Khamis, 10 April 2014

Kronologi Artikel ATM

Perkongsian buat semua dan jawapan segala pertanyaan. Kronologi yang panjang. Pertama kali mendapat ilham apabila penulis membaca tajuk Mingguan Malaysia bertarikh 6 April 2014 berkenaan ‘Rakyat seru pertahan ATM’.
Macam ada sesuatu dalam kepala tapi tak terzahir lagi. Penat dan mengantuk yang nyata katakan. Dari pukul 9.30 pm hingga pukul 6 am diatas bas. Redha saja. Ingatkan bila dapat belajar di Negeri Sembilan masa perjalanan ke Perlis lebih singkat berbanding semasa belajar di Terengganu. Rupa-rupanya lebih kurang sahaja. Yang bezanya tak perlu lagi melalui kawasan ular a.k.a Grik.
Malam ahad penulis tanya ayah tentang berita tu. Panjang lebar ayh terang sebab kapal selam dihantar dan kenapa kapal ni tak dihantar plus bla, bla. Tak paham. Blur. Jenuh ditergkn ayh. Akhirnya baru faham. Masalahnya saintifik sgt dan penulis bkn ahli dlm bidg itu.*_*
Hari Isnin baru sempat untuk menulis. Pukul 3-4pm mula, lewat petang dah siap. Alhamdulillah. ALLAH beri idea yang mencurah-curah. Apabila malam penulis bagi kat ayah. Artikel ini mengambil masa agak lama untuk dihantar.
“Ayah cuba baca. Tentang ATM. Kalau ada apa-apa yang ayah nak tambah habaq la.”
“Ok. Tak ada apa-apa dh nak tambah. Bagus.” Reaksi muka ayah ketika membaca tidak dapat penulis gambarkan. Mimik muka sukar untuk ditafsir. Adakah ayah terasa dengan apa yg penulis tulis??? Harapnya tidak! Penulis berbangga dengan wira ini.
Penulis pun terus hantar ke rencana@utusan.com.my. Selang beberapa saat dapat ini. 2-3 kali hantar pun sama.
Dah boleh hafal dah (^_^)

Penulis pun terfikir bukan waktu pejabat ni. Esok ja hantar.
Esok dah Selasa. Boleh tak lagi masuk dan tembusi akhbar Utusan ini. Kebanyakan penulis senior dan hebat dalam Utusan yang kebanyakannya penulis yg mempunyai nama. Cuba ja la dulu. Kebetulan waktu ni kena jaga tok atau korang panggil nenek. Sambil tok ditepi tengah lena, cari punya cari tak jumpa juga emel utusan yang lain. Ada pun dalam bentuk form sahaja. Tanya kawan-kawan seangkatan semua takdak alamat emel sbb mereka hantar karya mereka ke BH. Sudah!
Maka Pak google juga menjadi penyelamat apabila jumpa emel address Utusan tapi list board error 404 la pulak. Terpandang page tu tulis editorial punya emel. Tawakal dan terus menghantar pd pukul 12.04 tgahari. Ada rezeki ada la. Hantar sekali lagi email ke rencana @utusan.com.my still sama macam semalam. OK find!
Selepas masak untuk tok, bapa saudara pun balik dari kerja dan penulis pun minta kebenaran balik ke rumah. Masak untuk adik pula dan jangan la adik balik awal kalau tak kesian kebuluran sebab kakak lambat masak.
Tengah dok masak tu penulis terpandang handpone yang silent menyala di lantai ruang tamu kedua. Ada call masuk rupanya. Nak angkat tak ni? Penulis memang malas bab nak mengangkat panggilan tak dikenali. Macam no.pejabat ja bermula 039____.
Ok. Angkat.

“Terima kasih!” Conversation pun end. 

Tak sempat tanya nama pemanggil. Apapun terima kasih banyak2! Sungguh tak disangka. Hantar pukul 12.04 tghari  pukul 2.40 ptg dapat panggilan menggembirakan. Terima kasih ALLAH.
Terus call ayah esok tolong beli paper Utusan ya… Lupa pula pada sayur di dapur. Dah tutup ka belum ya api? Ya ALLAH. Nasib baik ada air dalam kuali sayur tu kalau tak lain cerita la pula jadinya.
credit-iluvislam

Terima kasih juga buat pensyarah Penulisan Rencana dan Pemberitaan, Dr. Siti Suriani Hj Othman. Berkat bimbingan dan tunjuk ajar di kuliah supaya pelajar menulis gabungan pengalaman dan isu semasa ternyata berjaya. Terima kasih Dr.
Terima kasih juga buat family yg memberi pengalaman berharga dan dorongan utk terus menulis.
Terima kasih juga buat pembaca yg sudi membaca cerita di atas yg tak seberapa dan byk pula typo! TQVM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie