Khamis, 28 Oktober 2010

BATU API


Dlm kedinginan mlm tiba-tiba rasa nk post sesuatu kt blog ni..Apa pendapat anda tentang BATU API??Persoalan yg ditimbulkan apabila melihat beberapa situasi yg dialami sepanjang hidup... Dlm masyarakat kita, memang banyak `batu api’ yang boleh dilontar pada bila-bila masa. Kita tidak boleh menjangka bila kewujudannya seperti para saintis tahu bila gunung berapi akan memuntahkan laharnya. `Batu api’ ini sentiasa mengambil kesempatan untuk memusnahkan masyarakat malahan negara. Mungkin kesannya sama dengan letusan gunung berapi.

Walaupun kita terlepas daripada letusan gunung berapi tetapi kita tidak mampu mengelak daripada letusan ‘batu api’.

Di samping `batu api’, kita juga tidak dapat terlepas daripada kehadiran ‘ribut taufan’ yang mencetuskan kelam-kabut angkara berlegarnya pelbagai fitnah, tohmahan, andaian dan macam-macam lagi yang datang melalui surat layang, Internet, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya. Zaman ini surat layang bukan lagi melalui surat bercetak yang dihantar oleh posmen yang boleh dibakul sampahkan. Surat layang kini datang dengan pantas - sekadar menekan ‘keyboard’, ia akan sampai ke setiap komputer dan telefon. Maka akhirnya timbullah pelbagai persepsi yang tidak betul mengenai sesuatu isu yang dibincangkan melalui saluran tersebut. Akhirnya, ia boleh menjadi satu ancaman jika tidak dibendung. ‘Ibarat api dalam sekam.’
Biarlah seribu kecaman, kutukan dilontar balik tetapi yang penting, batu sudah dilontar. Sama ada ia mengenai sasaran atau tidak, itu soal kedua. Mereka puas kerana sudah melepaskan segala-galanya sama ada ia berbentuk kritikan, cercaan, makian dan sebagainya. Walaupun perkara yang kecil dibangkitkan tetapi apabila ia menyentuh perasaan orang lain maka ia akan menjadi isu besar. Cakap ‘sejengkal dibawa sehasta’ (perkara kecil dibesar-besarkan).
Ini bukan soal ‘lontar batu sembunyi tangan’. Mereka ini berani menunjukkan tangan yang melontar batu itu. Selak balik pelbagai isu - agama, bahasa, budaya, kaum yang dilontarkan sebelum ini yang mengundang pelbagai kenyataan balas yang kadangkala mencemaskan. Namun syukurlah tidak ada tindakan sehingga boleh mengancam keselamatan negara. Cuma sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati, bak kata orang ‘luka di tangan dapat diubat, luka di hati siapa tahu’. ‘Luka di tangan kerana pisau, luka di hati kerana kata’. Memang mudah menarik balik kenyataan, bersalam-salaman memohon maaf dan pelbagai lagi tetapi ‘luka sudah hilang, parutnya tinggal juga’.

Batu tidak dibentuk dengan batu. Batu yang menghentak batu hanya akan memercikkan api, dan memecahkan batu.

Tetapi batu lebih cantik dan berguna apabila ia dibentuk oleh air.

Air adalah juara ke atas batu. Kepala batu, hati batu, batu api, segala benda keras yang dikaitkan dengan batu, kalah dengan air. Malah batu tenggelam kepada air.Maka batu kalah pada air..Tidak guna marah kerana marah itu dipadamkan dengan air.

Sama ada oleh air wudhu’, air mandi, atau jiwa da’i yang diasuh menghayati kuasa air.

“Batu bukan lawan kepada air!

"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."...Maka berhati-hatilah ketika membuat kenyataaan. Fikir dulu sebelum berkata-kata. Kerana kata orang Melayu, ‘terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik’ (terlanjur kata, padah akibatnya). Kata orang ‘terlepas perahu boleh diundur, terlepas kata emas padahnya’(orang tidak lupa pada apa yang kita ucapkan). Maka untuk menjaga hati semua orang - tidak kira Melayu, Cina, India dan sebagainya bukanlah satu kerja mudah. ‘Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’!
 Hayati ini:
 
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [al-Baqarah : 74]


-Bertindaklah sebelum hati manusia hitam dan beku. Sebelum lebih keras dari batu. Yang hanya Neraka mampu meleburkannya.-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie