Ahad, 18 Disember 2011

عبد القاهر الجرجاني


Antara salah seorang tokoh yg dikagumi dlm bidang bahasa Arab. Beliau sangatlah arif dalam bidang ilmu Nahu dan pakar dalam ilmu Kalam. Beliau adalah di antara tokoh awal yang berjaya dalam meletakkan kaedah serta memperjelaskan lagi asas-asas bagi ilmu Balaghah. Metode kajian yang beliau rangkakan telah menjadi panduan dan rujukan ulama’ selepas beliau, sehingga mereka mampu untuk menyempurnakan perbahasan dan mengembangkan kajian yang terdapat di dalam ilmu Balaghah

Yahya bin Hamzah Al-cAlawi ( Wafat 749 H) telah menyebut perihal beliau : Sesungguhnya Abdul Qahir orang pertama yang menyusun kaedah di dalam ilmu ini (ilmu balaghah), dan memperjelaskan bukti-buktinya, menyusun selok belok seninya, mengembangkan kelopak ilmu ini daripada kudupnya, membukakannya selepas ia tertutup dan dan menjadi kabur, dengan kehadiran dua buah kitab beliau (( Dalail Al-Icjaz dan Asrar Al-Balaghah )). Dan belum pernah aku temui sebagaimana keduanya, yang telah membuatkan hatiku terpaut cinta, juga menjadikan diriku kagum dengan keduanya, serta sehingga para ulama’ telah memberi ulasan yang baik pada keduanya( Al-Maraghi Ahmad Mustafa, Tarikh cUlum Al-Balaghah, 2009, m/s 99)
**Terima kasih uncle google dan http://kalghari.blogspot.com...Anda memudahkan aku mcri bahan untuk شخصية مشهورة

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie