Alhamdulillah.Segala puji dan syukur pada ALLAH yang telah
memberi segala nikmat usia, ilmu, ketenangan hidup dan banyak lagi. Sungguh tidak diduga artikel yang dihantar ke ruangan emelanda Harian
Metro keluar akhirnya. Sudah lama tidak cakna segala surat khabar tempatan
selepas artikel pertama keluar di rencana Utusan. Penulis hanya membaca secara online sahaja sehinggalah malam Isnin baru-baru ini.
Sms dari mak penulis mengejutkan rakan-rakan yang berkampung di bilik selepas
pulang daripada kelas malam itu. Terima kasih buat keluarga yang sentiasa
menjadi pembaca setia Harian Metro. Kalau tak jadi pelanggan setia maka tak tahu
juga dah keluar rupanya.
![]() |
Terima kasih Harian Metro. |
Akhirnya tugasan menghantar artikel ke
ruangan akhbar sudah berakhir untuk semester ini. Namun, ada satu yang belum berakhir.
Janji. Janji pasti ditunaikan selagi
terdaya dan termampu. Jangan risau sahabat. Rezeki aturan Allah.
p/s: Teruskan menulis dan menghantar artikel. Jangan
berputus asa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Insyallah, ALLAH
sentiasa bersama anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie