Ahad, 17 November 2013

2013

2013 menjanjikan sesuatu yang menarik sebagai kenangan untuk disimpan. Memori bersama rakan-rakan dan pensyarah tersemat di hati.
Tak sabaq nak balik kampung cuti semester ni?Berkampung pula bersama keluarga. Mencari dan mencuba menu masakan baru.Nasib la..asal cuti ja, ahli keluarga lain sibuk bekerja dan belajar. Maka sakanlah penulis mencuba menu-menu baru untuk disaji kepada mereka.
Sebelum 2013 menutup tirai ada satu nombor yang menarik pada tahun ni. 11.12.13! 11 hb Disember 2013. Tarikh ni lebih bermakna dan cantik  jikalau kita berjaya khatamkan al-quran (pinjam kata sahabat). Apapun 17 Nov mempunyai sejarah tersendiri.
Terima kasih keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang mengucapkan ucapan ulang tahun hari lahir samada di laman sosial, mesej mahupun lisan. 
Sungguh.. semakin meningkatnya usia semakin dekat aku sebenarnya kepada PENCIPTA..
Berfikir dan merenung sendirian, apakah cukup bekalan amalan untuk menuju persinggahan yang abadi.. 
Mati itu pasti.. Tidak mengenal usia muda atau tua..ALLAHx3! Semoga kita semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat.. AMIN.

Terima kasih sahabat dan rakan-rakan yang meraikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie