Jumaat, 2 Januari 2015

Iktibar 2014

Tahun 2014. Tahun penuh mencabar bagi negara kita Malaysia.
Banyak peristiwa manis, pahit dan mengayat hati berlaku.
Antaranya Feb - Apr 2014
Catuan air di beberapa kawasan…
Alhamdulillah penulis tidak terkena tempiasnya. Walaubagaimanapun ada beberapa keluarga rakan yang dihadkan air. Mereka menahan air di waktu lewat malam untuk kegunaan harian.
Kemudiannya jerebu yang menyukarkan pandangan mata dan menyesakkan pernafasan kita. Paling diingati apabila pertama kali sepanjang bergelar pelajar ipt terpaksa menempuhi peperiksaan akhir semester dengan suasana jerebu di dewan. Ada yang menutup hidung dengan tuala masing-masing dan ada pula hanya menutup dengan lengan baju. Suasana yang agak luar biasa namun peperiksaan diteruskan mungkin kerana paras indeks jerebu tidak bahaya. Apatah lagi semua pelajar tidak sabar pulang ke teratak asal masing-masing.
Peristiwa dan tragedi besar menginsafkan mata hati yang buta....
Mac 2014
Sehingga kini tidak dapat dirungkai misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Walau pelbagai teori dan konspirasi dikemukakan samada di media massa dan cetak oleh pakar-pakar yang sebelum ini penulis tak pernah tahu (sebab penulis bukan pelajar bidang aeroangkasa). Sedikit sebanyak kita dapat mempelajari mengenai pesawat dan juga latar belakang hidup manusia di sekeliling kita. Bagaimana keluarga mangsa mengatasi kesedihan dan menerima berita yang menyedihkan memberi banyak pengajaran buat semua.
Julai 2014
Penulis masih ingat lagi selepas bersahur bersama keluarga. Ayah bercerita tentang pesawat yang tidak diketahui telah ditembak jatuh. Kata mak lagi lewat malam beritanya...Dalam hati jangan ada lagi dari Malaysia. Kemudian satu demi satu conference yang memberi maklumat tentang kejadian tersebut. MH17…
Kapal terbang MAS menjadi korban pihak yang bertelagah antara dua negara. Media massa dan cetak sibuk mencari siapa keluarga mangsa yang terlibat. Sehinggakan pernah penulis melihat ada keluarga yang digangu waktu istirehat di malam hari semata-mata ingin mendapatkan berita panas. Bayangkan keluarga yang ingin menenangkan diri dikejutkan dengan sekumpulan wartawan di depan pintu dan pagar rumah.
Benar… kerja dan tugasan seorang wartawan atau reporter perlu mencari berita yang ingin diketahui orang ramai.. Mereka perlu mengikut deadline diberi editor…Namun bagi penulis perikemanusiaan perlu juga dilihat. Apa salahnya jika tunggu hari siang dahulu. Maaf andai tersalah ayat dan kata. Apapun terima kasih wartawan tanpa anda kami tidak mungkin dapat mengetahui kisah dan cerita disebalik tragedi ini.
Tidak lama selepas itu, soalan UPSR bocor angkara hilangnya sifat amanah orang dewasa yang boleh dipanggil bapa. Akibatnya anak-anak menjadi mangsa.
Disember 2014...
Banjir besar di pantai Timur. Gambar dan status meruntun hati penulis. Sehinggakan kutipan derma dibuat oleh rakan-rakan sepantas boleh buat membantu mereka yang menjadi mangsa. Negeri kelahiran, Perlis juga turut terkena di beberapa kawasan seperti Beseri. Bumi seakan menangisi alam yang semakin tandus. Pokok-pokok yang ditebang. Tanah yang diratakan. Laut yang ditambak.
Belum surut banjir, kita dikejutkan pula dengan insiden yang tidak disangka. Pesawat Air Asia QZ8501 yang hilang daripada radar dan terhempas menutup tirai tahun 2014.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah lebih hebat.
Pelbagai pengajaran dan hikmah diperoleh. Kita bersatu tanpa mengira kaum, fahaman politik dan juga warna rupa.
Kami redha...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...
Buat keluarga mangsa MH370, MH17 dan QZ8501…
Salam takziah…Semoga kalian tetap tabah…
2015...
Semoga menjadi tahun yang akan memadam luka-luka 2014. Semoga kita bersatu dan terus mengasihi saudara kita. Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...
# Pray for Gaza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie