Maaf. Tiga bulan genap. Tiada berita dan cerita dr penulis. Sekali lagi, maaf pembaca semua... Waktu cuti penulis dihabiskan dgn berjalan dan menulis buku akademik... Lupa janji yang telah dipateri di blog ini pd 11 Mac lalu... Opss..'next story' penulis cerita ya. Mood penulis 'kelaut' (daratan gagal dijumpai) ditambah dgn waktu yang terbatas.
Waktu... Pantas masa berlalu. Namun ceritera semalam masih belum mampu penulis usir dan lenyapkan. Sungguh, pengalaman yg menjadikan penulis seperti 'pulau di tengah lautan'.
Apakah? Apa kaitan pulau?
Ungkapan di atas ada benarnya. Kata itu masih tersemat kemas di ingatan apabila seorang yang penulis kagumi pada waktu ini memberi nasihat kepada kami.
Ya, Pengalaman lalu membuatkan penulis tidak lagi mempedulikan orang. Suasana bising, kecoh atau apa sahaja yang sedang berlaku, sama ada cerita panas atau 'gossip terhangat'; penulis seakan malas lagi utk ambil kisah. Penulis hanya tahu dan mahu menghabiskan kerja sendiri. Andai bising dan fokus lari, penulis akan sumbat telinga dengan 'earphone'. Burukkan kadangkala perangai*^ Mohon pembaca tidak mengikut perbuatan ini. Entahlah, mungkin juga penulis malas pusing kepala. Eh! jangan la pusing. Tegak ja baca ya.
Hebat bukan penangan kisah lalu. Rupanya bukan penulis sahaja, bahkan beberapa orang lagi rakan yang senasib. Hingga ada yang tidak mahu lagi terjebak atau terlibat lagi dlm bidang editorial.
Lucu, ingin ketawa dan adakala rasa marah apabila kami yang terjebak dengan kisah yang sama suatu ketika dulu, berjumpa dan duduk semeja di kala waktu terluang.
Mungkin penulis tidak berapa terkesan dengan apa yg terjadi kerana penulis dilayan baik oleh syarikat lama. Cuma, tiga bulan notis penulis telah 'drag' dgn alasan tidak masuk akal. Ya. Pada ketika itu, penulis layankan shj drama hingga ada yang menelefon dan membebel dgn alasan pengganti tidak dijumpai. Opss. Dlm hati berkata, itu bkn lg masalah penulis.
Andai ` terpaksa' membantu, penulis pasti akn reda membantu. Tapi, bukan dengan cara begitu. Tambah apa yg berlaku pd rakan-rakan lain, buat penulis juga turut sama berdukacita dan seolah anggapan terhadap mereka amat tepat. Stereotype. Ya, hingga sekarang... Penulis cuba utk ` neutral' balik dengan menganggap pasti ada sebab mereka begitu. Ada sesuatu yg cuba disampaikan tapi tidak kesampaian.
Cewah.
Rasanya boleh bikin satu novel. Kisah kami yang belum bernoktah ini.
Ada yg telah bahagia dan ada yg masih mencari sinar mereka dengan cara tersendiri.
Tak kisahlah. Apa sahaja. Yang penting semoga yg mengalami pengalaman pahit dalam apa jua cerita, andai ada yang membaca ini didoakan semoga bahagia dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Semoga semua beroleh apa yg dihajati! Ameen.
Apabila kita reda, pasti hati akn tenang! Ya, mari kita lakukan walau kadangkala ia sesuatu yg tersangat berat dan payah😂 Allah sentiasa ada bersama kita☺ |
P/s: panjang pula drama di atas. Maaf. Update seterusnya akn lebih santai.😊🤔
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie