Genap
setahun dua bln blog bersawang. Daratan benar-benar gagal dijumpai. Penulis hanya sempat
menjengah dan ziarah apabila ada komen drp pembaca dan itu pun hanya sekali
sekala sahaja.
Pergh…Dlm
setahun tidak ‘update’ bermacam cerita dan pengalaman tersimpan menjadi
kenangan dan memori. Byk peristiwa yg telah berlaku menjadi cerita suka dan
duka.
Ada manusia
yg datang dan pergi dlm hidup penulis. Hampir dua tahun meninggalkan tempat
kerja yg agk berhantu. Kini penulis tenang menghadapi ranjau dan duri di tempat
sekarang. Berhantu? Itu kata-kata pengurus lama dahulu. Katanya, "tempat ini mmg banyak hantu! Ramai
org jadi hantu menghasut org. Aiyaaa…"
Kenangan betul dengan pengurus dahulu. Beliau banyak mengajar dan membimbing
penulis menjadi seperti sekarang. Walau pelbagai cerita tidak enak didengar drp
ramai pekerja lama, tetapi masih ada sumbangan beliau dalam diri penulis hingga
sekarang. Beliau mengajar penulis utk fokus, tidak pedulikan kata-kata manusia
disekeliling (sudah tentu yg baik kita ikut, yg buruk kita tapis atau biarkan
shj bagai angin) dan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi alam
perkerjaan.
Terima
kasih manager! Jasamu sentiasa dikenang!
cc pakcik google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie