Jumaat, 16 September 2016

Al-fatihah



Perginya ulama yang banyak menabur bakti..Sebut sahaja nama Tuan Guru Harun Din pasti dikenali teman dan lawan..Jasa, khidmat dan bakti terhadap agama dan masyarakat amat banyak baik dalam bidang penulisan mahupun arena dakwah. Sinonimnya kita akan menghargai seseorang apabila ia tiada di depan mata...Hal ini menjentik hati penulis apabila mengingatkan betapa banyak yg beliau wakafkan demi melihat kelangsungan dakwah Islam itu sendiri..Lihat sahaja masjid dan tanah di tempat kelahiran penulis...Pasti setiap kali melaluinya, penulis akn terfikir betapa hebatnya beliau mengorbankan harta demi Islam. Masjid yg tersergam indah yang sememangnya telah membuat jemaah selesa dan tersenyum...AllahuAkbar..Sungguh berbahagia dan damailah ustaz disana...Kami yg kerdil pasti akan menyusul kerana mati itu pasti! Terima kasih untuk segalanya! Semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang yang soleh..Amin..



P/h: Selamat Hari Malaysia. 16 September- paginya bumi tempat mencari rezeki dilimpahi hujan lebat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie