Ahad, 31 Ogos 2014

Sakit itu ujian

Sakit itu ujian.
Peringatan yg amat bermakna.
_____________________________
Pejam celik dah bulan Zulkaedah. Ramadhan dan Syawal berlalu pergi. Moga dapat bertemu lagi dengannya.
Cuti semester bakal tiba penghujung. Semester baru memanggil-manggil.
Yang tidak dapat dilupakan tentunya kurang upaya sementara yang dialami penulis. Antara sebab blog berusang..
Pengalaman yang mengajar erti nikmat sihat sebelum sakit, kekeluargaan dan kesusahan manusia lain.
Alkisahnya apabila siku terhantuk besi. Tangan kanan yang lebih digunakan berbanding kiri langsung menghadapi masalah hingga tidak boleh diluruskan mahupun diangkat. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Bermingu juga menahan kesakitan. Dapat merasai teori yg dilakukan suatu masa dahulu pada kawan-kawan seangkatan. Membalut sana sini dengan anduh. Kenangan yang akan dibawa sepanjang hidup.
Mujurlah tangan ini akhirnya beransur pulih dan tidak perlu melakukan fisio. Alhamdulillah!
Haru-biru. Keadaan yang dirasai awalnya saat diuji dengan kesakitan.
Namun begitu, banyak pengajaran daripadanya.
1- Merasai kesusahan orang kurang upaya yang tangannya mungkin mempunyai masalah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. 
2- Lebih menghargai orang lain. Apatah lagi ketika sakit keluarga menjadi pembantu menolong diri.
3- Memberi peluang kepada tangan kiri untuk membuat kerja yang tangan kanan selalu lakukan. Kekok.
4- Sabar itu indah.
5- Bersyukur dengan nikmat yang diberi.
Pengalaman yang mematangkan dan menginsafkan diri yang kerdil ini.Sungguh sakit itu ujian.
Lebih bermakna apabila muhasabah dilakukan. Moga diampunkan segala dosa kita semua. Amin.
credit pic: iluvislam

p/s: Hari ini 31 Ogos 2014
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie