Khamis, 17 November 2011

Kejutan 17 NOV 2011

12 tgh mlm – Pintu bilik dikuak dan terdengar lagu ringtone hepi besday…ku fikirkan dr telefon bimbit kwn2 teman sebilik yg sibuk mcrinya sejak td..Rupa-rupanya satu kejutan apabila sahabt-sahabatku muncul satu persatu dengan membawa sebiji kek…Terkejut dan terharu amat sgt krn mereka sanggup bersusah payah keluar mencari kek walaupun mereka menpunyai program untuk diikuti. Rupanya inilah antara hidup dan mati yg mereka ucapkan siang tadi. Sungguhku tak menyangka. Terima kasih yg tak terhingga diucapkan kpd sahabat-sahabatku  Aisyah, Umi, Ain, Liza krn  sudi menyambut hari lahirku. Dengan kek yg sungguh cantik dan lazat bersama snek dan minuman memeriahkan lg dirai bersama teman sebilikku Nisa’, Tikah dan Mimie yang sedikit terkedu kerana mereka juga terlupa akan tarikh ini. Hati yang sayu berada berjauhan dengan keluarga sedikit terubat dengan kehadiran kalian. Sungguh aku tidak mampu menzahirkan perasaan melalui zahir tapi melalui pena tanpa kalam ini aku ungkapkan setinggi penghargaan ucapan terima kasih terhadap kalian  selain dari hati ini yang hanya ALLAH mengerti. Kejutan demi kejutan yg aku lalui dlm hidup membuatkan aku alah bisa  tegal biasa sehinggakan sebahagian manusia mengatakan aku tidak mempunyai perasaan dek kerana muka yang selamba. Apa saja yang dikatakan diterima dengan baik dan yang pasti setiap memori indah, manis mahupun pahit dan melucukan pasti tersimpan rapi di sudut hati untuk sepanjang hayatku J
kek yg sgt cantik...syukran ya asdiqo' :-) 
Terima kasih juga buat keluarga tersayang yang  menjadi pertama mengucapkan ucapan walau kita berjauhan terpisah jarak dan waktu tetapi aku masih dlm ingatan kalian.Terima kasih juga buat sahabat-sahabat lain yang memberi ucapan samada di laman fb ataupun msj. Hari lahir 2011 kali ini istimewa sama  seperti tahun 2010 yang jatuh pada Hari Raya Haji dan 2011 cukup bermakna kerana disambut di tempat baru, sahabat baru dan suasana yang baru.
Aku sedar seiiring bertambahnya usiaku, aku sebenarnya semakin hampir kpdNYA. Setahun demi setahun berlalu pergi meninggalkan diri ini pasti tidak mungkin dapat diputar atau diulang kembali. Apa yang aku harapkan semoga selamat dunia dan akhirat dalam menjalani ranjau kehidupan yang penuh onak, cabaran dan dugaan yang pasti mematangkan hidup dalam menempuh perjalanan kembali  kepadaNYAJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie