Sabtu, 30 November 2013

Bengkel Penulisan Kreatif Islamik 2013

Perkongsian idea, maklumat dan pengalaman hidup menjadi tarikan utama bengkel kali ini. Dua sesi pada hujung minggu 23 dan 24 Nov. 2013 memberi makna dan pencerahan mendalam kepada para peserta luar dan pelajar USIM sendiri. Terima kasih SKIL USIM yang menganjurkan program sebegini.
Sesi pertama 23 Nov 2013 diadakan di bilik seminar perpustakaan sangat kondusif untuk mempelajari ilmu bersama penulis terkenal Puan Nisah Haron. Penulis yang pernah berkhidmat sebagai peguam ini terus melebarkan sayap dalam bidang penulisan. Banyak artikel mahupun cepennya tersiar di dada akhbar. Antara novelnya ialah Mencari Locus Standi, Lentera Mustika dan lain-lain. Bengkel pertama dari pagi hingga petang  ini menyuntik semangat peserta untuk terus berkarya dalam bidang penulisan. Pelbagai maklumat,cabaran dan pengalaman sepanjang terlibat dalam dunia penulisan dikongsi bersama para peserta. 
Menariknya lagi, kata-kata beliau yg menusuk kalbu adalah berdakwahlah melalui penulisan. Kita boleh menzahirkan perasaan atau ketidakpuasan hati dan menzahirkan pendapat terhadap  sesuatu perkara melalui gaya penulisan. Lebih menarik lagi jika kita mengaplikasikan setiap ilmu dipelajari samada lughah, syariah dan sebagainya ke dalam manuskrip atau cerpen kita.
bergambar kenangan sebelum pulang ke KKDJ
 Kembara Sastera dan Lentera Mustika. Kami siap dapat autograph lagi^^
Sesi kedua pada ahad 24 Nov 2013. Bengkel bersama Puan Mahaya Mohd. Yassin lebih menekankan ilmu puisi. Munsyi Dewan, Pengerusi PEN dan penulis sepenuh masa ini mengajak para peserta berfikir dan menghayati ilmu yang ingin disampaikan. Segala nasihat dan tunjuk ajar beliau sangat berharga buat kami. Bayangkan pertama kali bengkel bermula kami diajukan dengan kesalahan ejaan. Yang mulanya sebutan itu nampak mudah tetapi apabila dieja penuh dengan kesalahan. Sungguh sesuatu yang remeh jika tidak diperbetulkan tabiatnya pasti akan menimbulkan sesuatu  yang payah dan menjadi masalah besar. Ironinya, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Complicated? Tapi mudah difahami jika dihayati…
Puan Mahaya mendeklamasikan puisi
Bergambar beramai-ramai dengan Munsyi Bahasa ^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie