Sabtu, 14 Ogos 2010

Pengajaran..(BATUK)

Beberapa hari yg lalu..telah ku alami kejutan dan iktibar...Ceritanya bermula apabila membiarkan batuk berterusan selama seminggu lebih..Pada mulanya aku mengalami demam selsema , kemudian batuk..Malas untuk jumpa doktor kerana waktu yg terbatas..Dan disinilah fungsi seorg sahabat apabila kita berjauhan dr ibu bapa dan keluarga yg tak jemu menasihatkanku agar berjumpa doktor.Akhirnya selepas bertambah teruk sehingga tidak dapat tidur malam,susah untuk bernafas baru la aku g klinik UNISZA.Sesudah itu,aku dikejutkan dengan amaran doktor bahawa paru-paru kanan aku telah dijangkiti kuman.Hanya ALLAH yg mengetahui perasaan aku ketika itu..Doktor menyuruh aku menghabiskan antibiotik yg diberi dan katanya ubat batuk hanya melegakan batuk shj tp tidak membunuh kuman.Dan diberi kata dua oleh doktor yg merawat yakni habiskan antibiotik dan jika batuk berterusan datang lagi ke klinik untuk rawatan susulan lebih lanjut.Ku ikutkan kata doktor dan dengan izin ALLAH alhamdullilah aku semakin pulih.Takut untuk berjumpa doktor itu lg bila teringatkan amaran itu.Iktibar dan pengajaran yg aku kutip dr ini adalh jgn buat sambil lewa akn sesuatu penyakit.Tak rugi jika kita bejumpa doktor awal dr membiarkan penyakit melarat dan bertambah teruk.Dan selepas berjumpa doktor tawakal dan berdoa kpd ALLAH krn dia yg berkuasa MENYEMBUHKAN sesuatu penyakit itu.Selepas kejadian ini aku semakin mengambil cakna akan kesihatan diri.Dan dibawah ini adlh sedikit info yg aku dapt dr laman web:-


Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk kita. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.


Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).


Ada dua jenis batuk yang utama :


-batuk yang berkahak (productive cough)
-batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)


Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis batuk yang anda alami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.


Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.




(Batuk yang berkahak)


Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
- Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.


-Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.


-Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.


-Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.


Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda.


(Batuk tidak berkahak)


Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.
Pengambilan ubat perlu untuk mengawal rasa pedih yang dirasai.
Sekiranya anda merasa sakit tekak yang teruk, ubat seperti Dequadin, Strepsil dsb. boleh membantu. Untuk yang lebih kuat lagi, dapatkan dari farmasi atau klinik.


Perkara-perkara lain


Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini :


* minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
* pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan.
* sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.
* persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.
* sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
* hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.


Selain itu, perkara-perkara ini haruslah diperhatikan :

*ada sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.
* kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.
* sekiranya batuk anda tidak baik dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.
* batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie