Isnin, 7 April 2014

Semester baru vs lappy rosak

Permulaan semester baru. Blog semakin bersawang. Cuti pertengahan semester penulis merajinkan jari menaip demi mengaktifkan kembali blog ini. Semester ini pelbagai rancangan dirancang termasuk Lawatan Antarabangsa ke Pulau Krabi, Thailand akan dilaksanakan sebaik sahaja habis cuti ini. Projek ilmiah juga bermula dengan penulisan proposal dan persedian semester depan.  Yang paling menyedihkan, tidak dapat mengupdate apabila lappy buat hal. Sebaik ditahan di icu dan ditukar hardisk akhirnya kembali sihat semula. Alhamdulillah..Terasa patah sebelah sayap apabila lappy rosak. Semua kerja tergendala dan perpustakaan teman sejati.hoho

Maaf kepada yang mengikuti blog ini kerana penulis tidak sempat berkongsi cerita. Permulaan semester agak mencabar apabila dipilih sebagai sub-editor Usim Today. Jika sebelum ini merasai pengalaman sebagai reporter, kali ini dapat merasai jerih payah mengedit hasil kerja orang yakni kawan-kawan yang kemudian dikritik dengan kritikan membina oleh pensyarah. Apapun, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semester ini juga kami diberi tugasan untuk berfikir, menulis dan terus menulis dua artikel yang perlu dipublish dalam akhbar nasional negara kita. Mampukah? Masa akan menjawab segala persoalan. Dengan izin Allah, Insyallah dipermudahkan urusan.
credit to pokcik google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie