Isnin, 28 April 2014

10 perbezaan Thailand

Hampir menemui penghujung semester ini. Cepat betul masa berlalu. Dalam keterbasan waktu, sempat juga kumpulan kami melakukan LA. Lawatan Antarabangsa ke Thailand oleh pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama ini disertai 27 orang pelajar termasuk seorang pegawai pengiring. Banyak tempat menarik dilawati yang mendekatkan kami dengan budaya persekitaran warga Thailand. Banyak perbezaan yg dapat penulis katakan.
Pertama, masa.
- Masa di Thailand lambat sejam. Jika Malaysia pukul dua, Thailand baru pukul satu.
 Perbezaan  ketara adalah waktu subuh. Pukul 6 di sana seperti pukul 7 di Malaysia.
Kedua, makanan.
- Makanan disana sedap tetapi tersangat pedas. Penulis memang kurang bab pedas ni.
(Sampaikan keluarga sendiri terpaksa mengikut rentak pemakanan penulis mengurangkan kepedasan dalam masakan).
Ketiga, tol.
- Ini yang paling best. Tiada pertikaian kenaikan harga tol.
Bebas berjalan di muka bumi Thai asalkan minyak kereta dan poket anda penuh berisi (memetik kata Ustaz Qasim, guider setia yang membawa van VIP kami sepanjang di Thai)
Keempat, atm.
- ATM bukan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA di sini tetapi mesin atm bank. Di sana atm di luar kedai. Percaya atau tidak? Hairan...Tak kena rompak la pulak..
Kelima, 7e.
Rasa lepas ni nak masuk sempadan semata-mata nak pergi 7e ja. Murah kot( memetik kata seorang sahabat).
Mana taknya, biskut 50sen, 1ringgit. Kalau kat Malaysia memang beringgit-ringgit. Segala kelengkapan disediakan seperti buku, CD dan bermacam lagi. Dah macam POPULAR.
Keenam, pam minyak.
Tiada perbezaan sangat dengan Malaysia tetapi ada yang menarik perhatian apabila jumpa pam minyak yang kecil. Kalau berdiri di sebelah pasti separuh badan. Malaysia susah nak jumpa. Walauapapun, minyak memang mahal di Thai.

Ketujuh, wayar elektrik.

Wayar yang tersangat berserabut. TNB kalau tengok mesti pening nak baiki punya. Tak tahu la kenapa dan bagaimana. Bila ditanya pada Ust tak ada lintar pintas ka? Ust pun tiada jawapan untuk itu.
Kelapan, LADY BOY.
Biasa kalau sebut Thai apa perkara pertama terlintas di fikiran kaum Adam. SUSPICIOUS.
Namun, itu juga realiti Thailand yang sukar untuk diubah. Pernah apabila sahabat kami diajak bergambar sempat lagi mereka STREET DAKWAH dengan Lady Boy ni. Nasib baik tak kena penampar jantan Lady Boy. SELAMAT.
Antara produk yg diusahakan penduduk
Kesembilan, harmoni.
Seperti yang diketahui, Thailand minoriti Islam  sedikit. Namun begitu, yang boleh dilihat dan dicontohi adalah keharmonian mereka. Perkampungan yang kami lawati, Kg. Ban Ramad begitu gigih menaikkan taraf hidup mereka dengan menjalankan pelbagai kegiatan berfaedah. Antaranya, kopi, beras dan kraftangan dihasilkan sendiri dengan titik peluh mereka.
Kesepuluh, berani.
Orang Thai memang berani dan tekad. Di jalan raya Malaysia pasti kena saman. Mana taknya, naik sampai 3 orang satu motor. Pernah juga ada yang sampai 5 orang kata guider kami.
 p/s: Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan sempadan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie