Rabu, 11 Februari 2015

Alam pra pekerjaan

Sepi blog ditinggalkan tuan
Sedih hati tak dapat menaip
Sibuk menjadi penghalang
Semoga ada ruang dan luang
Ya…permulaan baru, suasana baru, tempat baru, dan kawan baru…
Tetapi dunia yang sama…
Akhirnya baru sekarang sempat menaip dan menukilkan catatan buat teman dan diri.
Selepas kali terakhir beriadah dan beramah mesra dengan geng kelas di jamuan terakhir pada minggu ‘study week’. Fokus pula pada peperiksaan akhir dan bercuti hampir dua minggu sebelum menjalani latihan industri…Kesibukan yang lain pula menyapa diri.
Kesibukan di alam pra pekerjaan.
Penulis menjalani praktikal di sebuah syarikat penerbitan buku.
Bidang editorial yang menempatkan penulis dan kawan-kawan seperjuangan mengajar kami banyak perkara. Sekecil-kecil tugas editor hingga sebesar-besar tanggungjawab diterangkan penyelia. Banyak cerita, ragam dan pengalaman.
Semoga kami dapat menjalankan dan melunaskan tanggungjawab yang diberi.
Pekerja percuma? Mungkin…
Apapun…Alhamdulillah…ada elaun yang diberi…
Tidaklah kami berasa bekerja secara percuma, tenaga dikerah, otak dicairkan… Semoga elaun itu dapat menampung kos sara diri di tempat baru.
Doakan yang terbaik buat kami dan rakan-rakan seperjuangan yang praktikalnya di tempat lain.
Selamat menjalani latihan industri!
Sumber google.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie