Rabu, 6 November 2013

Chief Manager Sinar Harian

Salam Maal Hijrah 1435H. 


Cuti midsem + Assignment =?


Dua minggu lepas sebelum cuti midsem.. Penulis dan rakan seramai 5 orang telah menyahut seruan kerajaan… Seruan? So, nk story sikit la ni.. Seruan untuk mengunjungi tempat pelancongan di Malaysia la!!

Alkisahnya, kami melawat Melaka bandaraya bersejarah.. Pusing Bandar Hilir. Tercapai juga hasrat ke sana walau sehari..eh..setengah hari ja rasa… Terengganu,Kelantan,Pahang,Selangor dan sewaktu dengannya telah dijejaki..Utara(Perlis,Kedah,Perak,Penang) memang tempat bermain pon..Tak termasuk senarai la kan.. Tinggal Johor, Sabah dan Sarawak lagi belum sampai..Yes..mission not possible…wait for me! (merapu dah)

Kembali kpd story yg nk dikongsi. Kami ke Ayer Keroh untuk menyiapkan task subjek sem ini yakni Principles of Journalism. Kami dikehendaki untuk interview wartawan di Malaysia. Semua tak sabar berjumpa reporter. Almaklumlah sebelum ini baca berita dalam suratkhabar shj. Maka kami telah memilih Sinar Harian. Sebab utama kerana Telus dan Tulus. Banyak persolan yg bermain di minda seperti bagaimana Sinar mengeluarkan berita, lesen, campur tgn sesiapa dan lain-lain terjawab selepas pertemuan diatur. 

Cer teka siapa kami temui?

Ketua Wartawan, En. M. Jeffri Razli edisi MELAKA & NEGERI SEMBILAN. Ucapan terima kasih dan penghargaan tak terhingga diucapkan kepada Mr. Jeff kerana sudi melayan soalan-soalan kami. Dalam kesibukan tugas sebagai ketua wartawan, beliau tidak lokek berkongsi pengalaman, ilmu dan cerita bersama kami. Pelbagai persoalan dilontarkan dan dijawab dengan tenang dan senyuman.

Atr soalan-soalan panas adalah hak seorang wartawan, diskriminasi antara wanita dan lelaki,organisasi, dan bermacam lagi. Pelbagai ilmu dan iktibar telah kami perolehi sepanjang temuramah bersama beliau di Lot1, Tingkat Bawah, Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Melaka. 

ATTENTION!

Untuk sesiapa yg berminat menjadi wartawan. Ini antara tips yg dikongsi oleh Mr. Jeff :
  1. Wajib rajin membaca. Jika tidak anda bagai ‘katak dibwh tempurung’.haha..Membaca untuk mengetahui isu-isu terkini. Jikalau tidak anda pasti akan ketinggalan.
  2. Bahasa itu sangat penting. BM dan English perlu dikuasai. Beliau kata,” Tak expert English takpe, yg penting tahu dan faham." Kiranya wajib la juga kuasai bukan sunat mua’kad lagi dah. Misalan, kalau anda ditugaskan cover berita untuk majlis tertentu seperti hiburan..Tiba-tiba yg berucap tu Mat Salleh speaking.Kalau tak faham apa yg dicakap, mcmna nk tulis berita dlm BM. Balik tgn kosong kena bantai pula dengan editor..haha..
  3. Akhir sekali, minat. Kalau tak minat macam mana nk ikhlas? Cth terdekat, Mr Jeff ni amik jurusan Law at Uitm. Bila grad beliau apply reporter di Berita Harian tapi dpt Nst berdasarkan kelulusannya. So, konklusi kat sini, minat tu pling penting. Jurusan tak penting sangat. Betul ka? 
Terima kasih sekali lagi Mr. Jeff atas input-input yg diberi. Siap ajar tentang pyramid(bdk journalism mesti faham) lagi. Cayala! Satu lagi pesanan yg membina adalah perlu rajin membaca penulisan orang lain..Kemudian amik gaya penulisan. Bukan ciplak! tapi anda bina gaya penulisan sendiri.. 

Terima kasih sekali lagi kerana membuka mata kami. Kata-kata beliau tentang realiti masyrkt kita amt memberi kesan pada penulis.
Pertama - buta
Kedua - pak turut/ ikut membuta tuli

Cth,isu ‘kalimah Allah’ yg ditimbulkan memberi kesedaran pd masyrkt untuk membuka mata terhadap isu sensitif ini. Sebab apa isu ini timbul? Sebab msyrakat kita TAK BERSATU! Ayuh..
BERSATU TEGUH 
BERCERAI ROBOH

Akhir sekali..terima kasih kepada semua wartwan yg bertanggungjawab menjadi penghubung atau orang tengah antara kami dan dunia luar. Tanpa kalian, kami pasti ketinggalan untuk mengetahui isu-isu dan berita di luar sana. Baik dalam negeri mahupun luar negara..TABIK!
Sedikit buah tangan sebagai penghargaan khas untuk Mr Jeff.

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie