Rabu, 18 Mei 2011

Penulis Blog Diminta Promosi Industri Perlancongan Negara


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail mencadangkan agar penulis blog membantu mempromosikan industri pelancongan negara dengan memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia ke mata dunia daripada hanya hanya menghasilkan bahan sensasi semata-mata.
"Saya puji beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang aktif mempromosikan negara, walaupun ada antaranya sudah lebih 30 atau 40 tahun berada di sana," titah baginda di Istana Arau selepas menyaksikan artikel mengenai keunikan Orang Utan dan kelapa sawit Malaysia yang dipaparkan oleh majalah antarabangsa, "Deluxe-Swiss Made" iaitu majalah yang berkaitan dengan jam tangan ekslusif yang diterbitkan di Switzerland.
Turut hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Konsul Kehormat Malaysia di Basel, Switzerland, Datuk Jeffery Sandragesan.
Penulisan artikel terbabit terdetik atas usaha Sandragesan yang sudah 41 tahun menetap di Basel yang membawa dua penulis dari Switzerland ke Malaysia untuk menghasilkan artikel berkenaan.
Ng memuji tindakan Sandragesan itu yang selari dengan misi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan sektor pelancongan negara.
- Kangar, 18 Mei 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). 
sumber : iluvislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie