Isnin, 5 Januari 2015

Mana satu pilihan kita?

Situasi yang tidak dapat diterima akal dan hati. Anda bagaimana?
Amal merupakan rakan baik Nora. Berjuang dalam apa jua bidang bersama-sama. Susah dan senang. Suka dan duka. Tawa dan tangis.
Apabila Nora bertanya bagaimana keputusan Amal dalam temuduga? Berjaya atau sebaliknya?
Nora tahu tentang Amal daripada rakan-rakan yang lain. Nora hanya ingin melihat apakah Amal ingin berkongsi suka dan dukanya. Jika berjaya Nora orang paling gembira. Jika sebaliknya, Nora  juga merasa sedih. Bak kata orang, ‘Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit’ dan begitu sebaliknya.
Lalu, Amal menjawab, “Belum semak lagi…”
Diri melarikan diri lalu pintu dihempas. Motif?
Andai kata Amal ingin meluahkan rasa… Nora sudi menjadi pendengar setia dan memberi sokongan. Namun sebaliknya pula  berlaku…
Nora dilayan seperti orang asing. Semua yang tahu mengenai Amal berkompromi untuk merahsiakan. Sakit hati Nora hingga merasakan dia belum cukup baik sebagai seorang sahabat.
Baik… Andai kata Nora belum cukup menjadi sahabat yang baik… maafkan dia…
Manusia tidak sempurna. Penuh dengan kekurangan. Maka lengkapkan dan penuhi kekurangan itu seperti pensil yang sentiasa berdamping dengan pemadam. Ironinya mereka saling memerlukan.
# Cerita di atas membuatkan penulis terfikir apa yang akan dilakukan Nora. Mana satu pilihan yang dipilih:
  •  Melupakan atau tidak mempedulikan telatah dan ragam sahabatnya. Just  forget and forgive!
  • Merajuk dan memutuskan untuk melakukan perkara sama seperti apa yang dilakukan sahabatnya.
# Kadang-kadang kita tidak tahu mana yang terbaik untuk diri sendiri. Jaga dan puaskan hati sendiri atau kita mahu jaga hati orang di sekeliling.  Jadi, belajar untuk melupakan dan memaafkan tonggak kebahagiaan. Let  bygones  be bygones!

4 ulasan:

  1. Seronok cerita ni. Ada maksud mendalam..kita kongsi cite yang sama..:-)

    BalasPadam

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie