Selasa, 17 Februari 2015

Mati itu pasti

Pada malam Jumaat yang lepas, kami dikejutkan dengan berita kematian Prof Dr. Musa Abu Hassan. Pensyarah Usim yang telah mengajar kami kuliah dan tutorial subjek Penyelidikan Komunikasi semester lalu. Cadangnya kami ingin menziarah Prof pada waktu rehat hari Jumaat di Hospital Serdang selepas rakan-rakan memaklumkan Prof sakit.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukannya. Tidak sempat menjenguk Prof apabila malam itu kami menerima berita Prof telah kembali ke rahmatullah. Kemudian dikejutkan pula dengan berita kepemergian Tuan Guru Nik Aziz. Hari itu tiga kematian dimaklumkan bermula dengan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang, Prof Musa dan TGNA.
Hari berikutnya umpama hari yang muram buat kami. Tempat kami menjalani latihan industri ada melakukan solat jenazah ghaib untuk TGNA pada pagi Jumaat. Mereka antara yang penulis kagumi.
Datuk Hasbullah - Penulis meminatinya kerana kepandaian dan intonasi suaranya yang sedap didengar selaku pengulas sukan.
TGNA- Kewibawaan beliau dalam kepimpinan sangat dihormati kawan dan lawan. Beliau seorang yang berpendirian teguh. TGNA seorang yang pandai dan bijak dalam ilmu agama. Sayangnya penulis jarang atau tidak pernah melihat beliau di kaca televisyen atau corong radio. TGNA antara pemimpin yang paling lama memimpin negeri Kelantan.
Prof Musa- Pertama kali kelas bersama Prof, beliau amat menekankan etika pemakaian pelajar universiti yang betul. Beliau seorang yang teliti, berdedikasi dan mudah didekati. Pernah penulis dan kumpulan terlewat berjumpa dengannya kerana kami menyangkakan ada kumpulan pelajar lain sedang berdiskusi bersama Prof di dalam biliknya. Rupanya kumpulan itu hanya menunggu di luar bilik. Apabila kumpulan kami masuk, beliau tidak marah tetapi melihat jam tangan dan mengira. Kami simpulkan Prof seorang yang amat mementingkan masa.
Satu lagi yang menarik apabila selesai berdiskusi, seperti biasa kata penghargaan diucapkan.
“Terima kasih prof”
“Alhamdulillah”
Alhamdulillah?
Kebiasaannya bila mana seseorang mengucapkan terima kasih. Pasti jawapannya sama-sama.
Beliau hanya tersenyum melihat kami terpinga-pinga. Dia menyambung,
“Alhamdulillah, tugas saya selesai dan kamu memahaminya”
Lebih kurang macam tu ayat Prof yang akan sentiasa diingati. Baik dalam tutorial atau kelas, Prof selalu menceritakan pengalaman dan nasihat buat kami.
Terima kasih Prof Musa Abu Hassan!
Semoga mereka bertiga ditempatkan dalam kalangan orang soleh. Amin….
#Mati itu pasti
credit to pokcik google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie