan Mohd,Ketua Pengarah JPW sangat meninggalkan kesan pd penulis dan sahabat yg lain.Seminar yg byk memberi pendedahan ttg wanita berjalan lancar walaupun pd ketika itu byk prog. lain dijalankan di luar.Bak kata kawan penulis dlm lamam muka buku:


- amacam best x menifestasi cinta.."Jangan biarkan diri terjebak dgn KELDAI DADAH!!!'ha3-


 ·  · 5 hours ago near Petaling Jaya
    • haha..best2..1st kot g sminar n dga ceramah yg xngantox..haha
      3 hours ago ·  ·  1

Ceramah 1 ttg Wanita dan Keldai Dadah..Atr yg terlibat adalah golongan pelajar ,profesional, berpendapatan rendah,dan lemah yg dijanjikan pendapatan atau habuan lumayan..Yg musykilnya golongan bijak pandai terlebih bijak memilih mnjadi keldai..Rata-rata kes yg disebut kebanyakannya mereka tahu apa yg harus dibawa dan kemana..Tak kurang juga yg menjadi mangsa dihamparkan pekerjaan dan gaji lumayan ..Ada juga yg ditawarkan melancong ke luar negara..Bak kata penceramah benda apa yg free kt dunia ni..even MLM pun kna usaha cari pelanggan,,Jadi tolonglah SESAL DAHULU sebelum SESAL kemudian...yg tu sebenarnya jarang kita buat..sesal dahulu??selalunya bertindak barulah nk fikir betul ka tak!!!jd penulis dpt satu benda baru kat situ..dan ingin dikongsikan dgn sahabat semua...Perhatikan dan nasihat kan keluarga ,saudara-mara,sahabat,dan sesiapa shj..INGATKAN mereka ttg manusia lain yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain...LAMAN MUKA BUKU juga tempat popular  untuk mencari MANGSA!!"Jadi pakat-pakat tutup Fb la lepas ni"..Bagi penulis ada pro and cons..Mcm mana anda menggunakannya..menyelitkan medan dakwah atau sebaliknya.Usah telalu percaya CINTA MUKA BUKU..Kalau dulu kita takut bila tengok lelaki kulit hitam kerana banyak dikaitkan dgn DADAH tapi sekarang sesiapa pun boleh jadi duri dlm daging..Antara kisah pilu atau kes yg diceritakan mengenai seorang pelajar IPT yg dijanjikan pekerjaan oleh sahabat baiknya sendiri yang dianggap bagai kakaknya akhirnya ditangkap di airpot..Niat membantu ibunya yang merupakan ibu tunggal akhirnya bertukar sebaliknya...Mujurlah dia dilepaskan selepas dipenjara sebentar dan didapati tidak bersalah kerana mjdi mangsa..LIHAT!! Ada juga yg KELDAI DADAH DIKAMBINGHITAMKAN...Bagaimana?Dikambinghitamkan untuk mengaburi mata penguatkuasa apabila sibuk menangkap dia dan  sebenarnya ada lagi KELDAI yg membawa barang yg lebih besar kuantitinya.Janji, ancaman,ugutan yg mnjadikan seseorang itu rela atau terpaksa... Semoga ALLAH menjauhi kita semua dari segala sesuatu yg buruk...Amin.

Ceramah 2 pula ttg Wanita dan gangguan seksual...Gangguan??Yg dapat penulis simpulkan ialah segala bentuk tingkah laku yang berunsurkan seksual yg tidak diingini samada melalui percakapan,isyarat tubuh badan,visual,psikologi,fizikal dan memberi kesan sebagai gangguan..Atau dgn kata lainnya TIDAK MENYENANGKAN!!Kesan gangguan ini amat buruk kepada individu,pelaku dan majikan..Individu pastilah maruah tercemar, tekanan emosi murung,dan sebagainya.Pelaku pula akan dianggap sebagai simbol seks,maruah tercemar,dipinggirkan,dibuang kerja.Majikan pula produktiviti terjejas,kadar cuti meningkat,persekitaran tidak selesa dan sebagainya.Mangsa pula boleh jadi wanita,lelaki,orang bawahan,rakan sebaya,seperti yg digambarkan penceramah dlm slidenya :
Lelaki-wanita
Wanita-lelaki
Lelaki-lelaki
Peempuan-perempuan
Jadi jika anda terganggu laporkan dan berani berkata NO!!

**kedua-dua ceramah disampaikan oleh Puan Norita Bt Hj. Azmi...terima kasih kerana berjaya menyampaikan dengan sgt berkesan dan membuka mata kami..thanks JPW dan USIM..
*Byk Akta yg melindungi kaum Hawa terutamanya..Antara usaha kerajaan adalah talian NUR 15999....

Selasa, 21 Februari 2012

Memori Perlis

Sabda rasulullah s.a.w maksudnya, “Ada empat pekara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,maka dia mempunyai satu daripada empat perkara itu,maka dia mempunyai satu daripada sifat munafik,hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat,apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran(menegakkan benang basah)."        - Riwayat Ahmad-

Janji..ya...memang mudah dilafazkan tapi kdg2 susah ditunaikan...Oleh itu janji penulis kpd sahabat2 yakni post peristiwa cuti aritu..maaf lmbt...almaklumlah balik cuti terus ke kem Ulu Bendul..

Apapun setinggi penghargaan buat seorang sahabat penulis ini yang sanggup menziarahi teratak kesayangan penulis nun jauh di utara tanah air.

Sebenarnya penulis tak menjangka pun sahabat ini 'Ummi' serius nk ikut.Mana taknya tiket pun beli last2 minute kirimkn..Alhmdullilah sampai jgk akhirnya ke PERLIS.Perlis negeri terkecil yg berhmpiran dgn sempadan Siam a.k.a THAILAND.Lebih kurang 8jam jgk la nk sampai dr Nilai ke Perlis kalau menaiki bas.Pukul 9mlm naik bas pukul 6 pagi bru smpai.Penulis tak menjangka dia akn ikut sebabnya sahabat penulis ini tak pernah berjalan jauh katanya..Apapun credit buat sahabat sebab berjaya akhirnya sampai ke Perlis! 14hb Januari sampailah 20 hb dia berkampung di Perlis.Cayalah!

Sebenarnya penulis pun pening kepala jgk nk bwk dia p mana ja ni...Perlis selalu port persinggahan ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis.Tapi ada jgk tempat menarik...Antaranya Kuala Perlis, Pdg Besar,Ladang burung unta,Muzium kota kayang,Gua Kelam, Bkit Ayer, dan mcm 2 lagi.

Tapi dlm kesibukan waktu ad lagi tempat x sempat berkunjung,,,maaf lah...len kali boleh dtg lg ngn family ye..Sedikit point tempat2 menarik yg boleh kalian kenali..

Wang Kelian : tempat shopping jgk...tp yg menariknya kalian akn menjejakkan kaki ke sempadan..ha..tak tipu punya..Thailand..tapi tempat membeli-belah je lah..jgn harap la nk masuk ke dlm kalau x de apa2..silap2 ke dalam jwbnya..Wang Kelian State Park, merupakan syurga bagi pencinta alam dan penggemar eko-pelancongan. Berdekatan dengan sempadan Thai, terdapat 1,000 ha kawasan dalam Hutan Simpan Mata Ayer yang merupakan harta biodiversiti yang tidak ternilai. Hutan batu kapurnya juga kaya dengan fauna, termasuk pelbagai jenis burung, mamalia dan reptilia. Bagi penggemar jungle tracking, pengembaraannya bermula dari kawasan perkhemahan hingga ke Gua Wang Burma.

Tasik Melati: Tasik Melati merupakan sebuah tasik yang kecil tetapi sungguh permai. Ia bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8 km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Sampan disediakan bagi pengunjung yang ingin mendayung sambil menikmati pemandangan.

Hutan Lipur Bukit Ayer : Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panaroma hutan tropika yang kaya dengan flora serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.


Taman Rekreasi Gua Kelam : Gua Kelam, merujuk kepada 370 meter panjang gua batu kapur yang terletak bandar kecil Kaki bukit. Memasuki Gua Kelam perlu melalui jambatan gantung. Perjalanan sepanjang melalui jambatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan, juga memberikan suatu pengalaman mencabar dan membuat pengunjung teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Kelam. Sungai bawah tanah mengalir di kaki gua batu kapur tersebut sepanjang 1/3 panjang. Bayaran masuk dikenakan untuk kanak2 dan dewasa.

Taman Ular : Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

Taman Herba : Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 1000 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.
Tasik Melati

sumber lain boleh rujuk : http://www.foods-travel.com/2011/

Ahad, 18 Disember 2011

عبد القاهر الجرجاني


Antara salah seorang tokoh yg dikagumi dlm bidang bahasa Arab. Beliau sangatlah arif dalam bidang ilmu Nahu dan pakar dalam ilmu Kalam. Beliau adalah di antara tokoh awal yang berjaya dalam meletakkan kaedah serta memperjelaskan lagi asas-asas bagi ilmu Balaghah. Metode kajian yang beliau rangkakan telah menjadi panduan dan rujukan ulama’ selepas beliau, sehingga mereka mampu untuk menyempurnakan perbahasan dan mengembangkan kajian yang terdapat di dalam ilmu Balaghah

Yahya bin Hamzah Al-cAlawi ( Wafat 749 H) telah menyebut perihal beliau : Sesungguhnya Abdul Qahir orang pertama yang menyusun kaedah di dalam ilmu ini (ilmu balaghah), dan memperjelaskan bukti-buktinya, menyusun selok belok seninya, mengembangkan kelopak ilmu ini daripada kudupnya, membukakannya selepas ia tertutup dan dan menjadi kabur, dengan kehadiran dua buah kitab beliau (( Dalail Al-Icjaz dan Asrar Al-Balaghah )). Dan belum pernah aku temui sebagaimana keduanya, yang telah membuatkan hatiku terpaut cinta, juga menjadikan diriku kagum dengan keduanya, serta sehingga para ulama’ telah memberi ulasan yang baik pada keduanya( Al-Maraghi Ahmad Mustafa, Tarikh cUlum Al-Balaghah, 2009, m/s 99)
**Terima kasih uncle google dan http://kalghari.blogspot.com...Anda memudahkan aku mcri bahan untuk شخصية مشهورة

Ahad, 6 November 2011

عيد الأضحى

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
*wikipidea*

Rabu, 18 Mei 2011

Penulis Blog Diminta Promosi Industri Perlancongan Negara


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail mencadangkan agar penulis blog membantu mempromosikan industri pelancongan negara dengan memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia ke mata dunia daripada hanya hanya menghasilkan bahan sensasi semata-mata.
"Saya puji beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang aktif mempromosikan negara, walaupun ada antaranya sudah lebih 30 atau 40 tahun berada di sana," titah baginda di Istana Arau selepas menyaksikan artikel mengenai keunikan Orang Utan dan kelapa sawit Malaysia yang dipaparkan oleh majalah antarabangsa, "Deluxe-Swiss Made" iaitu majalah yang berkaitan dengan jam tangan ekslusif yang diterbitkan di Switzerland.
Turut hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Konsul Kehormat Malaysia di Basel, Switzerland, Datuk Jeffery Sandragesan.
Penulisan artikel terbabit terdetik atas usaha Sandragesan yang sudah 41 tahun menetap di Basel yang membawa dua penulis dari Switzerland ke Malaysia untuk menghasilkan artikel berkenaan.
Ng memuji tindakan Sandragesan itu yang selari dengan misi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan sektor pelancongan negara.
- Kangar, 18 Mei 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). 
sumber : iluvislam

Rabu, 20 April 2011

FINAL EXAM

Assalamualaikum w.b.t...
Perang final exam dah bermula...Esok 21 hb first paper Nahu..sampailah 4hb ni..
Dikesempatan ini, sy nk minta maaf kpd kwn2, sahabat, atau sesiapa ja yg pernh terguris hati, tersakit hati, atau apa2 jua kesalahan yg pernah sy lakukan..Samada sengaja atau tidak.. Sepanjang besama di kampus atau dlm penulisan blog ni..Maaf ye..ketahuilah daku hanya insan biasa yg tak pernah lari dari kesalahan dan kesilapan...Maaf zahir batin (cm raya plak, tp x smesti nk tggu raya bru nk ucp kn..)^_^
Kepada kwn2 yg akn mgmbil exm..Selamat berjuang !!! Smoga tak ketandusan doa dan usaha sehingga medan pertempuran terakhir...Doakan kejayaan kita bersama..Semoga berjaya dgn MUMTAZ ..Amin...
Insyallah..',

Rabu, 3 November 2010

Bah

Bah atau banjir..
Perlis sekarang telah dilanda bah dengan hujan lebat..500 orang telah dipindahkan..Padi habis tenggelam dek air..Arau Bandar DiRaja ditutup jalan2nya..Bak kata familyku kalu tgk dr ats jmbatan lebuh raya menghala Bkt Kayu Hitam tuh (bwh tu Arau)mmg mcm lautan saujana mata memandang..fuh..Berita mutakhir yg didengar pukul 12 td..!! Sekolah ditutup,7 sekolah rendah dan 4 sek.menengah..termasuklah sekolah adikku iaitu Sek.Men.Keb.Agama Arau,..Dugaan buat rakyat Perlis..Semoga kalian tabah menghadapi ujian ini..Redho dengan apa yg berlaku..Pasti ada hikmah disebaliknya..
Sekarang pun Terengganu hujan lebat..setakat  yg didengar dh memasuki fasa jingga..Kelantan jirannya juga hujan..maklumlah nk masuk musim TENGKUJUH..Apapun..semoga semuanya selamat dan dilindungi ALLAH..
INSYALLAH..(^_^)

Jumaat, 2 April 2010

salam ukhwah



Salam....
Alhamdullilah dgn izin Allah.....maka terpanggil membuat blog ini..
Sebenarnya sudah lama mengikuti blog kawan-kawan yg lain..dan mendapat sedikit-sbyk manfaat..Jadi,tujuan ana membuat blog ini adalah untuk memudahkan berkongsi idea,ilmu dan pengalaman...Selain menambah pengetahuan dapatla juga merapatkan lagi ukhwah sesama kita abadan abada ..:

"Jika dirasakan permata nilam itu indah..indah lagi ukhwah yg terjalin sesama insan"....