Jumaat, 29 Jun 2012

MEROKOK?NO!!!

Sebenarnya dh lama penulis nk post entry pasal neh..tp bru skrg sempat.
Budaya merokok ni makin menjadi-jadi.Dh mcm trend.Tambahan diklgn  pelajar sekolah terutama sekolah Menengah . Dan yg amat menyedihkan  sekali bila pelajar sekolah rendah turut terlibat.Ada yg kata nk tunjuk macho la.Ada yang ikut kawan.Ada yg kata nk lepas tension la.Dan ada jgk yg saje ja nk cuba-cuba.
Tolonglah.. jawapan yg sering diberi bila ditanya ‘Adik,kenapa merokok ni? Tak  sayang nyawa ka? Langsung tak boleh diterima..
yg kata nk tunjuk macho = Macho kah bagi seorang pelajar yg masih ditanggung dan diberi duit saku merokok?
yang ikut kawan = kalau kawan kamu terjun tangki indah water,kamu pon nk ikutlah ye??sehidup semati la kata kan.
yg kata nk lepas tension= bru hadapi tekanan sikit dah stress..mcmna nk hadapi cabaran hidup yg jauh lebih teruk dan mencabar nanti?
saje ja nk cuba-cuba= apa takde benda lain ka nk cuba?yg lebih adventure dr tu..Ascending and descending ka..jungle trekking ka..
Adik-adik tahu tak apa ada dlm rokok?Mcm-mcm dik..ubat gegat,pencuci lantai,racun anai-anai dan lain-lain.Sila tgk  sendiri SINI
Itu cerita adik2 yg masih mencari identiti diri…Yg org dewasa pulak dengan hujah tersendiri..
‘Kalau merokok haram kenapa kerajaan tetap jual jgk pd org ramai?’
Jwpnnya: Yg sakit nanti siapa?yg susah nanti siapa?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta >Boleh cek SENDIRI di SINI< 

(Sedih bila teringat perbualan dengan sekumpulan pelajar yg sibuk mengagihkan rokok berhampiran sekolah)Semoga mereka semua BERUBAH dan BERHIJRAH ke arah lebih baik..Penulis tahu mereka orang yg baik..Amin…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie