Jumaat, 2 April 2010

Hatiku milikMU Ya RABBI'

Puas sudah,
Kucari kebahagiaan,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan kuterus mencari,
Dalam meniti hari
Penuh kekosongan….
Oh,di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sesat kerinduan,
Rindu yg tiada haluan,
Apa yg kucari??
Apa yg kuperlukan??
Aku masih tak bisa mengerti,
Yg pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi…
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta AGUNG,
Buat jiwaku yg merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yg membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
“Ku sedar,
Destinasi pendakianku disini,
Ku mencari Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya IMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap comment anda amat dihargai. Diharapkan anda meletakkan nama di atas.
Terima kasih..Syukran jaziilan..Xiexie