Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2015

Ulasan novel DBP

Alhamdulillah...Selepas menerima maklum balas ulasan novel Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dihantar telah diterima dan akan dipertimbangkan pihak DBP. Akhirnya, tidak sampai seminggu ulasan novel DBP tersebut terbit di laman web mereka. 
KLIK
Kita selalu membaca dan pasti terbiasa dengan novel yang di dalamnya suasana kehidupan sekeliling kita atau situasi yang memaparkan bahasa asing seperti English yang ditutur watak dalam novel itu.
Novel yang penulis ulas ini pula sebaliknya. Kebiasaan itu menjadi luar biasa apabila suasana dan situasi novel ini menyentuh aspek budaya jiran kita termasuk percakapan sebahagian wataknya.

Terima kasih kepada peminjam yang meminjamkan buku DBP ini pada penulis.
Terima kasih juga pada pihak DBP yang sudi menerbitkan ulasan tersebut.
Bagaimanapun, penulis terkejut dan terkesima sebentar apabila dimaklum penulis novel tersebut bukunya tidak berada di rak-rak kedai buku.


Apakah yang berlaku?

Konflik atau masalah yang berlaku diharap dapat diselesaikan dengan baik. Teruskan berjuang DBP! Penulis blog ini pasti sentiasa menyokong DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. ;-)


Selasa, 13 Mei 2014

Pupuk setia negara

Alhamdulillah.Segala puji dan syukur pada ALLAH yang telah memberi segala nikmat usia, ilmu, ketenangan hidup dan banyak lagi. Sungguh tidak diduga artikel  yang dihantar ke ruangan emelanda Harian Metro keluar akhirnya. Sudah lama tidak cakna segala surat khabar tempatan selepas artikel pertama keluar di rencana Utusan. Penulis hanya membaca secara online sahaja sehinggalah malam Isnin baru-baru ini. Sms dari mak penulis mengejutkan rakan-rakan yang berkampung di bilik selepas pulang daripada kelas malam itu. Terima kasih buat keluarga yang sentiasa menjadi pembaca setia Harian Metro. Kalau tak jadi pelanggan setia maka tak tahu juga dah keluar rupanya.
Terima kasih Harian Metro.
Akhirnya tugasan menghantar artikel  ke ruangan akhbar sudah berakhir untuk semester ini. Namun, ada satu yang belum berakhir. 
Janji. Janji pasti ditunaikan selagi terdaya dan termampu. Jangan risau sahabat. Rezeki aturan Allah.


p/s: Teruskan menulis dan menghantar artikel. Jangan berputus asa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Insyallah, ALLAH sentiasa bersama anda.