Jumaat, 5 Oktober 2012

Jangan biarkan sesaat itu pergi begitu sahaja


Sesaat berlalu begitu sahaja…
Jangan biarkan sesaat itu pergi begitu sahaja…
kerana DERHAKA ada dalam diri setiap kita~
Lebih kurang mcm tu lah yang ditulis dlm petikan drama 7 Ramadan akhir. Walaupun tak sempat tonton full last episode tapi sempat gak tengok perkataan ini. Maksud yang mendalam.Kerana benar dalam setiap saat,minit atau jam samada melalui lisan atau perkataan yang keluar dari mulut kita,atau hati dan fikiran yang terlintas. Rasa tak puas hati, rasa tersinggung,rasa marah dan macam2 rasa lagi. Walaupun tidak terzahir melalui mulut mahupun perbuatan tapi hati kita bagaimana? Doa ibu bapa diperlukan dalam diri setiap insan bernama anak. Kerana apa?? Kerana dengan doa ibu itu adalah antara doa yang mustajab. Dengan doa mereka kita memacu hidup yang lebih harmoni, aman dan berjaya. Masih ingatkah kalian akan cerita dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.

Sedih melihat ibu bapa yang diabaikan. Dalam zaman serba maju,pendidikan tertinggi diberikan,masih ada anak2 yang mengabaikan ibu bapa mereka.Walau sejahat mana pun mereka, anak2 wajib mentaati mereka selepas Allah dan Rasul. Syurga anak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa DERHAKA terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)

p/s: ayuh!!Hargailah, bahagiakanlah, dan sentiasalah mendoakan mereka dalam setiap doa kitaJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie