Rabu, 2 Oktober 2013

BEZAKAH ASRAMA SEKOLAH DAN KAMPUS?

Sepanjang penulis bergelar pelajar, baru hari ini persoalan ini timbul di benak fikiran.. Benarkah wujudnya perbezaan asrama dan rumah?
Semasa bersekolah Menengah mungkin terdapat beberapa perbezaan yg ketara

Asrama Sekolah
  •   perlu mengikut peraturan warden (sama juga di rumah, namun ada ruang kebebasan dirasai. Almaklumlah..rumah sendiri)
  •          berebut- rebut samada waktu makan, aktiviti harian spt bilik air, tandas dll.
  •          berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain.
  •         jimat duit saku apabila makan disediakan. TETAPI yuran asrama tetap kena bayar.
Kesimpulannya, ada positif dan kekurangannya. Positifnya apabila dpt berkumpul dan belajar berkumpulan. Memupuk sifat berdikari, berdisplin dll. Kekurangannya adalah budaya pinjam-meminjam. Mungkin bagus apabila stu sama lain bersetuju untuk menjimatkan kos. AWAS!! Budaya ini harapnya tidak menular sehingga dewasa kerana mungkin ramai manusia yg tidak suka barangnya dipinjam. Namun yg menjadi persoalan TIDUR. Hairan, pelajar asrama tidak cukup tidurkah? Atau apabila disuruh tidur tidak dipatuhi arahan itu. Sepanjang pemerhatian penulis, jikalau terdapat pelajar yg TIDO dlm kelas maka tidak lain dan memang pasti kebanyakannya dr kalangan pelajar asrama. Sampaikan satu masa tu, guru-guru dh pasti yg tido tu ‘budak asrama’.. Tak perlu lagi guru itu bertanya kerana ia seperti sudah satu kebiasaan. Mungkin tidak semua tetapi segelintir sahaja. Teringat peribahasa “ Lembu punya susu sapi dapat nama”… Wallahualam.


Dan apabila telah  meningkatnya umur ke menara gading. Pandangan penulis sedikit berubah. Apakah masih wujud perbezaan asrama kampus dan rumah sewa?

Asrama kampus
  •      Keselamatan terjamin seperti juga asrama sekolah( ada yg memantau) berbanding rumah sewa yg agak berisiko.
  •       Bebas melakukan apa-apa sahaja..  Tetapi masih terikat dengan peraturan kolej kediaman. Dengan kata lain kelonggaran diberikan untuk mengurus hidup sendiri.
  • Bergantung pd diri untuk study atau rest. Tiada yg mengawal  tetapi semuanya bergantung pd kesedaran diri. Nak result exam gempak maka study pn haruslah gempak…Betul tak?
        Namun yg agak mendukacitakan penulis adalah sikap penghuninya… Dimanakah letaknya tanggungjawab menjaga kemudahan yg disediakan. Apakah 100 % perlu bergantung pd pengurusan asrama kolej tersebut semata-mata. Dipendekkan cerita ke mana hilangnya rasa tanggugjawab itu? Atau dipanjangkan lagi ke mana perginya nilai kasih sayang  menjaga asrama atau kediaman sementara kita seperti kasihnya kita pada rumah tercinta kita. Ironinya, rumah kotor kita bersihkan tanpa rasa sadis namun kenapa asrama tidak begitu? Ya… rumah tercinta tidak merungut kerana mereka keluarga kita..darah daging sendiri..Jadi apa bezanya? Asrama disitu ada kawan-kawan, teman seperjuangan dan sahabat kita. Saudara seislam kita juga….Lalu apa yg membezakannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie