Isnin, 2 Ogos 2010

Putus Asa

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"..
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh. Samada dlm proses mencari ilmu itu sendiri..
"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa"
Contohnya nikmat kesihatan...apabila kita jatuh sakit barulah kita tahu betapa bernilainya sihat itu,,,Oleh itu, apabila sakit serahlah kepada Allah dengan berdoa,kemudian mencari ikhtiar dengan berjumpa doktor..Akhirnya tawakallah hanya padaNYA.
Janganlah kita cepat berputus asa dan serahkan segalanya pd nasib...
Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie