Baru-baru ini,
penulis berpeluang membaca novel keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang
dipinjamkan kawan satu tempat praktikal. Kali terakhir penulis membaca novel
DBP di bangku sekolah rendah dan menengah sama ada pinjam dari bas
bergerak atau perpustakaan sekolah dan awam. Secara jujur, ini kali pertama
penulis membaca semula novel DBP selepas berada di alam menara gading.
Kebiasaannya, penulis akan mencapai dan membelek buku atau novel berunsur
agama, motivasi, tokoh dan penulisan santai seperti Alaf21, GISB, Fixi dan
macam-macam lagi apabila memasuki MPH, POPULAR dan kedai buku. Kebanyakan
buku-buku DBP jarang penulis jumpa atau mungkin penulis tidak perasan kewujudannya
di rak-rak. Jika ada pun buku DBP pasti mudah dijumpai di perpustakaan sahaja.
Itu tanggapan penulis ketika ini.
Lambakan buku-buku
cinta di pasaran membuatkan penulis teringat kebenaran kata penulis senior, Pn.
Nisah Haron sewaktu bengkel penulisan di USIM. Katanya, jika penulis itu berkualiti,
penulis perlu membaca karya berkualiti.
Apa yang dapat
penulis simpulkan ialah tidak salah membaca untuk menambah ilmu tetapi
bagaimana bahasa itu mampu mempengaruhi diri kita. Benar, berdasarkan apa yang
penulis alami, jika kita selalu membaca bahasa yang ringan, rojak dan sempoi.
Kemudian, kita pegang buku DBP, rupa-rupanya banyak betul bahasa ibunda yang
kita tidak tahu atau tak pernah ambil tahu.
Pelbagai
cerita dan alasan diberi untuk sedapkan hati bahawa Bahasa Melayu memang kita
mahir kerana sejak lahir kita gunakannya, maka pasti kosa kata semuanya kita
tahu. Hakikatnya?
*Penulis blog sendiri sedang berusaha untuk memantapkan bahasa. Mampukah? Mari!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie