Sepanjang
setahun menyepi, penulis sebenarnya telah berkejaran dgn deadline utk menyiapkan tender
buku teks. Buku teks tersebut akan
digunakan pelajar Ting 3 pd tahun 2019. Pelbagai rencah, cabaran dan dugaan yg
penulis dan ‘team’ tempuhi. Ada yg suka,
duka, lucu, pahit dan getir yg kami terpaksa hadap sepanjang proses menyiapkan
buku itu.
Ketahanan
mental dan fizikal benar–benar teruji apabila kami perlu berkampung di
pejabat. Seminggu atau dua minggu dalam
tempoh setahun semata-mata utk mengejar deadline yg diberi KPM ternyata
membuatkan penulis mengenal siapa kawan dan lawan. Siapa ada di saat kita
memerlukan. Siapa yg sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat utk terus
melangkah.
Penulis
mula memahami perangai segelintir manusia apabila berhadapan dgn tekanan dan
desakan. Penulis merasai perasaan dikuarantin dan ingin bersendirian menyiapkan
buku tersebut bersama ‘team’ shj. Penulis akui bila mana tekanan menghentam seseorang
bagai ada batu yg berat juga menghentam kepala, fikiran dan emosi kita.
Bagaimana kita mengendalikan tekanan itu sebenarnya kunci utama utk terus
berjuang. Berjuang menyiapkan apa yg kita mulakan. Berjuang utk membuktikan
kita boleh melakukan apa yg org lain fikir sebaliknya. Berjuang utk sesuatu yg
akan memberi manfaat kpd semua.
Emosi?
Ya..Emosi kadangkala memainkan peranan dlm mnghdapi tekanan dan beban yg berat.
Positif org disekeliling kita maka positif jua lah minda kita. Yg menjadi
persoalan bagaimana jika pada ketika itu, ada disekeliling kita yg beraura negatif?
Kitalah yg
perlu membantu diri dan org sekeliling utk kembali positif kembali. Benar…banyak
cerita yg tak mungkin habis utk diceritakan sepanjang pembikinan buku teks ini.
Yg pasti...Manisnya terasa bila mana penat lelah terbayar. Satu perasaan yg tak
dapat digambarkan apabila menghabiskan tender itu. Bagai batu yg terpikul di
bahu lucut malah minda dan fikiran
kembali segar. Moga rasa ini akan dirasai oleh ank bangsa yg menggunakan buku
teks tersebut nanti. Moga mereka dapat memahami dan menggunakan buku teks
tersebut dgn sebaiknya. Amiin….
Thanks to all! -cc pkcik google- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie