Khamis, 29 Disember 2011

Budak kecil di Masjid Jamek

Salam alaik…selamat pagi semua..moga pagi anda penuh dengan keceriaan yang akan  berkekalan sepanjang hari ini..solat dhuha jgn dilupa kerana byk manfaatnya..cuba dan amalkan..pasti anda akan merasai perubahan.. hidup akan tenang dan murah rezeki…Insyallah.
Dlm kekalutan bergelumang dengan buku, sempat lagi penulis dan rakan-rakan ke Masjid Jamek semalam. Perjalanan yang jauh sebenarnya dr Nilai melalui Batang Benar, Bangi,  UKM, Kajang, Serdang, Bandar Tasik Selatan, Salak Selatan, Seputeh, Mid Valley dan KL Central. Apapun penulis bersyukur krn terlepas dari kesesakan dan sesat jalan kerana kami menaiki KTM. Lebih kurang setengah jam sahaja kami pun sampai ke KL Central. Kemudian dr situ kami menaiki rapidKL manggunakan token(LRT)  melalui Pasar Seni dan tak sampai 10 minit dh sampai ke destinasi dituju. Alhamdullilah.. Sebenarnya pertama kali kami menjejak kaki ke situ krn tidak berkesempatan dan hanya mendengar cerita shj dr rakan-rakan yang tinggal di sekitar Selangor. Suasana yang agak sesak dengan berduyun-duyun orang ramai membeli belah walaupun hari bekerja tetap ramai berpusu-pusu. Pelancong luar negara dengan gambar dan barangnya. Keluarga dengan anak-anaknya membeli baju dan barangan sekolah. Baru penulis teringat sekarang musim cuti sekolah dan tak lama lagi musim persekolahan akan bermula. Dalam suasana ala keindiaan dengan ramai org India, bau dan lagu ala Hindustan disitu. Tiba-tiba penulis didampingi seorang budak kecil yang sangat comel sekali. Rupanya seperti kacukan India sedikit dan bertudung litup. Teringat akan anak buah nun jauh. Rupa-rupanya bersama budak kecil itu ada kad yg hendak dijualnya. Ya Allah..Anak sekecil ini sudah pandai berniaga? Monolog hati kecilku. “Akak, seringgit ja” sambil ditunjukkan kadnya.
Tiba-tiba seorang makcik berdekatan penulis berkata, “ Adik..tak payah bagi! Tu sindiket ja tu..Tipu belaka..Duit guna untuk sindiket jgk.” Lalu budak kecil itu pun lari beredar ke tempat lain.
Tak sampai seminit, datang seorang budak kecil lain. Kalau tadi sekitar 3 tahun, bdk kecil ini mungkin sekitar 7-8 tahun.
Budak 8 tahun : Akak , belilah..Seringgit ja saya jual.
Penulis            :  Adik dari mana?
Budak 8 tahun : Nyanmar.
Penulis            : Jauhnya..Datang dengan siapa?
Budak 8 tahun : Mak
Penulis            : Mana mak adik?
 Budak 8 tahun : Ada kt hujung sana..
Mahu sahaja penulis mengikut dan menyuruh  budak tu tunjukkan mana mak dia. Teringin bertanya kenapa anak sekecil ini dibenarkan berniaga. Tak takutkah anaknya diculik atau dilarikan orang? Tiba-tiba penulis merasakan ada orang sedang memerhatikan kami. Dua orang lelaki  merenung tajam ke arah kami. Ah sudah..sindiket jgk la ni. Semoga Allah memelihara kami dan budak kecil yang diperguna sindiket itu.
Sedang melihat jam yg ingin dibeli rakan,  tiba-tiba kami dihampiri lagi…Seorang budak perempuan. Meminta bantuan untuk perubatan mak dan ayahnya. Di tangannya ada surat dr UKM yg tak difahami istilahnya, kos rasanya. Kalau benar bagai dikata apa yg menimpa mak dan ayahnya, penulis doakan semoga cepat sembuh. Tapi yg dimusykilkan surat itu siap diliminate lagi dan ada beg sandang. Sah sindiket lagi!
Semakin maju dan pesat membangun semakin byk org sebegini.. Yg menyedihkan orang yang meminta simpati di tepi kedai atau lorong berkemampuan untuk bekerja. Tidak ada cacat celanya. Bahkan didapati poket atau beg sandang mereka penuh dengan duit. Lebih byk dr kami. Penulis kira rakyat Malaysia memang pemurah. Diharap pihak berkuasa dapat memantau lebih kerap terutama sindiket tersebut. Semoga budak kecil yang diperguna mendapat pembelaan sewajarnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie