Khamis, 26 Disember 2013

JANJI

Langit tidak selalunya cerah..Ada mendung, panas dan hujan..
Begitu juga manusia..Ada duka, sedih, geram, marah, suka dan gembira. Perasaan yang dikurniakan ALLAH sangat bermakna dalam melalui liku-liku kehidupan.
Kadangkala dalam melalui kehidupan kita pasti tidak dapat lari dari menabur janji. Apa itu janji?
Sesuatu yg kita akan penuhi walau apa pun terjadi. Tambahan pula jika menggunakan kalimah INSYALLAH. Bak kata pensyarah ust hadis di Unisza dulu,
99% janji yang kamu buat dengan kalimah INSYALLAH perlu kamu penuhi .1% apabila kamu cuba lakukan tetapi ALLAH tidak mengizinkan. Contohnya, kemalangan atau kematian..
Maka itu, berhati-hati dalam berjanji. Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yg menentukan. DIA sebaik-baik perancang. Ya, benar.
Namun, segala janji ditabur perlu diusahakan untuk ditepati. Seandainya kita tidak mampu maka berikan alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya dapat menerangkan segala kesulitan kita.
Patutkah kita beri alasan?
Ya, agar yang dijanji tidak menuntut. Paling penting ia mampu mengelakkan syak dan pandangan negatif. Bukan susah memberi alasan. Asalkan alasan dan sebab itu logik dan diterima akal.
Firman Allah dalam surah al-Maidah, (ayat 1) bermaksud;
 "Wahai mereka yang beriman, sempurnakan janji-janjimu….”
Agar kita tidak tergolong dalam golongan munafik dan digelar penipu. Ayuh…Pelihara janji kalian. Kita pasti tidak mahu diberi digelar penipu bukan? 
Sekali kita berbuat jahat, segala yg baik dilupakan manusia. Begitu juga janji…
Sekali kita tidak menepati janji..
Seribu kali org tidak akn mempercayai kita... 
So, solution- Give a reason!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie