Selasa, 21 Februari 2012

Memori Perlis

Sabda rasulullah s.a.w maksudnya, “Ada empat pekara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,maka dia mempunyai satu daripada empat perkara itu,maka dia mempunyai satu daripada sifat munafik,hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai dia khianat,apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran(menegakkan benang basah)."        - Riwayat Ahmad-

Janji..ya...memang mudah dilafazkan tapi kdg2 susah ditunaikan...Oleh itu janji penulis kpd sahabat2 yakni post peristiwa cuti aritu..maaf lmbt...almaklumlah balik cuti terus ke kem Ulu Bendul..

Apapun setinggi penghargaan buat seorang sahabat penulis ini yang sanggup menziarahi teratak kesayangan penulis nun jauh di utara tanah air.

Sebenarnya penulis tak menjangka pun sahabat ini 'Ummi' serius nk ikut.Mana taknya tiket pun beli last2 minute kirimkn..Alhmdullilah sampai jgk akhirnya ke PERLIS.Perlis negeri terkecil yg berhmpiran dgn sempadan Siam a.k.a THAILAND.Lebih kurang 8jam jgk la nk sampai dr Nilai ke Perlis kalau menaiki bas.Pukul 9mlm naik bas pukul 6 pagi bru smpai.Penulis tak menjangka dia akn ikut sebabnya sahabat penulis ini tak pernah berjalan jauh katanya..Apapun credit buat sahabat sebab berjaya akhirnya sampai ke Perlis! 14hb Januari sampailah 20 hb dia berkampung di Perlis.Cayalah!

Sebenarnya penulis pun pening kepala jgk nk bwk dia p mana ja ni...Perlis selalu port persinggahan ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis.Tapi ada jgk tempat menarik...Antaranya Kuala Perlis, Pdg Besar,Ladang burung unta,Muzium kota kayang,Gua Kelam, Bkit Ayer, dan mcm 2 lagi.

Tapi dlm kesibukan waktu ad lagi tempat x sempat berkunjung,,,maaf lah...len kali boleh dtg lg ngn family ye..Sedikit point tempat2 menarik yg boleh kalian kenali..

Wang Kelian : tempat shopping jgk...tp yg menariknya kalian akn menjejakkan kaki ke sempadan..ha..tak tipu punya..Thailand..tapi tempat membeli-belah je lah..jgn harap la nk masuk ke dlm kalau x de apa2..silap2 ke dalam jwbnya..Wang Kelian State Park, merupakan syurga bagi pencinta alam dan penggemar eko-pelancongan. Berdekatan dengan sempadan Thai, terdapat 1,000 ha kawasan dalam Hutan Simpan Mata Ayer yang merupakan harta biodiversiti yang tidak ternilai. Hutan batu kapurnya juga kaya dengan fauna, termasuk pelbagai jenis burung, mamalia dan reptilia. Bagi penggemar jungle tracking, pengembaraannya bermula dari kawasan perkhemahan hingga ke Gua Wang Burma.

Tasik Melati: Tasik Melati merupakan sebuah tasik yang kecil tetapi sungguh permai. Ia bertempat di kawasan paya tanah rendah dan lokasinya lebih kurang 8 km timur dari Kangar. Tasik Melati ialah sebuah tasik yang cetek. Lebih daripada 150 tebing pulau dapat dilihat dari Tasik Melati. Sampan disediakan bagi pengunjung yang ingin mendayung sambil menikmati pemandangan.

Hutan Lipur Bukit Ayer : Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panaroma hutan tropika yang kaya dengan flora serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.


Taman Rekreasi Gua Kelam : Gua Kelam, merujuk kepada 370 meter panjang gua batu kapur yang terletak bandar kecil Kaki bukit. Memasuki Gua Kelam perlu melalui jambatan gantung. Perjalanan sepanjang melalui jambatan tersebut merupakan suatu pengalaman yang unik dan menyeronokkan, juga memberikan suatu pengalaman mencabar dan membuat pengunjung teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gua Kelam. Sungai bawah tanah mengalir di kaki gua batu kapur tersebut sepanjang 1/3 panjang. Bayaran masuk dikenakan untuk kanak2 dan dewasa.

Taman Ular : Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

Taman Herba : Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan sebuah "muzium" tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri ini.Koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 1000 spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang. Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.
Tasik Melati

sumber lain boleh rujuk : http://www.foods-travel.com/2011/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie