Sabtu, 19 Oktober 2013

Pinjam

Tak bagi pinjam mengata
Dah bagi buat harta
Pernahkah anda mendengar kata-kata ini. Lumrah manusia terlupa, namun sangat mendukacitakan apabila terjadi perkara seperti diatas. Apa akan anda lakukan?
                               

Lantas teringat satu ayat “ Manusia tidak perlu dihukum kerna terlupa TAPI manusia perlu dihukum kerna buat-buat lupa”...
Bermacam yg boleh dilakukan apabila terjadinya perkara diatas. Namun agak menyulitkan bila tiada respon daripada peminjam. Pernah rakan penulis berkata :
“Mereka yg pinjam TAPI mcm kita pulak yg  meminjam .. Mana taknya kita yg terkejar-kejar”
Walauapapun terjadi SABAR adalah kunci utama. Jika tidak pasti terletusnya PERANG DUNIA ke-3.
Jadi, sesiapa yg mengalami situasi di atas.. Cubalah bertanya kerana manusia mudah lupaDan yg meminjam beringatlah kerana anda mungkin menyulitkan hidup peminjam tersebut. Peringatan untuk diri sendiri dan yg lain….

                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie