Maaf pembaca sekalian… belum sempat melunaskan ceritera dan
janji di sini…
Baik, penulis akan cuba istiqamah utk menulis sekurang2 satu
cerita di sini setiap bulan. Mampukah? Just wait and see okeyh ^_^
Di hujung minggu ini, penulis nk kongsi satu cerita yg
mengejutkan penulis minggu lalu.
Apakah?
Alkisah bekas pengurus lama penulis dahulu dikhabarkan telah
ditahan di icu. Khabarnya, collapse dan heart attack. Cerita manusia…Entah
benar atau tidak…
Ya, penulis masih mengikuti perkembangan mereka di syarikat
lama. Masakan tidak, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat penulis
berjuang bersama yg lain. Pelbagai reaksi diterima apabila pengurus tersebut
diberitakan masuk wad. Kebanyakannya, negatif.
Allahu, susah utk memaafkan apabila kita telah mengalami
pengalaman yg sama dgn manusia yg pernah bekerja di situ. Tapi penulis tetap
bersimpati… Bukan kerana bangsa dan agama yang berbeza, tetapi penulis cuba
meletakkan diri di tempat beliau. Ya, banyak hati yang perlu dijaga, tapi yg
salahnya dr pemerhatian penulis adalah apabila hati itu tidak cuba dihargai dgn
sepatutnya. Bagaikan kerahan paksa tenaga, otak dan bukannya kerelaan hati
apabila bekerja.
Sungguh, tidak perlu penulis khabarkan apa yang telah berlaku,
kerana dunia penerbitan amatlah kecil. Jika kita berbuat jahat atau zalim,
semua akn tahu. Tidak perlu buka mulut atau sembang kencang kerana manusia yg
melaluinya ada di dalam dunia penerbitan juga.
Dijadikan cerita, dua minggu lepas, penulis dpt satu
panggilan drp syarikat yg lain. Apabila dirisik, rupa-rupanya ketua disana juga
bekas pekerja di tempat lama penulis. Kecil sungguh dunia penerbitan. Penulis
hanya mampu mengucapkan kata maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan
syarikat tersebut, kerana telah bahagia di tempat sekarang. Bahagia adalah subjektif...Contohnya,
pada pandangan penulis apabila seseorang (pihak atasan) yang tahu dan mampu
menghargai anak buahnya, itu sudah cukup membahagiakan mereka (pekerja). Dunia
hanya persinggahan…Selagi mana, layanan diterima baik dan dihargai, Insyallah
penulis akn setia ^^
Apapun, penulis sentiasa mendoakan bekas pengurus sihat
sediakala. Khabarnya, beliau telah kembali bekerja. Penulis pernah ckp
kepadanya dahulu, “Learn how to appreciate” dan “See you at bookfair!”… Namun,
apakah diri sudah bersedia berhadapan dengannya. Apakah perasaan amarah akan
hilang? Kekurangan diri penulis adalah susah utk melupakan apa yg berlaku…Mungkin
mulut cakap kemaafan diberi, tetapi apakah hati akn seiringan?
Alamak…terpanjang pula cerita penulis hari ini. Dah mcm
karangan pula. Maaf dan terima kasih kerana membaca. Yg baik, jadikan iktibar,
yg buruk jadikan teladan ya pembaca semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie