Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2022

Kenangan Sepanjang PKP

Banyak kenangan yang terpahat menjadi memori indah untuk dikenang. PKP lebih banyak masa berada di rumah. Istilah "Work from Home" a.k.a. WFH memang berlaku sepanjang waktu kuarantin tersebut. Mujurlah terlibat dengan proses buku teks KPM. Maka sesekali bersidang di Putrajaya. Syukur di kala pandemik ketika itu, penulis masih ada pekerjaan untuk dilakukan. Namun, ada kisah suka dan duka sepanjang waktu getir tersebut. Dukanya secebis seperti berikut:

1- Berpisah dengan rakan, sahabat baik dan kawan sekerja yang terpaksa digugurkan ekoran ekonomi yang merudum pada waktu tersebut. Produksi tak bejalan, masakan hasil ada untuk diraih. Begitulah ironinya kata pengurus ketika itu. Walau bagaimanapun, syukur semua yang dibuang telah dapat kerja yang lebih baik kini.

2- Menjaga orang yang sedang kuarantin. Banyak pula ragam dan kerenah teman serumah. Tak layan merajuk. Nak layan terasa pula bagai melayan "Raja". Benar, harus bersabar ketka itu kerana itu ujian buat mereka dan penulis. Hari itu ujian buat mereka, mana tahu esok lusa mereka pula akan bantu kita. Cool!

3- Tak dapat pulang ke teratak di desa. Hanya "video call" penghubung kami di pagi raya. Syahdu sekali ya!

Kisah sukanya pula,

1- Dapat mencuba pelbagai resipi. Sebut sahaja semua penulis masak termasuklah berkaloborasi dengan rakan serumah untuk menyiapkan "Dalgona". Betul tak ejaannya yang viral dahulu? 

2- Rezeki kami mencurah-curah. Ada sahaja bantuan untuk frontliners. Yalah... dua orang rakan serumah penulis dalam bidang KKM. Oleh itu, banyaklah resipi boleh dimasak untuk dihidangkan kepada mereka.

3-Sudah tentu duit KWSP. eh eh eh...


Di atas, hanya secebis kenangan untuk dikongsi buat para pembaca blog ini. Terima kasih membaca! 



Jumaat, 16 September 2016

Al-fatihah



Perginya ulama yang banyak menabur bakti..Sebut sahaja nama Tuan Guru Harun Din pasti dikenali teman dan lawan..Jasa, khidmat dan bakti terhadap agama dan masyarakat amat banyak baik dalam bidang penulisan mahupun arena dakwah. Sinonimnya kita akan menghargai seseorang apabila ia tiada di depan mata...Hal ini menjentik hati penulis apabila mengingatkan betapa banyak yg beliau wakafkan demi melihat kelangsungan dakwah Islam itu sendiri..Lihat sahaja masjid dan tanah di tempat kelahiran penulis...Pasti setiap kali melaluinya, penulis akn terfikir betapa hebatnya beliau mengorbankan harta demi Islam. Masjid yg tersergam indah yang sememangnya telah membuat jemaah selesa dan tersenyum...AllahuAkbar..Sungguh berbahagia dan damailah ustaz disana...Kami yg kerdil pasti akan menyusul kerana mati itu pasti! Terima kasih untuk segalanya! Semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang yang soleh..Amin..



P/h: Selamat Hari Malaysia. 16 September- paginya bumi tempat mencari rezeki dilimpahi hujan lebat...

Jumaat, 2 Januari 2015

Iktibar 2014

Tahun 2014. Tahun penuh mencabar bagi negara kita Malaysia.
Banyak peristiwa manis, pahit dan mengayat hati berlaku.
Antaranya Feb - Apr 2014
Catuan air di beberapa kawasan…
Alhamdulillah penulis tidak terkena tempiasnya. Walaubagaimanapun ada beberapa keluarga rakan yang dihadkan air. Mereka menahan air di waktu lewat malam untuk kegunaan harian.
Kemudiannya jerebu yang menyukarkan pandangan mata dan menyesakkan pernafasan kita. Paling diingati apabila pertama kali sepanjang bergelar pelajar ipt terpaksa menempuhi peperiksaan akhir semester dengan suasana jerebu di dewan. Ada yang menutup hidung dengan tuala masing-masing dan ada pula hanya menutup dengan lengan baju. Suasana yang agak luar biasa namun peperiksaan diteruskan mungkin kerana paras indeks jerebu tidak bahaya. Apatah lagi semua pelajar tidak sabar pulang ke teratak asal masing-masing.
Peristiwa dan tragedi besar menginsafkan mata hati yang buta....
Mac 2014
Sehingga kini tidak dapat dirungkai misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Walau pelbagai teori dan konspirasi dikemukakan samada di media massa dan cetak oleh pakar-pakar yang sebelum ini penulis tak pernah tahu (sebab penulis bukan pelajar bidang aeroangkasa). Sedikit sebanyak kita dapat mempelajari mengenai pesawat dan juga latar belakang hidup manusia di sekeliling kita. Bagaimana keluarga mangsa mengatasi kesedihan dan menerima berita yang menyedihkan memberi banyak pengajaran buat semua.
Julai 2014
Penulis masih ingat lagi selepas bersahur bersama keluarga. Ayah bercerita tentang pesawat yang tidak diketahui telah ditembak jatuh. Kata mak lagi lewat malam beritanya...Dalam hati jangan ada lagi dari Malaysia. Kemudian satu demi satu conference yang memberi maklumat tentang kejadian tersebut. MH17…
Kapal terbang MAS menjadi korban pihak yang bertelagah antara dua negara. Media massa dan cetak sibuk mencari siapa keluarga mangsa yang terlibat. Sehinggakan pernah penulis melihat ada keluarga yang digangu waktu istirehat di malam hari semata-mata ingin mendapatkan berita panas. Bayangkan keluarga yang ingin menenangkan diri dikejutkan dengan sekumpulan wartawan di depan pintu dan pagar rumah.
Benar… kerja dan tugasan seorang wartawan atau reporter perlu mencari berita yang ingin diketahui orang ramai.. Mereka perlu mengikut deadline diberi editor…Namun bagi penulis perikemanusiaan perlu juga dilihat. Apa salahnya jika tunggu hari siang dahulu. Maaf andai tersalah ayat dan kata. Apapun terima kasih wartawan tanpa anda kami tidak mungkin dapat mengetahui kisah dan cerita disebalik tragedi ini.
Tidak lama selepas itu, soalan UPSR bocor angkara hilangnya sifat amanah orang dewasa yang boleh dipanggil bapa. Akibatnya anak-anak menjadi mangsa.
Disember 2014...
Banjir besar di pantai Timur. Gambar dan status meruntun hati penulis. Sehinggakan kutipan derma dibuat oleh rakan-rakan sepantas boleh buat membantu mereka yang menjadi mangsa. Negeri kelahiran, Perlis juga turut terkena di beberapa kawasan seperti Beseri. Bumi seakan menangisi alam yang semakin tandus. Pokok-pokok yang ditebang. Tanah yang diratakan. Laut yang ditambak.
Belum surut banjir, kita dikejutkan pula dengan insiden yang tidak disangka. Pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang daripada radar dan terhempas menutup tirai tahun 2014.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah lebih hebat.
Pelbagai pengajaran dan hikmah diperoleh. Kita bersatu tanpa mengira kaum, fahaman politik dan juga warna rupa.
Kami redha...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat keluarga mangsa MH370, MH17 dan QZ8501…
Salam takziah…Semoga kalian tetap tabah…
2015...
Semoga menjadi tahun yang akan memadam luka-luka 2014. Semoga kita bersatu dan terus mengasihi saudara kita. Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...
# Pray for Gaza

Rabu, 9 April 2014

Artikel ATM di Utusan Malaysia

Alhamdulillah... Ini yang dinanti oleh penulis. Ternyata editor menepati janjinya. Tajuk asal 'ATM harapan rakyat dan negara' ditukar kepada headline yang lebih menarik. Terima kasih!
Rencana-Utusan Malaysia 9/4/2014
Khas buat ayah, keluarga dan semua warga ATM
Tak nampak isinya, klik SINI

3 perkara yang ingin dikongsi bersama rakyat Malaysia:

  1. Penghargaan buat ATM
  2. Persespi negatif terhadap anggota ATM
  3. Sedikit pengalaman sepanjang menjadi keluarga ATM
Semoga artikel ini dapat menjawab segala persepsi negatif yang dilemparkan kepada ATM. p/s: Teruskan berjuang! Kami sentiasa bersama anda...


Khamis, 26 Disember 2013

JANJI

Langit tidak selalunya cerah..Ada mendung, panas dan hujan..
Begitu juga manusia..Ada duka, sedih, geram, marah, suka dan gembira. Perasaan yang dikurniakan ALLAH sangat bermakna dalam melalui liku-liku kehidupan.
Kadangkala dalam melalui kehidupan kita pasti tidak dapat lari dari menabur janji. Apa itu janji?
Sesuatu yg kita akan penuhi walau apa pun terjadi. Tambahan pula jika menggunakan kalimah INSYALLAH. Bak kata pensyarah ust hadis di Unisza dulu,
99% janji yang kamu buat dengan kalimah INSYALLAH perlu kamu penuhi .1% apabila kamu cuba lakukan tetapi ALLAH tidak mengizinkan. Contohnya, kemalangan atau kematian..
Maka itu, berhati-hati dalam berjanji. Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yg menentukan. DIA sebaik-baik perancang. Ya, benar.
Namun, segala janji ditabur perlu diusahakan untuk ditepati. Seandainya kita tidak mampu maka berikan alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya dapat menerangkan segala kesulitan kita.
Patutkah kita beri alasan?
Ya, agar yang dijanji tidak menuntut. Paling penting ia mampu mengelakkan syak dan pandangan negatif. Bukan susah memberi alasan. Asalkan alasan dan sebab itu logik dan diterima akal.
Firman Allah dalam surah al-Maidah, (ayat 1) bermaksud;
 "Wahai mereka yang beriman, sempurnakan janji-janjimu….”. 
Agar kita tidak tergolong dalam golongan munafik dan digelar penipu. Ayuh…Pelihara janji kalian. Kita pasti tidak mahu diberi digelar penipu bukan? 
Sekali kita berbuat jahat, segala yg baik dilupakan manusia. Begitu juga janji…
Sekali kita tidak menepati janji..
Seribu kali org tidak akn mempercayai kita... 
So, solution- Give a reason!

Ahad, 27 Oktober 2013

Forgive and forget!

Memaafkan dan melupakan…Forgive and forget!!
Satu ucapan yg mudah dilafazkan..
"Ala..maafkan ja dia..Lupakan semuanya.. Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru."
Sakit hati, dendam kesumat, benci-membenci membuatkan seseorang menjadi keras hati, sukar memaafkan malah bertindak di luar batasan. Apakah dengan memaafkan semua rasa akan terhapus?  
Ya,jawapannya pasti anda akan lebih tenang dan tenteram. Bagaikan melepaskan bebanan yg berat. Walaupun yg ditunggu-tunggu tidak hadir bertemu kita, meminta maaf dan mengaku khilafnya. Dengan hanya memaafkan dan melupakan, terbit satu perasaan yg sangat tenang, lapang dan sgt sukar digambarkan.

Tetapi hakikatnya bukan mudah untuk memaafkan dan melupakan..
Mungkin ada yg mudah menerima dan mengungkap ungkapan
 “Ya,saya maafkan”..
Namun, apakah hati benar-benar memaafkan kesalahan insan tersebut.
Ya, org yg bisa memaafkan dan melupakan adalah org yg luar biasa. 
Tahniah! kerana anda  bisa memafkan dan melupakan.
Untuk yg agak sukar untuk memaafkan dan melupakan.. Ayuh renungkan petikan di bawah :

 
Prof Dr Muhaya · 494,625 like this
·         Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus
Top of Form


Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha… 
Konklusi dr khutbah hari raya pd pg td ialah
  1. dapat mendekatkan diri kepada Allah (beribadat dan ibadah korban).
  2. menghayati pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
  3. mengembirakan fakir miskin dengan daging korban yg diberi.
  4. mensyukuri nikmat yg diberi oleh Allah.
  5. sedia berkorban nyawa, harta dan benda demi Islam tercinta.
Semoga semangat hari raya meresap dlm diri semua. Erti pengorbanan yg sebenar dihayati. Semoga umat Islam di seluruh dunia selamat dr musuh durjana dan menikmati kemerdekaan yg sebenar. Kemerdekaan bkn sahaja dr penjajah yg menjajah tetapi kemerdekaan rohani dan spiritual yg sentiasa dicari oleh musuh Islam untuk merosakkan akidah,mental dan rohani kita.

Ahad, 22 September 2013

TAK-PA

Yg baik jadikan teladan

Yg buruk jadikan sempadan
Sikap TAKPA membinasakan kita... Tgk apa atuk jawab dlm video ni..


Penulis nk update tentang satu kisah yg agak tragis telah berlaku kepada  keluarga penulis.. Alkisahnya bermula apabila kami turun ke kota raya bandar metropolitan yakni KL.. Dengan satu tujuan perjalanan untuk menghantar adik penulis masuk universiti di Shah Alam, kami sempat singgah di sebuah flat di tengah-tengah bandar yg pesat membangun itu. Misinya untuk melawat saudara yg telah lama tidak ketemu.
Nak dijadikan cerita…
Apabila turun dari kereta, emak penulis berdiri berdekatan bawah flat sementara menuggu semua turun dari kereta. Tiba- tiba…. Zappp!! Bumm!!
Semua terkejut plus tercengang ditambah terpegun.. Mak aih… bahasa…Maaf ya cikgu  bhsa Melayu... Ok..sambung balik... 
Rupa- rupanya para penghuni flat ingin menjemput mak kesayangan minum teh ais… Namun yg mendukacitakan caranya sungguh tidak beradab..
Dlm erti kata lain ke mana sivik a.k.a moral mereka terhadap persekitaran dan pengguna lain?
Dibalingnya teh ais yg masih penuh ke bawah… Pandang atas memang tak jumpa dah la sapa yg baling… Kalau nampak gerangan si pembaling  memang tengahari tu penulis cari dan bagi tazkirah cara-cara nk beradab..
Memang menguji kesabaran… Kalau tak free-free ja  mak tercinta disirami air free berperisa teh ais di tengah rembang yg panas tu… Apabila sampai di tingkat atas, sedang kami berjalan menuju ke rumah saudara, kami semua sekali lagi disajikan dengan pandangan agak meloyakan…  Kalau kalian tengok sendiri apa lah respon kalian kan… 
Kulit durian bersepah-sepah di tengah ruang kosong di bawah flat.. Nk kata kenduri memang mustahil lah sebab sampah sarap, tin-tin minuman merata alam.. Kulit durian pula selonggok berderai kt tengah-tengah…
Tolonglah kalau malas sangat nk berjalan buang tak perlu rasanya baling mcm tu…. Apa akn jadi kalau ank kecil tiba-tiba melintas di tengah dan tiba-tiba kulit durian itu dibaling.. Tak ka bersepai kepala? 
Kesian pulak tengok reaksi saudara apabila ditanya ada kenduri ka kat bawah tu? 

Maaf ya...tapi saudara penulis pun akan berpindah ke kawasan yg lebih aman damai setelah rumahnya siap. Alhamdullilah...
Apapun semuanya berbalik pd tanggungjawab.....walau berbakul-bakul dinasihatkan seseorang tapi diri sendiri tak ada tanggungjawab nk berubah, alamatnya ??? Tepuk dada tanya iman...Apa sebenarnya tanggungjawab kita...
p/s: Terima kasih buat saudara mara yg menyambut ketibaan kami… Ada juga yg menumpangkan kami di teratak mereka di Kajang… Terima kasih tidak terhingga diucapkan..


Jumaat, 5 Oktober 2012

Jangan biarkan sesaat itu pergi begitu sahaja


Sesaat berlalu begitu sahaja…
Jangan biarkan sesaat itu pergi begitu sahaja…
kerana DERHAKA ada dalam diri setiap kita~
Lebih kurang mcm tu lah yang ditulis dlm petikan drama 7 Ramadan akhir. Walaupun tak sempat tonton full last episode tapi sempat gak tengok perkataan ini. Maksud yang mendalam.Kerana benar dalam setiap saat,minit atau jam samada melalui lisan atau perkataan yang keluar dari mulut kita,atau hati dan fikiran yang terlintas. Rasa tak puas hati, rasa tersinggung,rasa marah dan macam2 rasa lagi. Walaupun tidak terzahir melalui mulut mahupun perbuatan tapi hati kita bagaimana? Doa ibu bapa diperlukan dalam diri setiap insan bernama anak. Kerana apa?? Kerana dengan doa ibu itu adalah antara doa yang mustajab. Dengan doa mereka kita memacu hidup yang lebih harmoni, aman dan berjaya. Masih ingatkah kalian akan cerita dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.

Sedih melihat ibu bapa yang diabaikan. Dalam zaman serba maju,pendidikan tertinggi diberikan,masih ada anak2 yang mengabaikan ibu bapa mereka.Walau sejahat mana pun mereka, anak2 wajib mentaati mereka selepas Allah dan Rasul. Syurga anak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa DERHAKA terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)

p/s: ayuh!!Hargailah, bahagiakanlah, dan sentiasalah mendoakan mereka dalam setiap doa kitaJ

Isnin, 2 Julai 2012

Ramadhan yg dinanti

Rejab pergi tidak terasa
Kini  Syabaan mengambil alih
Semoga kita dipanjangkan usia
Bertemu Ramadhan bulan barakah
Sedar tak sedar ,dh masuk bln Syaaban.Bagaimana persediaan kalian?utk menghadapi bulan yang sentiasa dinanti oleh umat Islam seluruh dunia..Puasa yg lepas sudahkah diganti?Jika sudah selesai diganti ..Alhamdulillah…Jika belum..apa yg ditunggu lagi?Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antara yang lain ialah:
1) Persediaan ilmu agama.
2) Persediaan kesihatan.
3) Persediaan  dari sudut kewangan.
4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
Boleh tgk dekat SINI
Ahlan  Wasahlan ya RAMADHAN!!!Ketibaanmu dinanti…Semoga dipanjgkn umur bertemu bln penuh barakah ini.
'اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان'.Amin.
Wallpaper ISMA Mesir 2012

Jumaat, 29 Jun 2012

MEROKOK?NO!!!

Sebenarnya dh lama penulis nk post entry pasal neh..tp bru skrg sempat.
Budaya merokok ni makin menjadi-jadi.Dh mcm trend.Tambahan diklgn  pelajar sekolah terutama sekolah Menengah . Dan yg amat menyedihkan  sekali bila pelajar sekolah rendah turut terlibat.Ada yg kata nk tunjuk macho la.Ada yang ikut kawan.Ada yg kata nk lepas tension la.Dan ada jgk yg saje ja nk cuba-cuba.
Tolonglah.. jawapan yg sering diberi bila ditanya ‘Adik,kenapa merokok ni? Tak  sayang nyawa ka? Langsung tak boleh diterima..
yg kata nk tunjuk macho = Macho kah bagi seorang pelajar yg masih ditanggung dan diberi duit saku merokok?
yang ikut kawan = kalau kawan kamu terjun tangki indah water,kamu pon nk ikutlah ye??sehidup semati la kata kan.
yg kata nk lepas tension= bru hadapi tekanan sikit dah stress..mcmna nk hadapi cabaran hidup yg jauh lebih teruk dan mencabar nanti?
saje ja nk cuba-cuba= apa takde benda lain ka nk cuba?yg lebih adventure dr tu..Ascending and descending ka..jungle trekking ka..
Adik-adik tahu tak apa ada dlm rokok?Mcm-mcm dik..ubat gegat,pencuci lantai,racun anai-anai dan lain-lain.Sila tgk  sendiri SINI
Itu cerita adik2 yg masih mencari identiti diri…Yg org dewasa pulak dengan hujah tersendiri..
‘Kalau merokok haram kenapa kerajaan tetap jual jgk pd org ramai?’
Jwpnnya: Yg sakit nanti siapa?yg susah nanti siapa?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta >Boleh cek SENDIRI di SINI< 

(Sedih bila teringat perbualan dengan sekumpulan pelajar yg sibuk mengagihkan rokok berhampiran sekolah)Semoga mereka semua BERUBAH dan BERHIJRAH ke arah lebih baik..Penulis tahu mereka orang yg baik..Amin…



Sabtu, 23 Jun 2012

KANVAS HIDUP






Salam alaik..


Kata org HIDUP bagaikan lukisan di atas kanvas.. Apa yang membezakan kita bagaimana kita mencorakkan lukisan itu supaya berwarna warni atau kelam(gelap). Berwarna -warni cantik dipandang orang dan menceriakan org yg melihat ataupun kelam,pudar warnanya hinggakan org yg melihat rasa muram,sedih, dan hilang semangat...Ya.. Bagaimana kita melihat lukisan itu begitu jugalah dengan hidup ini.. HIDUP memang tidak akan sunyi dari masalah..tapi itulah sebenarnya yg membuatkan HIDUP kita ini bertambah menarik.Firman ALLAH S.W.T bermaksud: Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu. – (Surah Muhamad:31).


Masalah sentiasa akan mengelilingi kita TAPI apa yg membezakan kita dengan org lain ialah bagaimana cara kita mengatasinya? Adakah kita mengatasinya atau kita terus membiarkan masalah itu terus menghimpit dan menbelenggu HIDUP kita. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Jadi,setiap masalah pasti ada jalannya. Kadang-kadang kita rasa masalah kita itu sangat besar tapi ketahuilah ada lagi manusia lain yang lebih berat dan besar masalah daripada kita. Allah SWT menurunkan ujian adalah untuk melihat kesabaran hambanya untuk ditingkatkan makam imannya. Ambillah masalah itu secara positif bukan dari sudut negatif. Berusahalah untuk mengatasinya,bersabar dan berdoa pada Allah SWT. Jangan mudah kecewa dan putus asa. InsyaALLAH setiap masalah ada hikmahnya bagi mereka yang benar-benar bersabar dan redha seikhlas hati dengan ujian Allah SWT.

Khamis, 26 April 2012

Muhammad Al-Faatih: about whom the Prophet gave glad tidings

For eight centuries, the conquest of Constantinople, now Istanbul,Turkey, was a dream for the Muslim commanders. Ever since the era of the revered companion, Mu`aawiyah Ibn Abu Sufyaan, there had been many attempts to conquer it, but none had succeeded.
Every Muslim commander wanted to be the conqueror praised in the narration in which the Prophet (ص)  said: "You will conquer Constantinople. Its commander is the best and its army (that will conquer it) is the best."
Who was then the person about whom the Prophet (ص)  gave glad tidings? It was Muhammad Al-Faatih رحمه الله  son of the Ottoman Sultan Murad II.
Muhammad Al-Faatih as a child and his excellent preparation:
Muhammad Al-Fatih was born on 27th  Rajab, 835 A.H.,  30th  March, 1432. He was brought up under the supervision of his father, Sultan Murad II, the seventh Ottoman Sultan. His father prepared and trained him to shoulder the responsibilities of the position of a Sultan. Muhammad Al-Fatih memorized all the Quran, learnt the Prophetic narrations, Islamic jurisprudence, mathematics, astronomy and the skills required for war.
He also learnt Arabic, Persian, Latin and Greek languages. He joined his father in his battles and conquests.
His father appointed him as a ruler of a small emirate so that he could receive practical training on administering state affairs under the supervision of some of the top scholars of that time. This matter influenced the character of the young prince and tinted his personality with Islamic morals and manners.
Shaykh Aaq Shamsd-Deen, one of the scholars who supervised the upbringing and education of Muhammad Al-Faatih, managed to inculcate in his heart the spirit of Jihaad and the desire to be a person with high ambition.
The Shaykh also told Muhammad Al-Faatih that he may be the one referred to in the Prophetic narration mentioned above. All this shaped the character of Muhammad Al-Faatih. He was devoted to Jihaad, highly ambitious, widely cultured, and had deep knowledge of the skills of war and combat.
Taking power and his efforts to achieve the glad tiding:
After the death of his father, Sultan Murad II on 5th Muharram, 852 A.H., 7th February, 1451 A.C., Muhammad Al-Faatih took over and became the Sultan of the Ottoman Empire. He was a strong young man, only twenty years old, very enthusiastic and ambitious. He was thinking of the conquest of Constantinople, the capital of the Byzantine Empire. This dream overwhelmed him to the extent that he would not talk about any subject except for the conquest of Constantinople. He would not even allow anyone who was sitting with him to talk, except about the expected conquest.
The first step in achieving his dream was to take control of the Straitof Bosporus so that he could prevent any support or supplies that might come to Constantinople from Europe. So he built a huge castle on the European seashore of the Strait of Bosporus. Along with top senior officials, he personally participated in building the castle. It took three months to build this castle that came to be known as the Roman Castle. On the other bank of the Strait of Bosporus, there was the Castle of Anatolia. It then became impossible for any ship to cross unless it obtained permission from the Ottoman forces.
At that time, a talented engineer managed to make a number of cannons for the Sultan, Muhammad Al-Faatih. One of these cannons, never known before that time, was 700 tons and its projectile weighed 1,500 kilograms.
The sound of its shell could be heard from a long distance away. It was pulled by one hundred oxen aided by one hundred strong men. This giant cannon was called the Sultanic Cannon.
The conquest of Constantinople and the realization of the glad tidings:
After completing his preparations, Sultan Muhammad Al-Faatihmarched to Constantinople with an army of two hundred and sixty-five thousand fighters. This army had infantry forces as well as horsemen. Huge cannons supported this army. The army besieged Constantinopleand the Ottoman cannons started to fire their missiles at the fortified walls of the city day and night. From time to time, the Sultan surprised the enemy with a new war plan until the city defenders lost control and their forces gave up.
At dawn of Tuesday, 20th Jumaadaa Al-Awwal, 827 A.H.,  29th May, 1453 A.C., the Ottoman forces managed to penetrate the walls and drive away the defenders who fled. The people of Constantinople were taken by surprise when they saw the Ottoman flags waving on their walls and the soldiers flooding into the city.
After the Ottoman forces conquered the city, Sultan Muhammad arrived on his horse in a great procession that included his ministers and army commanders. Ever since that time, the Sultan was known as Muhammad Al-Faatih (the Conqueror). The soldiers were shouting:
Mash-Allaah! Mash-Allaah! Long live our Sultan! Long live our Sultan!
The Sultan's procession marched until it reached Hagia Sophia church where the people of the city had gathered. When they knew that the Sultan had arrived, they bowed and prostrated and they were all weeping and crying because they did not know their fate; what Sultan Muhammad Al-Faatih would do to them.
When the Sultan arrived, he dismounted from his horse and prayed two Rak`ahs thanking Allaah Who had blessed him with this conquest. Then the Sultan addressed the people of the city who were still bowing and prostrating in tears:
Stand up! I am Sultan Muhammad and I would like to tell you, your brothers, and all the people present that your lives and freedoms are protected.
The Sultan ordered that the church be turned into a mosque and for the first time, the call for prayer was heard from this place. Until now, this mosque is still known as the Mosque of Hagia Sophia. He also decided to take Constantinople as a capital of his country. It was called Islambul, meaning the House of Islam. Later on the word was viciously twisted to become Istanbul.
The Sultan was very tolerant and merciful with the people of the city, and acted according to the teachings of Islam. He commanded his soldiers to treat their prisoners of war in a good manner. The Sultan himself paid the ransoms for a large number of prisoners of war from his own money. He also allowed those who left the city when it was under siege to return home.
The aftermath of the conquest of Constantinople:
Muhammad Al-Fatih attained this victory when he was twenty three years old. This indicated his early military genius. He also deserved the glad tidings of the Prophet (ص)  who foretold that a good person would conquer that city.
Later on, Muhammad Al-Faatih headed to complete his conquests in the Balkan. He managed to conquer Serbia, Greece, Romania,Albania and Bosnia Herzegovina. He also looked forward to conquering Rome so that he would have another source of pride in addition to the conquest of Constantinople.
In order to achieve this great hope, he needed to conquer Italy. He prepared a tremendous fleet for this mission. He managed to land his forces and a large number of cannons near the Italian city Otarant. Consequently he managed to capture its castle in Jumaadaa Al-Awwal 885 A.H., July 1480 A.C.
Muhammad Al-Fatih decided to take Otarant as a base for his northern military operations until he could reach Rome. The European world was terrified because of this attempt and they expected the fall of the historical city, Rome, into the hands of Muhammad Al-Fatih. However, he died suddenly (on  4th  Rabee' Al-Awwal, 886 A.H.,  3rd  May, 1481 A.C.) while he was preparing to realize this dream. AllEurope was very happy when they knew about his death. The Pope of Rome ordered that thankfulness prayer be held in churches as a means of expressing joy and happiness over the news.
Muhammad Al-Fatih  as a statesman and a sponsor of civilization
During the reign of Muhammad Al-Faatih and because of his wise leadership and well-planned policy, the Ottoman State reached boundaries that it had never done before.
All these conquests were not the only achievements of Muhammad Al-Faatih may Allaah have mercy on him. Through the help of some of his loyal men, he managed to establish a constitution based on the Book of Allaah and the Sunnah of His Prophet (ص)  and the Ottoman state adhered to this constitution for about four centuries.
Although he was very busy, he managed to establish more than 300 mosques, 192 of which were in Istanbul alone. He also built 57 schools. Among his most famous architectural monuments are the Mosque of Sultan Muhammad, the Mosque of Abu Ayyoob Al-Ansaari, and Sarai Tub-Qabu Palace.
Muhammad Al-Faatih was known for his love for literature. He was a good poet and a regular reader. He liked the company of scholars and poets and made some of them ministers. Whenever he heard about a great scholar in any field, he would help and support him or ask him to come to Istanbul in order to benefit of his knowledge.
The character of Muhammad Al-Faatih:
Muhammad Al-Faatih was a committed Muslim who abode by the rulings of Islamic jurisprudence. Because of the way he was brought up, he was a pious man. As for his military conduct, it was very civilized and it was unfamiliar to Europe in its Medieval Ages.
Owing to his ambition fostered by his teachers who always encouraged him to be the conqueror of Constantinople, he managed to make the greatest of his achievements by conquering this city.
Muhammad Al-Faatih managed to realize his dreams through hard, continuous work, and well-organized planning. For example, before besieging Constantinople, he prepared for the war by making cannons, preparing his fleet, and making use of all the factors that might render him victorious.
Through high ambition, determination, and the effort to achieve his goals, he managed to materialize his dream, make his hope an existing reality which made him one of the great Muslim heroes and conquerors.


credit to :http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?id=136061&page=articles

Jumaat, 16 Mac 2012

Menifestasi Cinta

Anjuran bersama Pej. Pembangunan Wanita N.S dan USIM yang dirasmikan Y.Bhg. Puan Wan Hasmah Bt Wan Mohd,Ketua Pengarah JPW sangat meninggalkan kesan pd penulis dan sahabat yg lain.Seminar yg byk memberi pendedahan ttg wanita berjalan lancar walaupun pd ketika itu byk prog. lain dijalankan di luar.Bak kata kawan penulis dlm lamam muka buku:


- amacam best x menifestasi cinta.."Jangan biarkan diri terjebak dgn KELDAI DADAH!!!'ha3-


 ·  · 5 hours ago near Petaling Jaya
    • haha..best2..1st kot g sminar n dga ceramah yg xngantox..haha
      3 hours ago ·  ·  1

Ceramah 1 ttg Wanita dan Keldai Dadah..Atr yg terlibat adalah golongan pelajar ,profesional, berpendapatan rendah,dan lemah yg dijanjikan pendapatan atau habuan lumayan..Yg musykilnya golongan bijak pandai terlebih bijak memilih mnjadi keldai..Rata-rata kes yg disebut kebanyakannya mereka tahu apa yg harus dibawa dan kemana..Tak kurang juga yg menjadi mangsa dihamparkan pekerjaan dan gaji lumayan ..Ada juga yg ditawarkan melancong ke luar negara..Bak kata penceramah benda apa yg free kt dunia ni..even MLM pun kna usaha cari pelanggan,,Jadi tolonglah SESAL DAHULU sebelum SESAL kemudian...yg tu sebenarnya jarang kita buat..sesal dahulu??selalunya bertindak barulah nk fikir betul ka tak!!!jd penulis dpt satu benda baru kat situ..dan ingin dikongsikan dgn sahabat semua...Perhatikan dan nasihat kan keluarga ,saudara-mara,sahabat,dan sesiapa shj..INGATKAN mereka ttg manusia lain yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain...LAMAN MUKA BUKU juga tempat popular  untuk mencari MANGSA!!"Jadi pakat-pakat tutup Fb la lepas ni"..Bagi penulis ada pro and cons..Mcm mana anda menggunakannya..menyelitkan medan dakwah atau sebaliknya.Usah telalu percaya CINTA MUKA BUKU..Kalau dulu kita takut bila tengok lelaki kulit hitam kerana banyak dikaitkan dgn DADAH tapi sekarang sesiapa pun boleh jadi duri dlm daging..Antara kisah pilu atau kes yg diceritakan mengenai seorang pelajar IPT yg dijanjikan pekerjaan oleh sahabat baiknya sendiri yang dianggap bagai kakaknya akhirnya ditangkap di airpot..Niat membantu ibunya yang merupakan ibu tunggal akhirnya bertukar sebaliknya...Mujurlah dia dilepaskan selepas dipenjara sebentar dan didapati tidak bersalah kerana mjdi mangsa..LIHAT!! Ada juga yg KELDAI DADAH DIKAMBINGHITAMKAN...Bagaimana?Dikambinghitamkan untuk mengaburi mata penguatkuasa apabila sibuk menangkap dia dan  sebenarnya ada lagi KELDAI yg membawa barang yg lebih besar kuantitinya.Janji, ancaman,ugutan yg mnjadikan seseorang itu rela atau terpaksa... Semoga ALLAH menjauhi kita semua dari segala sesuatu yg buruk...Amin.

Ceramah 2 pula ttg Wanita dan gangguan seksual...Gangguan??Yg dapat penulis simpulkan ialah segala bentuk tingkah laku yang berunsurkan seksual yg tidak diingini samada melalui percakapan,isyarat tubuh badan,visual,psikologi,fizikal dan memberi kesan sebagai gangguan..Atau dgn kata lainnya TIDAK MENYENANGKAN!!Kesan gangguan ini amat buruk kepada individu,pelaku dan majikan..Individu pastilah maruah tercemar, tekanan emosi murung,dan sebagainya.Pelaku pula akan dianggap sebagai simbol seks,maruah tercemar,dipinggirkan,dibuang kerja.Majikan pula produktiviti terjejas,kadar cuti meningkat,persekitaran tidak selesa dan sebagainya.Mangsa pula boleh jadi wanita,lelaki,orang bawahan,rakan sebaya,seperti yg digambarkan penceramah dlm slidenya :
Lelaki-wanita
Wanita-lelaki
Lelaki-lelaki
Peempuan-perempuan
Jadi jika anda terganggu laporkan dan berani berkata NO!!

**kedua-dua ceramah disampaikan oleh Puan Norita Bt Hj. Azmi...terima kasih kerana berjaya menyampaikan dengan sgt berkesan dan membuka mata kami..thanks JPW dan USIM..
*Byk Akta yg melindungi kaum Hawa terutamanya..Antara usaha kerajaan adalah talian NUR 15999....

Khamis, 14 April 2011

Team Group


Assalamualaikum w.b.t…
Pernahkah  anda mengalami situasi ini…
Situasi ini berlaku di sekeliling kita samada kita sedar atau tidak, terutama bagi yg bergelar ‘student’..
 Apakah yg akn anda lakukan bila berhadapan situasi sebegini….Apakah reaksi yg anda lakukan?? 1-Melenting  2- marah   3- meluat   4- benci    5- simpan sahaja di hati…atau    6-Lantaklah nk buat apapun… moga satu hari dia sedar…
Cuba fikirkan apa yg anda lakukan terhadap situasi berikut :
Situasi 1
Kumpulan anda diberi satu tugasan BERKUMPULAN..bkn  invidual….Tapi apakah reaksi anda bila ahli kumpulan anda tidak memberi kejasama?? atau tidak ambil peduli langsung tugasan yg diberi…cuba bayangkan bila hanya  segelintir memberi komitmen…Sedangkan yg lain membisu seribu bahasa,,,membatu,,, atau tidak  ambil  peduli langsung…Kalau ada masyaqqah(kesusahan) tu lain cerita tapi yg tidak beri  respons langsung ni bagaimana plak ceritanya??Apabila sampai wktu  ‘dateline’  mulalah bertanya  dah hantar ka blum?..Apa perasaan anda jika anda ditempat org yg ditanya??Bukankah kerja berkumpulan tetapi seperti kerja individu…At least…be professional walaupun terdapat krisis atau salah faham dlm kumpulan…itu semua resam adat berkumpulan kerana semua org mempunyai cita rasa dan pendapat yg berbeza..Bukankah itu yg sepatutnya berlaku..??team work bak kata wonderpet??Apa yg penting KERJASAMA…
Renungkan..

Situasi 2
Diberi tugasan…Kemudian anda dan  kumpulan anda bertungkus lumus menyiapkan …tak kiralah apa  pun yg berlaku…BADAI , TAUFAN MAHUPUN BANJIR melanda…Kemudian kumpulan anda pun menghantar tugasan itu…Persoalan di sini, apa yg anda lakukan bila tiba-tiba ada individu yg mengambil kesempatan…meniru mungkin atau pun mengambil balik tugasan itu  dan MENCETAK ROMPAK (maaf kasar bahasa disini) dengan menulis tambahan darinya atau dengan sewenangnya mengaku terlibat dlm tugasan yg diberi??Bayangkan kumpulan anda menghadapi bermacam dugaan malah pernah di ‘reject’ tugasan tapi tanpa pengetahuan anda dan ahli kumpulan anda yg lain individu tersebut mengambil kesempatan…Paling tak berperikemanusiaan bila bertindak sendiri dan mendiamkan diri sehingga ____....Apa yg akn anda lakukan?? Apa perasaan anda bilamana mendapat tahu tindakan sebegini dr insan lain??bukan dari individu tersebut…
TINDAKAN:
1)@@Berjumpa pihak atasan memberitahu perkara sebenar??
2) @@Mendiamkan diri dan melihat langkah individu tersebut..adakah maaf dipohon..atau pengakuan diberi..
3)@@ Biarkan sahaja ia..Kelak nanti di suatu masa, saat dan ketika semua akan terbentang..setiap perbuatan akan diketahui…
Konklusi :-
Situasi yg amat menyedihkan jika ia berlaku…

***Tidak ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg telah pergi… Maaf andai mengguris perasaan sesiapa…Cuma sekadar coret2 dan peringatan kepada yg lupa..Wassalam..