Jumaat, 16 Mac 2012

Menifestasi Cinta

Anjuran bersama Pej. Pembangunan Wanita N.S dan USIM yang dirasmikan Y.Bhg. Puan Wan Hasmah Bt Wan Mohd,Ketua Pengarah JPW sangat meninggalkan kesan pd penulis dan sahabat yg lain.Seminar yg byk memberi pendedahan ttg wanita berjalan lancar walaupun pd ketika itu byk prog. lain dijalankan di luar.Bak kata kawan penulis dlm lamam muka buku:


- amacam best x menifestasi cinta.."Jangan biarkan diri terjebak dgn KELDAI DADAH!!!'ha3-


 ·  · 5 hours ago near Petaling Jaya
    • haha..best2..1st kot g sminar n dga ceramah yg xngantox..haha
      3 hours ago ·  ·  1

Ceramah 1 ttg Wanita dan Keldai Dadah..Atr yg terlibat adalah golongan pelajar ,profesional, berpendapatan rendah,dan lemah yg dijanjikan pendapatan atau habuan lumayan..Yg musykilnya golongan bijak pandai terlebih bijak memilih mnjadi keldai..Rata-rata kes yg disebut kebanyakannya mereka tahu apa yg harus dibawa dan kemana..Tak kurang juga yg menjadi mangsa dihamparkan pekerjaan dan gaji lumayan ..Ada juga yg ditawarkan melancong ke luar negara..Bak kata penceramah benda apa yg free kt dunia ni..even MLM pun kna usaha cari pelanggan,,Jadi tolonglah SESAL DAHULU sebelum SESAL kemudian...yg tu sebenarnya jarang kita buat..sesal dahulu??selalunya bertindak barulah nk fikir betul ka tak!!!jd penulis dpt satu benda baru kat situ..dan ingin dikongsikan dgn sahabat semua...Perhatikan dan nasihat kan keluarga ,saudara-mara,sahabat,dan sesiapa shj..INGATKAN mereka ttg manusia lain yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan org lain...LAMAN MUKA BUKU juga tempat popular  untuk mencari MANGSA!!"Jadi pakat-pakat tutup Fb la lepas ni"..Bagi penulis ada pro and cons..Mcm mana anda menggunakannya..menyelitkan medan dakwah atau sebaliknya.Usah telalu percaya CINTA MUKA BUKU..Kalau dulu kita takut bila tengok lelaki kulit hitam kerana banyak dikaitkan dgn DADAH tapi sekarang sesiapa pun boleh jadi duri dlm daging..Antara kisah pilu atau kes yg diceritakan mengenai seorang pelajar IPT yg dijanjikan pekerjaan oleh sahabat baiknya sendiri yang dianggap bagai kakaknya akhirnya ditangkap di airpot..Niat membantu ibunya yang merupakan ibu tunggal akhirnya bertukar sebaliknya...Mujurlah dia dilepaskan selepas dipenjara sebentar dan didapati tidak bersalah kerana mjdi mangsa..LIHAT!! Ada juga yg KELDAI DADAH DIKAMBINGHITAMKAN...Bagaimana?Dikambinghitamkan untuk mengaburi mata penguatkuasa apabila sibuk menangkap dia dan  sebenarnya ada lagi KELDAI yg membawa barang yg lebih besar kuantitinya.Janji, ancaman,ugutan yg mnjadikan seseorang itu rela atau terpaksa... Semoga ALLAH menjauhi kita semua dari segala sesuatu yg buruk...Amin.

Ceramah 2 pula ttg Wanita dan gangguan seksual...Gangguan??Yg dapat penulis simpulkan ialah segala bentuk tingkah laku yang berunsurkan seksual yg tidak diingini samada melalui percakapan,isyarat tubuh badan,visual,psikologi,fizikal dan memberi kesan sebagai gangguan..Atau dgn kata lainnya TIDAK MENYENANGKAN!!Kesan gangguan ini amat buruk kepada individu,pelaku dan majikan..Individu pastilah maruah tercemar, tekanan emosi murung,dan sebagainya.Pelaku pula akan dianggap sebagai simbol seks,maruah tercemar,dipinggirkan,dibuang kerja.Majikan pula produktiviti terjejas,kadar cuti meningkat,persekitaran tidak selesa dan sebagainya.Mangsa pula boleh jadi wanita,lelaki,orang bawahan,rakan sebaya,seperti yg digambarkan penceramah dlm slidenya :
Lelaki-wanita
Wanita-lelaki
Lelaki-lelaki
Peempuan-perempuan
Jadi jika anda terganggu laporkan dan berani berkata NO!!

**kedua-dua ceramah disampaikan oleh Puan Norita Bt Hj. Azmi...terima kasih kerana berjaya menyampaikan dengan sgt berkesan dan membuka mata kami..thanks JPW dan USIM..
*Byk Akta yg melindungi kaum Hawa terutamanya..Antara usaha kerajaan adalah talian NUR 15999....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie